Sunday, 29 August 2010

Cerita-Cerita Islamik Yang Patut Diterbitkan

Penat rasanya menengok banyak sangat drama atau novel yang mengikut susur galur ala-ala cerita Nur Kasih. Dah la tu, pakai tajuk macam Islamik tapi cerita merapu aje. Di bulan puasa ni seeloknya rancangan Islamik tu biarlah mengikut cara Islamik juga. Berikut adalah cadanganku cerita Islamik yang patut dibuat oleh para penerbit filem :

1) Tajuk : Iman Advokasi
Cerita mengisahkan seorang peguam yang tak mengikut gaya hidup Islam. Apabila datang seorang bukan Islam yang bawah umur ingin melantiknya untuk melawan kes bagi membenarkannya masuk islam, si peguam ini terpaksa menelan hakikat betapa jauh menyimpang hidupnya daripada ajaran Islam yang sebenar.

2) Tajuk : Ramadhan Bersama Misawa
Ceritanya macam Ramadhan Bersama Rafique tetapi ianya dari kisah benar tentang atlet professional BMX bernama Shintaro Misawa yang berasal dari Jepun yang sanggup datang ke Malaysia semata-mata untuk menghayati konsep sebenar Bulan Ramadhan. Tapi pembaziran belanja untuk Buffet Ramadhan di hotel dan restoran terkemuka buat aku rasa malu pulak kepada Misawa. Semoga beliau terus mendapat hidayah untuk memeluk agama Islam dan menjadi insan yang bertaqwa. Ganbate Misawa!

3) Tajuk : Nur Kasih Ramadhan
Ini bukan cerita sequel cerita Nur Kasih poligami tu. Ini adalah cerita seorang isteri yang kecewa sebab suaminya bercadng untuk bernikah dengan perempuan lain. Alasan suaminya ialah sebab isterinya tidak menepati ciri-ciri isteri solehah yang beliau mahu. Jadi si isteri ni berusaha untuk kembali mendekatkan diri serta mempelajari ajaran Islam yang syumul. Niat asal beliau ialah agar suaminya berubah fikiran. Tetapi akhirnya si isteri itu tadi benar-benar berubah menjadi isteri yang solehah dan baik hinggakan suaminya tak jadi berpoligami kerana baginya isterinya itu adalah sangat sempurna.

Haha! Banyak lagi idea aku untuk cerita-cerita Islamik yang bagus. Kalau nak ambil idea kat atas, aku bagi pecuma aje. Yang penting aku dapat pahala. Tapi kalau nak cerita lain, kenalah bayar consultation fee. Tak mahal. RM1,000 aje. Kalau nak aku susun atur ceritanyanya pun boleh juga. Tapi lebih sikit la. Bagi yang nak tahu credentials atau testimoni aku, taip aje kat Google "Ahmad Syuhaimi Adnan DBP".

Stay KULS :)

Meremehkan Solat Di Bulan Ramadhan

Ketika aku selesai makan buka puasa di sebuah restoran bersama gofrenku, jam telahpun menunjukkan pukul 8 lebih malam. Aku masih belum bersolat; dan begitu juga kebanyakan pengunjung yang berada di situ. Gofrenku dapat MC daripada Allah; jadi beliau tidaklah kelam-kabut sepertiku. Akupun bertanyalah kepada salah seorang pekerja di situ di mana letaknya surau restoran tersebut. Beliau dengan senang hati menunjukkan tempatnya. Akupun pergilah berwuduk dan bersolat... seorang diri sahaja.

Setelah selesai bersolat aku kembali lepak-lepak bersembang dengan gofrenku sebab perut masih sengkak lagi. Tahu tak apa yang buat aku agak risau? Kesemua pengunjung di restoran tersebut adalah orang Islam... tetapi tak seorangpun pergi ke surau untuk bersolat Maghrib. Mereka duduk dan makan di situ sehingga Isya'.

Aku berasakan bahawa kerajaan patut mengambil serius akan perkara ini. Bukan tentang mereka semua yang tak bersolat Maghrib tetapi lemahnya pegangan umat Islam di Malaysia dalam kewajipan agama mereka. Akupun bukanlah baik sangat. Tetapi aku dah dapat agak punca ramai sangat remaja yang berzina dan membuang serta membunuh anak luar nikah mereka. Kalau orang yang dah berumur macam aku ini pun buat tak tahu aje tentang solat Maghrib, apatah lagi anak-anak remaja mereka?

Stay KULS. Stay Islam. Stay Muslim.

Thursday, 26 August 2010

Kenapa Awek Lawa Tak Jadi Pengemis?

