Saturday 8 May 2010

Selamat Hari Ibu


Selamat hari ibu...


Aku masih mempunyai ibu. Bapaku dah meninggal dunia semasa aku berumur 16 tahun. Pengorbanan ibuku terhadap kami bukanlah sedikit. Kalau aku kenangkan pasti akan menangis. Aku ini bukanlah anak yang baik. Malah yang paling teruk dalam adik-beradikku. Tak, adik-beradikku semuanya okay. Aku saja yang jahat dan menjadi blacksheep di dalam familiku. Banyak angkara yang kulakukan hingga menyebabkan ibuku mengalirkan air mata.

Sehingga kini, ibuku tetap menyokong dan bersamaku dalam perjalanan hidup. Tambahan pula dalam keadaan getir semasa melalui zamanku yang jatuh miskin dan berpisah. Aku menjadi hampir sasau. Namun ibuku tak putus-putus memberikan kasih-sayangnya kepadaku agar aku sedar bahawa dalam dunia ini tiada orang yang tidak disayangi.

Ibuku hingga kini dicemuh keranaku dan dianiayai oleh orang-orang yang paling rapat dengannya. Namun beliau sanggup memaafkan mereka dan masih berbaik sangka dengan mereka. Aku tak memahami sikapnya itu. Tapi aku kini semakin menghormati dan mengkaguminya.

Aku pasti ramai wanita yang bergelar ibu seperti ibuku juga. Maka inilah antara penghargaan yang mampu kuberikan kepada mereka. Aku berharap agar sebelum ibuku menutup mata selama-lamanya, beliau berasa bangga denganku.

Stay KULS, mak :)


No comments:

Post a Comment