Thursday 5 August 2010

Orang Kampung Is Da Bomb

Aku paling suka mendapat klien di kalangan orang kampung. Semasa ditugaskan di cawangan yang rata-rata penduduknya adalah orang kampung, aku berasa sangat seronok. Sebagai seorang ahli perniagaan atau usahawan, korang pun sepatutnya berasa seronok juga kalau mendapat pelanggan orang kampung.

Mengapa, korang tanya? Jawapannya sangat ketara. Orang kampung yang datang mendapatkan nasihat guaman aku biasanya akan menghormatiku. Malah ada yang memanggilku sebagai tuan walaupun dia adalah kepala gangster. Berbanding dengan orang bandar yang kebanyakannya menganggap peguam macam ni budak suruhan mereka. Lebih-lebih lagi kalau jenis yang ada pangkat Dato’ Tan Sri tu. Banyak kali orang berperangai sebegini aku terpaksa mengingatkan mereka itu siapa dan aku ini siapa dan kemudian menyuruh mereka cari sahaja peguam yang lain.

Orang kampung biasanya akan mengambilkira pendapat serta nasihatku. Orang bandar atau yang berpangkat ni nak aku dengar arahan mereka walaupun ilmu mereka hanya setengah cawan kopi saja. Orang kampung akan mengikut arahanku dan biasanya menyenangkan kes aku dan mencerahkan peluangku untuk menang di mahkamah. Orang bandar dan yang berpangkat ni kebanyakannya degil bengik dan tak mahu ikut arahanku hingga banyak kali menyebabkan kes aku yang sepatutnya menang terus menjadi kalah teruk. Lepas tu berani pula mempersoalkan kewibawaan aku sebagai seorang peguam yang berpengalaman. Ada dua tiga kali aku terpaksa menggunakan perkataan ‘bodoh’ kepada mereka untuk menyuruh mereka diam.

Orang kampung juga akan membawa buah tangan sebelum berjumpa denganku. Kalau musim durian, memang makan durian free la aku. Dan orang kampung ni di akhir perbincangan pasti akan membelanjaku makan dan minum di restoran berdekatan. Orang bandar dan yang berpangkat ni pulak kebanyakannya tak bawak apa-apa dan lepas tu dengan tak malu minta aku membelanja mereka.

AKHIR SEKALI DAN PALING UTAMA SEKALI ialah orang kampung ni walaupun nampak sempoi aje tapi sebenarnya mereka ini BANYAK DUIT dan KAYA. Bila aku mintak fee permulaan sebanyak RM10 ribu untuk kes di Mahkamah Tinggi, mereka tanpa banyak soal terus membayar kepadaku. Kalau orang bandar dan yang berpangkat tu, gaya dan kereta mereka memanglah gah. Tapi sebenarnya kebanyakan mereka adalah POKAI dan SENGKEK dan MISKIN. Jadi mereka terus saja balik atau terpaksa mencari peguam yang cukup bodoh untuk membuat kes mereka secara percuma.

Cayalah orang kampung!

Stay KULS.

No comments:

Post a Comment