Di bulan Ramadhan yang mulia ini, ada juga yang tak malu untuk berbuat perkara yang hina. Antaranya ialah dengan mengemis. Di KL, para pengemis mampu mendapat paling koman RM1,000 sebulan! Waah.. kalau macam ini aku pun rasa teringin nak mengemis. Duduk kat kaki lima sabil usha aweks pun boleh dapat side-income.

Salah masyakarat kita juga sebab baik hati hingga diekploitasi oleh golongan mughallazah tersebut. Bagiku sudah tiba masanya kita mengubah trend bersedekah kepada pengemis ini. Apa kata kita belikan mereka makanan minuman atau beri mereka baju-baju kita yang masih elok atau apa-apa keperluan harian mereka seperti minyak masak, beras dan lain-lain. Jangan bagi banyak sangat. Nanti diorang jual. Bagi sikit-sikit. Jangan risau tak cukup sebab ramai yang akan buat begitu juga. Jadi yang benar-benar susah dan memerlukan akan terus mengemis kalau kita stop bagi duit kat mereka. Yang mengambil kesempatan ni pula pasti akan menghentikan kegiatan mengemis mereka. Yalah, kalau setakat biskut tu kat rumah banglo diorang pun ada seguni.

Satu lagi golongan ini ialah jenis yang pakai ketayap dan duduk kat bank untuk meminta derma bagi membuat masjid, surau atau sekolah anak yatim . Dulu banyak bangunan seumpama ini kat Kedah yang kununnya nak dibuat. Sekarang dah ke Pattani, Myanmar pulak. Kos nak bina bukan main lagi harganya berjuta-juta ringgit. Nampak sangat membohongnya. Kalau benar-benar nak bina surau, apa salahnya buat sikit-skit dulu? Kalau bangunan yang asas tu, setakat lima enam puluh ribu boleh la diterima dek akal. Kalau dah berjuta, mana logiknya? Buat apa anak-anak yatim tu nak bermewah-mewah?

Aku menyeru agar kita ini janganlah terpedaya dan dipergunakan oleh golongan munafik tersebut. Kalau benar-benar nak tolong orang susah, pergi aje ke Baitul Mal dan minta senarai pemohon bantuan zakat. Datang ke rumah mereka dan dermalah seikhlas dan semampu mungkin. Cara begitu lebih baik dari memberikan sedekah kepada si penipu.

Stay KULS.

Kita Ni Manusia, Bukannya Babi

Badanku banyak turun beratnya semenjak puasa ni. Syok jugak bila pakai baju body hugging nampak tegap dan seksi. Ramailah awek yang kurang pahala puasa memandangku. Haha! Aku rasa cara paling baik nak berdiet ialah dengan teknik berpuasa. Tak payah la nak berniat puasa. Cuma bangun pukul 5 atau 6 untuk makan pagi dan kemudian pukul 7.00 petang baru makan balik. Kalau nak mengelakkan badan lemah dan lesu, minumlah air sahaja. Tapi aku rasa dalam keadaan berpuasa sekarang pun masih okay aje. Tapi bila berbuka makanlah secara sederhana aje. Kita ni manusia, bukannya babi…

Satu lagi yang aku terbaca dalam surat khabar ialah agar meminum dua gelas air suam sebelum dan selepas makan pun elok untuk menguruskan badan. Ingat aku baca tentang gossip artis aje ke? Rozita Che Wan makin menonjol la! haha! Op! Sambung perihal air suam balik. Tapi seeloknya minumlah air yang dah bertapis dan bukannya air paip yang dimasak. Cara ni lebih murah dan selamat untuk berdiet. Bagi yang bakhilun sepertiku ini, tentu ianya berita baik untuk mengelakkan bini korang berkunjung hari raya ke Marie France.

Aku selalu masak nasi dengan air mineral atau minuman yang dalam botol tu. Air paip aku gunakan untuk basuh beras aje. Nasi yang dimasak dengan air bertapis tahan lebih lama. Aku tau la sebab ada sekali tu aku terlupa basuh periuk nasi. Selepas empat hari tu barulah aku sedar. Tapi nasi tetap elok dan tak basi. Cuma dah bersemut aje. Jadi geli la nak makan.

Aku juga amalkan makan buah kurma semasa bersahur. Ini untuk memastikan aku ada tenaga tambahan kalau terpaksa membuat kerja-kerja berat. Yalah, aku ni sangat kerap memandu jauh walaupun di bulan puasa. Di samping itu juga aku minum susu kambing agar dapat tahan lapar.

Waktu lunch break di bulan yang mulia ini biasanya aku gunakan untuk lelap sekejap. Dalam 30-40 minit. Orang putih panggil power-nap. Walhal tok nenek kita dah lama buat. Lelap sekejap akan membuatkan kita cergas kembali dan fokus bila dah terjaga. Tapi kadang kala terbabas juga jadi tidur biasa. Kalau begitu sahih pening kepala. Haha!

