
Langkah pertama :
Bye-bye Astro. Astro ini barangan mewah. Banyak yang dapat kita jimat kalau tamatkan perkhidmatan Astro ini. Tambahan pulak kalau korang subscribe channel sukan. Nak tengok perlawanan Chelsea live? Pergi aje la ke restoran mamak. Lagi syok tengok ramai-ramai. Kalau bini atau gofren korang minat sukan bolasepak macam gofren aku, dapat la berdating dengan kadar penjimatan yang maksimum. Kalau korang nak berjimat lagi, tengok ajelah cerita televisyen kat rangkaian percuma. Jangkaan kadar penjimatan sebulan : RM60-RM150.
Langkah kedua :
Bawa bekal ke ofis. Sekarang harga seketul ayam masak merah pun dah nak mencecah RM3.00. Kalau subsidi tiada, mau la seketul jadi RM6.00. Senang cerita masak sendiri dan bawak bekal. Bukan setakat korang dapat berjimat, malah berkhasiat pulak tu. Lagipun bolehlah gunakan duit yang korang dapat jimat ni untuk beli rokok yang makin mahal. Alah, aku tau la korang tak mampu nak berhenti merokok punya! Kalau kedekut sangat korang berpuasalah aje. Jangkaan kadar penjimatan sebulan : RM150.
Langkah ketiga :
Beli dan gunakan motorsikal untuk pergi bekerja. Aku gunakan RM130 seminggu untuk petrol keretaku. Kalau subsidi hapus, maka aku kena gunakan lebih kurang RM200 untuk perkara yang sama. Kalau menggunakan motorsikal, mungkin aku hanya membelanjakan RM20 untuk bekerja dan RM50 untuk melawat anakku dan membawanya berjalan-jalan. Lagipun korang dapat menjimatkan kos penyelanggaraan kereta yang lebih mahal daripada motorsikal. Kalau kedekut lagi jalan kaki sahaja atau naik beskal. Jangkaan kadar penjimatan sebulan : RM500.
Sebenarnya langkah penghapusan subsidi ni akan mendatangkan kesan yang kita panggil sebagai ’Ripple Effect’. Langkah penjimatan di atas, sungguhpun baik untuk kita, tapi akan juga menyebabkan banyak perniagaan stesyen minyak, restoran dan lain-lain perniagaan yang berkaitan dengannya akan melungkup dalam skala besar-besaran dan secara tak langsung turut menghancurkan kestabilan ekonomi kita. Tapi yalah, bak kata orang putih : ”Better you than I” (lebih baik kau yang kena daripada aku)
Stay KULS.
No comments:
Post a Comment