Friday 21 May 2010

Pembantu Rumah Yang Menggoda!


Susahnya nak dapatkan pembantu rumah sekarang! Pelbagai kerenah dan birokrasi yang perlu dihadapi sebelum mereka boleh mula menyapu sawang di siling rumah kita. Bayaran serta fee pemprosesan pula… kusss segamaaaat! Dan tau-tau pembantu rumah tersebut lari mengikut boyfriend dia entah ke mana sedangkan dia tak sampai pun setahun bekerja. Ini semuanya pasal manusia-manusia yang mendera amah mereka la ni. Memang celaka betul…

Aku teringat masa kecik-kecik comel dulu (sekarang dah hensem pulak). Pembantu rumah keluargaku orang Malaysia. Agak garang dan tegas orangnya. Apa nak buat, aku dan adik-beradikku memang sangat nakal pada masa itu. Tapi kami tetap comel! Apapun, kami tetap menyayanginya. Beliau pandai memasak, mengemas dan paling penting ialah beliau mengajar kami tentang budaya dan kesantunan rakyat Malaysia. Pembantu rumah kami tidak pula menggedik dan menggoda abahku. Pembantu-pembantu rumah kami yang seterusnya juga tak berbuat begitu. Dan mereka semuanya orang Malaysia.

Sementelah orang Malaysia sekarang ramai yang tak bekerja, aku berpendapat bahawa elok juga kerjaya sebagai pembantu rumah ini diberikan kepada orang Malaysia kembali. Tapi buat lebih professional dan sistematik. Tubuhkan suatu agensi yang menguruskan mereka. Malah mereka ini tidak tinggal bersama kita dan hanya datang pada waktu yang kita tentukan sahaja. Kita juga boleh mengkhususkan skop tugasan mereka seperti memasak sahaja atau mengemas rumah sahaja. Dan skop tugasan ini dibayar oleh kita dalam bentuk pakej macam Astro tu la.

Yang baiknya ialah kerjaya ini boleh dibuat sebagai pendapatan sampingan atau part time oleh orang-orang yang bergaji kecil atau income tak cukup di zaman yang serba mahal ini. Tak semestinya mereka ini berjantina aweks sahaja. Lelaki pun ramai yang pandai memasak, apa! Aku percaya bahawa dengan adanya pembantu rumah di kalangan orang Malaysia, kadar jenayah yang disumbangkan oleh warga asing yang bekerja di Negara kita ini akan dapat dikurangkan dengan drastik. Paling penting ialah isteri korang tak la cemburu tak tentu pasal bila amah Indon korang dok tersenyum-senyum kat korang.

Stay KULS :P

No comments:

Post a Comment