Stay KULS.

Tiada awek yang cedera main mercun

Setiap kali bulan Ramadhan pasti ada insiden ngeri membabitkan mercun. Kali ini meragut nyawa seorang anak kepada penyeludup mercun pula. Kepalanya berkecai separuh. Bapanya pula direman untuk siasatan tentang menyorok mercun secara haram. Kesian keluarga tersebut menyambut hari lebaran dalam duka.

Lepas tu menyusul pulak seorang lagi budak terbakar mukanya akibat bermain dengan mercun botol. Main botol pun dah kira bahaya, inikan pulak botol yang boleh meletup. Aku dengan penuh khusyuk dan tawadduk merumuskan sebab-musabab mengapa ramai bebudak Melayu ni cedera atau hilang nyawa akibat mercun atau mercun buatan sendiri.

Pertama : Mak bapak anak-anak Melayu ni tak beli suratkhabar langsung. Diorang lebih suka beli URTV atau Mangga. Tak pun Remaja. Kalau TV pulak, diorang lebih suka hadap rancangan hiburan daripada berita.

Kedua : Mak bapak diorang ni tau tapi tak peduli sebijik duku pun. Bahkan kalau monyet ditegur pun lebih mudah daripada mereka yang pasti akan memekakkan telinga.

Ketiga : Mak bapak ni tau dan peka tapi anak mereka tak mau dengar cakap. Malah mak bapak pulak kena dengar cakap anak-anak ni untuk membelikan mereka mercun. Ni kes mak bapak bakal kena makan penerajang anak-anak bila dah tua nanti la ni.

Apapun, kita patut laporkan kepada pihak berkuasa kalau nampak ada anak jiran yang main mercun atau bapak jiran yang menyorok seguni mercun. Memang la kalau mereka terkena padan muka dengan mereka… tapi kalau terkena kat anak kita yang tak pasal-pasal tengah main beskal pulak macam mana? Masa tu nak melenting pun dah tak ada gunanya sebab anak kita dah hilang sebijik mata. Hancurlah harapan kita nak jadikan dia calon peserta Wanita Melayu di TV3.

Stay KULS.

Saturday, 21 August 2010

Elak Anak Remaja Kita Jadi Mangsa Rogol

Semakin menjadi-jadi pulak kes remaja perempuan dirogol oleh sepupu, datuk sedara dan lain-lain manusia yang mempunyai hubungan darah dengannya. Yang aku rasa pelik ialah ianya kerap berlaku di kalangan bangsa Melayu beragama Islam. Agaknya bangsa kita disumpah dan dihinakan oleh Allah di mata bangsa dan penganut agma lain kerana kita tak mentaati seratus peratus ajaran Islam.

Aku pun ada seorang anak perempuan setakat ini. Dan aku rasa aku wajib mengajarnya tentang batas kesusilaan dalam perhubungan biarpun antara keluarga serta menghantarnya ke kelas seni mempertahankan diri. Korang pun patut berbuat begitu. Sebab anak perempuan akan membesar dan bukan selalu kita dapat memerhatikan dan menjaga keselamatan mereka. Dunia zaman ini penuh dengan syaitan yang memakai kulit manusia. Allayarhamah Nurin Jazlin adalah antara mangsa mereka.

Aku juga berpandangan bahawa sekolah perlu membenarkan pelajar perempuan membawa handphone. Tetapi semasa kelas bermula, handphone mereka bolehlah di simpan di suatu locker khas yang disediakan. Dan seeloknya janganlah biarkan anak gadis kita pulang dengan bas atau teksi atau sebarang pengangkutan awam. Ikutilah contoh kebanyakan keluarga orang Sikh. Mereka sanggup tolong-menolong antara keluarga demi untuk mengambil anak gadis mereka pulang dari kerja.

Dan akhir sekali, mana-mana perogol di Malaysia ini sepatutnya dihukum sebat di khalayak ramai. Ini untuk menanamkan perasaan ketakutan kepada bakal-bakal penjenayah seksual yang lain. Pesalah seksual mesti ditangani dengan kejam dan zalim agar dapat mencegah yang lain-lain daripada mengulanginya.

Stay KULS

Friday, 20 August 2010

Ayam Naik Lagi... Sialan!

Fed-up betul aku bila para penternak ayam sekali lagi menaikkan harga ayam dengan pelbagai alasan bodoh. Aku tengok kementerian yang berkaitan memang tak akan membantu pengguna punyalah. Paling baik yang diorang buat ialah membiarkan Tesco menjual ayam-ayam dengan harga murah demi untuk mengajar para penternak tersebut. Kenapa, korang tanya? Kalau korang perasan katakanlah para penternak menaikkan harga ayam dari RM6.00 ke RM8.00 sekilo. Kemudian rakyat bising. Kemudian kementerian berkenaan TERPAKSA berunding dengan penternak dan akhirnya "BERJAYA" menurunkan ke harga RM7.00 sekilo. Alah, itu memang taktik. Sebenarnya memang itulah harga yang diorang nak naikkan.

