Thursday 20 May 2010

Sayangi Peguam (Bahagian 739)


Baru-baru ini aku telah didatangi oleh seorang brader yang berniat mahu menyaman sebuah hospital milik kerajaan. Ini adalah kerana isterinya yang dimasukkan ke wad dan dimasukkan darah ke dalam badan telah menghidapi Hepatitis C akibat kecuaian kakitangan hospital tersebut.

Masalahnya ialah brader tersebut mengambil tempoh terlalu lama untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas hospital tersebut sebaik sahaja mengetahui isterinya menghidapi Hepatitis C akibat kecuaian hospital. Kini dah 2 tahun lebih semenjak kecuaian itu diketahui olehnya. Tapi mujurlah beliau dan isterinya masih sempat lagi kalau nak menyaman hospital tersebut.

Apa saja jabatan milik kerajaan seperti hospital, sekolah dan lain-lain jika disaman adalah seumpama korang menyaman kerajaan juga. Di bawah akta had masa, sebarang tuntutan sivil terhadap individu atau syarikat atau badan bukan milik kerajaan mempunyai tempoh masa sehingga 6 tahun jika korang nak menyaman mereka. Namun kerajaan ini special sikit. Kalau nak saman mereka, korang cuma mempunyai masa setakat 3 tahun sahaja di bawah Public Authorities Protection Act 1948. Jadi saman la mereka cepat-cepat, okey? Haha!

Kalau ada permasalahan undang-undang, pergi terus tanya peguam. Jangan buang masa bertanyakan pada orang yang tak tau atau separuh masak pasal undang-undang ni. Korang tak ubah macam bertanyakan masalah enjin kereta pada pemintak sedekah bila berbuat begitu. Jangan terlampau kedekut nak membayar fee konsultan yang dalam RM50 ke RM200 tapi kerugian ratusan ribu ringgit.

Stay KULS

1 comment:

  1. Tambahan tentang kecuaian pihak hospital :

    Petaling Jaya 20/5/2010: Muhamad Rusydi Asyraaf berumur 9 tahun mati kerana didakwa lewat menerima rawatan Pusat Perubatan Universiti Malaya kerana urat saraf utama pahanya terputus dihempap sinki rumah.

    Ipoh 20/5/2010 : Bayi bernama Adam Huzaimi berumur 2 bulan mati kerana didakwa oleh ibu bapanya bahawa Hospital Raja Permaisuri Bainun enggan membuat pemeriksaan dan rawatan lanjut apabila bayi tersebut demam dan mengatakan bahawa ianya demam biasa sahaja. Adam mati akibat jangkitan kuman di dalam otak dan bukannya demam biasa.

    ReplyDelete