Friday 28 May 2010

Isu Perempuan Dan Penutup Tandas Mangkuk

Aku tak faham mengapa kebanyakan orang pompuan di dunia ini tak suka kalau kita biarkan penutup tandas mangkuk terbuka. Alasan diorang ialah perbuatan tersebut adalah kotor dan jijik. Jadi sebagai seorang peguambela dan peguamcara yang memahami masalah dan isi hati tulus kaum lelaki di dunia ini, aku akan membantu korang untuk mengemukakan hujah-hujah yang bernas dan munasabah untuk korang menjawab kembali leteran isteri atau girlfriend korang.

Berikut adalah hujah-hujah mengapa penutup tandas mangkuk patut dibiarkan terbuka :

Hujah Pertama :

Kaum lelaki ini adalah pembersih. Jadi kita bukan setakat cakap sahaja. Malah kita buktikan dengan membiarkan penutup tandas mangkuk tidak ditutup untuk membuktikan kata-kata kita. Bukan sahaja tiada sebarang bau pelik keluar dari mangkuk tandas tersebut, malah air takungannya juga bersih dan jernih.

Hujah Kedua :

Sebenarnya kalau penutup tersebut dibiarkan tertutup, ia akan membiakkan kuman-kuman di dalam mangkuk tandas tersebut. Dalam keadaan tertutup, permukaan mangkuk tandas akan sentiasa lembap dan ini boleh menggalakkan pembiakan dan percambahan kuman. Jadi kita kaum lelaki ini membiarkan penutup terbuka agar permukaan mangkuk tandas menjadi kering dan sekaligus merencatkan aktiviti bakteria. Jadi kita dan pasangan kita akan terhindar dari penyakit bahaya.

Hujah Ketiga :

Banyak kes berlaku di mana labah-labah dan ular berbisa bersembunyi di dalam mangkuk tandas yang tertutup sebab dalamnya gelap dan sejuk. Reptilia amat sukakan kawasan yang sejuk dan lembap. Jadi bayangkanlah jika kita menggunakan tandas tersebut semasa mereka ada di situ! Kalau isteri atau gofren anda berhujah bahawa serangga atau binatang tersebut dapat masuk kerana penutup tandas terbuka, jawablah balik bahawa dalam berita akhbar, ular-ular selalunya boleh masuk melalui pembentung di luar rumah dan terus ke saluran tandas. Kalau penutup tandas kita terbuka, kita akan segera ternampak binatang bisa tersebut dan boleh mengambil langkah-langkah yang sepatutnya untuk mengelakkan terjadinya kecelakaan. Kalau penutup tandas tertutup dan kita terus bukak dan duduk, alamat punggung kita jadi tempat mengunyah mereka laaa..

Stay KULS…

No comments:

Post a Comment