Aku sarankan agar kita berkongsi dengan jiran sepakat membawa berkat untuk menternak ayam. Kita boleh bela sampai besar, biakkan, hasilkan makanan dan sembelih. Tak payah lagi kita beli ayam-ayam daripada kapitalis-kapitalis tak beretika tersebut. Atau untuk Raya Puasa ini kita makan je la ketupat dan lemang dengan sambal kacang dan serunding ikan bilis. Pergi mampuslah dengan ayam-ayam. Aku percaya kalau 2-3 kali raya kita ajar mereka, tentu para penternak tersebut akan tunduk dengan harga yang kita minta, dan bukannya harga yang kementerian "BERJAYA" dapatkan untuk kita.

Stay KULS.

Kisah Anak Derhaka Bakal Penghuni Neraka

Risau jugak aku bila terbaca bahawa menjelang 2012, di Malaysia akan wujud anak derhaka sehingga mencecah bilangan 2.2 juta orang. Golongan si Tanggang ini bukan sahaja terdiri daripada mereka yang IQ serta mentaliti rendah, malah hingga ke golongan professional juga.

Tak lama sebelum ini seorang pensyarah wanita telah meminta ibu bapanya memindahmilik rumah banglo mereka kepadanya. Setelah dapat, beliau menghalau mereka keluar. Apabila kedua ibu bapanya enggan, beliau memaksa pula mereka membayar sewa bulanan kepadanya. Mujur juga Mahkamah bersimpati dengan kedua ibu bapa yang malang ini dan mengarahkan pensyarah laknat tersebut membayar wang bulanan balasan kasih sayang kepada kedua ibupanya. Malah beliau juga diperintahkan untuk tidak menganggu ibu bapanya tinggal di rumah tersebut sehingga mereka sendiri mahu keluar.

Kisah yang berakhir dengan baik. Namun berapa ramai yang berkesudahan dengan nasib malang? Kasihan kepada mereka ini. Budi baik mereka dibalas dengan racun berbisa oleh anak-anak mereka sendiri. Memanglah ada ibu bapa yang jahat. Tapi anak dehaka tetap balasannya ke neraka dan kekal selama-lamanya.

Mungkin kita sebagai ibu bapa atau bakal ibu bapa patut mengambil langkah-langkah yang perlu bagi mengelakkan perkara malang tersebut berlaku. Salah satunya ialah sudah tiba masanya kita lebih menekankan ilmu keagamaan kepada anak-anak kita lebih dari berbangga dengan ilmu-ilmu mereka yang lain.

Insurans yang kedua pula ialah, sudah tiba masanya ibu bapa melantik peguam untuk menjaga aset-aset mereka daripada diselewengi oleh anak-anak mereka sendiri apabila mereka sudah tua dan tidak berdaya kelak. Jangan dibutakan dengan kasih sayang. Perkiraan untuk nasib kita juga mesti diambil kira. Kalaulah aku terpaksa memasuki perjanjian bertulis dengan anak-anakku demi untuk kepentinganku dan isteriku, maka aku akan membuatnya tanpa teragak-agak.

Bagiku, anak yang tidak menderhaka adalah anak yang menghormati kita dan pada masa yang sama masih takutkan kita.

Stay KULS.


Monday, 16 August 2010

Mekap kereta berlebihan mengalahkan pompuan

Tak lama haritu aku terlibat dalam kemalangan di highway selepas melalui terowong ke Jelapang. Puncanya kerana aku nak mengelakkan sebuah Avanza yang juga agaknya baru terlibat dalam kemalangan kreana terbabas. Mujurlah yang rosak cuma tayarku dan arm keretaku sebelah depan bahagian kanan kerana berlaga dengan tembok batu penghadang jalan. Pada pandangku, inilah antara kelebihan orang yang banyak menghabiskan masanya memandu di jalanraya.

Pun begitu kadang-kala aku terlihat banyak benar punca kemalangan adalah kerana pemandunya sendiri. Antara punca kemalangan ialah kerana kenderaan mereka sendiri. Berikut adalah antaranya :

1) Memandu dengan laju semasa menggunakan tayar spare. Korang takkan la tak perasan tayar spare tu kecik sikit dari tayar biasa korang. Jadi dah tentu la tak stabil. Lagi teruk jika korang tak maintain atau tukar tayar spare. Berani gunakan tayar spare yang berusia 9 tahun? Nak mampusss…

2) Menukar casing lampu isyarat dari oren ke merah di bahagian lampu belakang . Jadi semuanya merah. Kalau lori datang dari belakang, terus la henyak kereta korang dengan korang sekali sebab tak perasankan lampu isyarat tersebut. Kat dalam kereta pun jadi merah… dengan darah korang!

3) Menukar lampu kuning kepada lampu putih (halogen). Apa kejadahnya JPJ buat tak tau dengan kesalahan macam ni? Dah la lampu tu silaukan pemandu dari arah bertentangan, kalau hujan ia jadi sangat merbahaya.Setiap titisan air hujan akan memantulkan balik cahaya lampu putih kereta korang tu. Jadi masa itu seolah-olahnya kereta korang sedang memancarkan lampu halogennya ke sebuah cermin yang besar. “Abis, BWM dengan Mercedes tu tak apa pulak!” bantah korang dengan sedu-sedan memprotes. Korang perasan tak cahaya lampu kereta BMW dan Merc tu bukan warna putih tapi kehijau-hijauan. Ini adalah kerana diorang pun tau akan bahaya lampu putih waktu hujan. Feheeemmm?

4) Meletakkan segala mak-neka (aneka) anak patung, plush toys, teddy bear, bantal perhiasan atau sticker di bahagian belakang kenderaan hingga menutup hampir keseluruhan pandangan sisi belakang cermin. Korang bukak kedai cenderamata kat dalam kereta ke/? Kalau mengharapkan cermin sisi aje, sangat bahaya. Banyak titik buta. Ingat pengilang buat cermin belakang tu saja-saja je ke?

Jadi insaflah wahai lelaki harapan negara sekalian. Janganlah membuat sesuatu ke atas kenderaan korang yang boleh memudaratkan diri sendiri. Hati-hatilah ketika memandu di jalanraya bila nak balik beraya nanti. Dan jangan lupa gosok gigi lepas bersahur.

Stay KULS.

Thursday, 12 August 2010

Kurma Is Da Man

Aku tak berapa suka makan buah kurma. Sampai sekarang pun sebenarnya. Namun aku tak sangka buah kurma ni banyak sungguh khasiatnya. Jadi aku berazam untuk rajin makan buah kurma setiap hari kalau boleh. Bukan setakat bulan puasa aje. Berikut adalah kehebatan buah kurma :

1) Ia mampu mencegah penyakit kanser. Tambahan kanser usus. Haii… bayanglah kalau susah nak berak sebab kena kanser. Azab dunia tu…

2) Ia mengandungi bahan gula yang mudah diserap oleh badan macho kita dan dengan itu cepat memulihkan tenaga. Boleh la kita tumbuk orang lepas berbuka. Eh! Bulan puasa kena banyak bersabar…

3) Ia sangat elok dimakan oleh isteri kita yang mengandung sebab mereka lebih cepat kehilangan tenaga berbanding sebelum mengandung. Tambahan la pulak bulan puasa ni. malah bila isteri kita beranak, darahnya tak turun dengan banyak kalau rajin melantak kurma. Aku geli tengok darah. Tu sebab tak jadi doktor walaupun pandai… kelentong! Haha!

4) Ia membekalkan zat yang banyak kepada otak kita untuk membuat kita jadi lebih pandai dan kuat daya ingatan. Jadi kita boleh la buktikan bahawa lelaki lagi pandai dalam akedemik daripada pompuan selain dari pandai mengayat.

5) Ia bahan pelawas yang baik dan membuat kita senang buang air besar. Jadi tak la sembelit di bulan puasa ni. Member pun tak la asyik memekik kat luar jamban suruh kita cepat membuat ‘pelaburan’.

6) Ia baik untuk pesakit darah tinggi kerana mampu meredakan stress. Macam ada bahan penenang la ni. Haa… mat fit lepas ni sibuk nak melantak buah kurma pulak sebab ingat boleh tangkap stim.

7) Ia mampu meredakan batuk yang tak serius.

8) Ia mampu mencuci buah pinggang dan melancarkan pengaliran darah dalam tubuh. Kira buah kurma ni lagi murah dari mesin haemodalisis, tau?

9) Ia mampu menguatkan tenaga batin dan mampu merangsang tenaga seksual lelaki ke tahap optimum. Haha! Ini yang sebenarnya korang nak dengar dari tadi, kan? Hansap la lu ni!

Stay KULS!

Pahala Macam Skim Cepat Kaya?

Ustaz aku kata sebenarnya cukup senang kita ni nak buat pahala di bulan Ramadhan. Cuma ada yang jenis kita rasa tak mampu nak buat. Contohnya Qiamulail, baca Al-Quran 1 juzuk sehari dan sebagainya. Kita pun merengus sambil berkata “Mustahil aku nak dapat pahala sama banyak macam ulama-ulama tersebut!”. Sebenarnya tak mustahil, wahai saudaraku yang macho sepertiku ini. Berikut adalah cara mudah nak dapat pahala banyak macam main Skin Cepat Kaya.

1) Solat berjemaah. Tak payah pi masjid. Buat dengan anak bini pun dah dapat banyak pahala. Kalau yang bujang tu, ajaklah kawan berjemaah sekali.

2) Baca surah al-Ikhlas sebanyak 3 kali setiap kali lepas solat. Kita akan dapat pahala macam baca 30 juzuk al-Quran. Bayangkanlah kalau baca setiap kali untuk solat 5 waktu. Dapat pahala 5 kali khatam Quran woo…

3) Melakukan hubungan seks dengan isteri. Tapi lepas berbuka puasa la. Dah la seks tu syok, dapat pahala pulak tu. Tapi kalau dengan gofren dapat dosa besar dan dilaknat, tau?

4) Membaca buku untuk ilmu pengetahuan yang bermanafaat. Kalau baca URTV, Mangga, Manggis, Durian tu tak dapat apa-apa sebab ia bacaan ringan yang sia-sia. Kalau malas sangat nak membaca, pergilah dengar CD atau VCD ceramah agama atau apa-apa sahaja jenis yang memberi ilmu pengetahuan.

5) Berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Cium tangan mereka sebelum pergi kerja. Belikan mereka barang makan untuk berbuka puasa. Cakap dengan lembut dan sopan kepada mereka. Tolong mereka buat kerja-kerja rumah. Itu semua pahala besar tu!

6) Belikan barang makan kepada kawan-kawan kita yang nak berbuka puasa. Meraikan orang yang berbuka puasa tu pahalanya sangatlah besar.

7) Pergi ke masjid untuk solat Terawih. Tak peduilah 8 atau 20. Jangan buat 20 kalau korang sebenarnya nak buat 8 semata-mata kerana takut apa orang lain kata. Kita bersolat untuk Allah, bukan untuk tok siak yang bermulut celupar tu.

8) Akhir sekali sentiasa memberikan senyuman dan mengucapkan salam kepada saudara kita yang lain.

Stay KULS :)

Wednesday, 11 August 2010

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Selamat berpuasa aku ucapkan kepada Muslimin dan Muslimat seluruh Malaysia. Aku bersyukur kerana masih dapat menyambut bulan yang penuh dengan keberkatan ini. Yalah, bulan ini sangat baik untuk umat Muhammad yang berusia pendek untuk membuat amalan pahala beribu tahun. Pun begitu, aku pasti majoriti korang juga mempunyai masalah seperti aku untuk memanafaatkan dengan optimum bulan Ramadhan ini walau dalam perkara yang mudah. Berikut adalah perkara-perkara tersebut :

Tidak meninggalkan waktu solat walau sekali dalam bulan Ramadhan. Aku tak tulis ‘tidak meringankan’ atau ‘tidak melengahkan’ sebab itu lagilah susah.

Tidak bercakap bohong walau sekali dalam bulan ini.

Tidak memandang dengan penuh perasaan aurat aweks yang terdedah kepada kita walau sekali dalam bulan ini.

Tidak walau sekali meninggalkan solat Terawih; tambahan pula di akhir bulan Ramadhan.

Empat perkara pun cukuplah. Banyak nanti tension pulak korang. Aku pun tension jugak nanti. Haha!

Stay KULS.

Thursday, 5 August 2010

Natijah Di Hujung Dendam Manusia


Beberapa hari lalu semasa berada di Ipoh, aku pergi menemani ibuku ke pasar di Gunung Rapat. Kawasan tersebut menjadi sangat sesak ekoran Majlis Bandararaya Ipoh membiarkan saja peniaga-peniaga haram berniaga di luar pasar iaitu di jalan raya. Aku dapat tahu bahawa Datuk Bandar berasa bengang kerana para peniaga di dalam pasar tersebut enggan keluar berpindah dari situ untuk projek menaiktaraf pasar tersebut. Para peniaga di dalam pasar tersebut pula mempunyai alasan tersendiri iaitu design bangunan yang baru akan merugikan bisnes mereka. Lagipun para peniaga di luar juga akan diberi lesen untuk berniaga selepas pasar baru siap. Mereka menuduh MBI cuba mengaut keuntungan lebih tanpa mempedulikan kebajikan mereka.

Aku cukup benci dengan politik-politik ni. Tapi satu yang aku nampak ialah aku dan para pembeli cukup menyampah kerana kami susah untuk parking kenderaan kami dan terpaksa berjalan jauh untuk membeli barangan basah. Pendekatan membalas dendam sebegini tak akan menguntungkan sesiapa. Kalau aku ialah Menteri Besar Perak, aku akan pecat Datuk Bandar tersebut sebab dia menambahkan perasaan benci rakyat kepada kerajaan di bawah pemerintahanku dan semakin menyukarkan laluan partiku untuk menang di Perak.

Aku pun mempunyai beberapa orang musuh dan aku bencikan mereka semua. Tapi aku tak ingin memerah otak untuk membalas dendam terhadap mereka. Aku ada banyak lagi perkara untuk dibuat. Apabila mereka tersungkur, aku akan ketawakan mereka sepuas-puas hati. Tapi bukanlah aku orangnya yang meletakkan kulit pisang di laluan mereka.

Aku mempunyai seorang klien yang menyaman musuhnya atas nama dendam. Tetapi selepas menang, beliau dapati beliau tetap berasa miserable sedangkan musuhnya itu nampak bahagia bersama keluarganya sungguhpun kalah. Aku sangat kasihan melihatkan kesedarannya itu timbul selepas semuanya terlambat. Namun beliau tetap kena membayar fee guamanku yang berjumlah RM15 ribu itu. Mungkin itu adalah salah satu sebab beliau jadi sengsara. Tapi aku tak peduli. Kerana itulah natijahnya di hujung dendam setiap manusia.

Stay KULS.

Orang Kampung Is Da Bomb

Aku paling suka mendapat klien di kalangan orang kampung. Semasa ditugaskan di cawangan yang rata-rata penduduknya adalah orang kampung, aku berasa sangat seronok. Sebagai seorang ahli perniagaan atau usahawan, korang pun sepatutnya berasa seronok juga kalau mendapat pelanggan orang kampung.

Mengapa, korang tanya? Jawapannya sangat ketara. Orang kampung yang datang mendapatkan nasihat guaman aku biasanya akan menghormatiku. Malah ada yang memanggilku sebagai tuan walaupun dia adalah kepala gangster. Berbanding dengan orang bandar yang kebanyakannya menganggap peguam macam ni budak suruhan mereka. Lebih-lebih lagi kalau jenis yang ada pangkat Dato’ Tan Sri tu. Banyak kali orang berperangai sebegini aku terpaksa mengingatkan mereka itu siapa dan aku ini siapa dan kemudian menyuruh mereka cari sahaja peguam yang lain.

Orang kampung biasanya akan mengambilkira pendapat serta nasihatku. Orang bandar atau yang berpangkat ni nak aku dengar arahan mereka walaupun ilmu mereka hanya setengah cawan kopi saja. Orang kampung akan mengikut arahanku dan biasanya menyenangkan kes aku dan mencerahkan peluangku untuk menang di mahkamah. Orang bandar dan yang berpangkat ni kebanyakannya degil bengik dan tak mahu ikut arahanku hingga banyak kali menyebabkan kes aku yang sepatutnya menang terus menjadi kalah teruk. Lepas tu berani pula mempersoalkan kewibawaan aku sebagai seorang peguam yang berpengalaman. Ada dua tiga kali aku terpaksa menggunakan perkataan ‘bodoh’ kepada mereka untuk menyuruh mereka diam.

Orang kampung juga akan membawa buah tangan sebelum berjumpa denganku. Kalau musim durian, memang makan durian free la aku. Dan orang kampung ni di akhir perbincangan pasti akan membelanjaku makan dan minum di restoran berdekatan. Orang bandar dan yang berpangkat ni pulak kebanyakannya tak bawak apa-apa dan lepas tu dengan tak malu minta aku membelanja mereka.

AKHIR SEKALI DAN PALING UTAMA SEKALI ialah orang kampung ni walaupun nampak sempoi aje tapi sebenarnya mereka ini BANYAK DUIT dan KAYA. Bila aku mintak fee permulaan sebanyak RM10 ribu untuk kes di Mahkamah Tinggi, mereka tanpa banyak soal terus membayar kepadaku. Kalau orang bandar dan yang berpangkat tu, gaya dan kereta mereka memanglah gah. Tapi sebenarnya kebanyakan mereka adalah POKAI dan SENGKEK dan MISKIN. Jadi mereka terus saja balik atau terpaksa mencari peguam yang cukup bodoh untuk membuat kes mereka secara percuma.

Cayalah orang kampung!

Stay KULS.

MLM dengan awek yang menggeletis

Penipuan dalam skim cepat kaya ni boleh dikatakan setiap tahun akan berlaku. Aku pun salah seorang mangsanya. Malah aku berani jamin bahawa korang pun pernah jadi mangsa juga. Yalah, kalau macam yang terbaru ni seorang perempuan yang cantik lagi seksi menggeletis dan menggeselkan dada serta punggung kat kita, memang kita cair dan sanggup melabur punyalah walaupun silap gaya duit kita melebur punyalah!

Aku juga berpandangan bahawa MLM yang lebih menekankan kepada sistem dengan mencari ahli LEBIH dari menekankan kebaikan produk-produk yang mereka jual juga sebenarnya adalah dalam kategori skim cepat kaya juga. Kalau korang tak faham, biarlah aku bagi contoh yang amat baik.

Katakan aku dan tiga orang adik-beradikku berpakat untuk buat perniagaan MLM ni. Jadi kami pun pergilah ke Amerika dan beli satu produk kesihatan. Ianya makanan herba yang boleh menyembuhkan 50 juta jenis penyakit. Kami labelkan semula produk tersebut, ambil lesen dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia, dapatkan pengiktirafan Kementerian Kesihatan dan mula membina sistem MLM kami. Kami kumpulkan seberapa ramai orang yang boleh untuk memulakan bisnes MLM tersebut. Dan mereka mencari ahli dan begitulah seterusnya. Kami empat beradik tadi akan mendapat keuntungan dari jualan produk dan juga komisyen atau royalti yang orang-orang bawahan kami sumbangkan. Mungkin dalam 10 atau 15 tapak di bawah kami akan jadi kaya dan mampu memakai Mercedes. Yang bawah dari itu mungkin mampu beli CRV atau menunaikan umrah. Yang macam kita ni yang mana dapat tahu 8 bulan kemudian akan dapat ciput aje.

Setelah hampir setahun menjalankan bisnes MLM tersebut, aku dan adik-beradikku akan menjual bisnes kami dan menjadi lebih kaya. Kemudian kami akan cari produk kesihatan yang baru dan kembali buat bisnes MLM yang baru dengan sistem yang diubahsuai sikit. Dan kami akan mengulanginya kembali untuk menjadikan diri kami lebih kaya raya. Mana-mana ejen yang memberitahu kekayaan yang diperolehi dalam bisnes MLM adalah infiniti tersebut sememangnya betul. Cuma masalahnya kekayaan infiniti tersebut adalah untuk pengasas bisnes MLM itu snediri sahaja.

Tak percaya atau marah dengan penuliasan aku ni? Cuba tengok bisnes MLM yang dah korang buat setakat ni. Mula-mula CNI. Lepas tu DCL. Lepas tu Uptrend. Lepas tu Zhulian. Lepas tu Alpha Lipid. Lepas tu Blogstarz. Yang terbaru pulak adalah produknya macam Blogstarz tapi aku dah lupa namanya. Semuanya ini pada mulanya sangat menyinar tetapi lepas tu malap dan jadi obsolete. Pun begitu ada yang menjadi kaya-raya... tetapi entah kenapa bukannya kita.

Jadi korang fikirlah apa yang aku tulis ni dan Stay KULS..

Tuesday, 3 August 2010

Kucingku bernama Chong Mokei

KULS 2/7/2010

Aku tertarik bila membaca tentang ikan-ikan paus di Lagun San Ignacio yang cukup jinak dan meminta orang ramai yang menaiki bot untuk menggeletek lidah ikan-ikan paus tersebut. Walhal semasa ikan-ikan tersebut diburu oleh para nelayan di situ, mereka amatlah ganas dan mampu memecahkan bot-bot nelayan dengan libasan ekor ataupun melompat di atasnya.

Aku selalu tak percaya bahawa haiwan hdup bedasarkan kepada naluri semata-mata. Aku pernah membela kucing dan aku melayaninya seperti seorang manusia. Begitu juga dengan ahli keluargaku. Kucing-kucingku faham apa yang kami perkatakan dan tidak mengusik ikan-ikan yang ibuku siang untuk dimasak sungguhpun terhidang depan matanya.

Begitu juga ketika anakku Damia baharu dilahirkan. Ada seekor kucng parsi yang pasti akan duduk atau baring tidak jauh dari tempat Damia berbaring seolah-olah menjaganya. Dan Damia akan tidur lena tanpa diganggu oleh makhluk halus tatkala kucing tersebut menjaganya.

Mungkin kita patut berhenti mengatakan bahawa binatang tak berakal. Setiap haiwan mempunyai kebijaksanaan tersendiri dan mampu mempelajari perkara baharu serta mengadaptasi diri mereka di kalangan manusia. Aku teringat kisah seekor kucing bernama Tomato yang amat sayangkan seorang perempuan tua yang menghidap kanser Perempuan tersebut pada mulanya bencikan Tomato kerana beliau tidak sukakan kucing. Tapi Tomato menggunakan kebijaksanaannya untuk mendekati perempuan tua tersebut dan akhirnya mereka berdua menjadi sangat akrab. Bukan itu saja, malah perempuan tua tersebut berjaya sembuh dari kansernya walhal sebelum itu beliau menyerah kalah dan mahu mati sahaja.

Stay KULS.