Thursday 5 August 2010

MLM dengan awek yang menggeletis

Penipuan dalam skim cepat kaya ni boleh dikatakan setiap tahun akan berlaku. Aku pun salah seorang mangsanya. Malah aku berani jamin bahawa korang pun pernah jadi mangsa juga. Yalah, kalau macam yang terbaru ni seorang perempuan yang cantik lagi seksi menggeletis dan menggeselkan dada serta punggung kat kita, memang kita cair dan sanggup melabur punyalah walaupun silap gaya duit kita melebur punyalah!

Aku juga berpandangan bahawa MLM yang lebih menekankan kepada sistem dengan mencari ahli LEBIH dari menekankan kebaikan produk-produk yang mereka jual juga sebenarnya adalah dalam kategori skim cepat kaya juga. Kalau korang tak faham, biarlah aku bagi contoh yang amat baik.

Katakan aku dan tiga orang adik-beradikku berpakat untuk buat perniagaan MLM ni. Jadi kami pun pergilah ke Amerika dan beli satu produk kesihatan. Ianya makanan herba yang boleh menyembuhkan 50 juta jenis penyakit. Kami labelkan semula produk tersebut, ambil lesen dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia, dapatkan pengiktirafan Kementerian Kesihatan dan mula membina sistem MLM kami. Kami kumpulkan seberapa ramai orang yang boleh untuk memulakan bisnes MLM tersebut. Dan mereka mencari ahli dan begitulah seterusnya. Kami empat beradik tadi akan mendapat keuntungan dari jualan produk dan juga komisyen atau royalti yang orang-orang bawahan kami sumbangkan. Mungkin dalam 10 atau 15 tapak di bawah kami akan jadi kaya dan mampu memakai Mercedes. Yang bawah dari itu mungkin mampu beli CRV atau menunaikan umrah. Yang macam kita ni yang mana dapat tahu 8 bulan kemudian akan dapat ciput aje.

Setelah hampir setahun menjalankan bisnes MLM tersebut, aku dan adik-beradikku akan menjual bisnes kami dan menjadi lebih kaya. Kemudian kami akan cari produk kesihatan yang baru dan kembali buat bisnes MLM yang baru dengan sistem yang diubahsuai sikit. Dan kami akan mengulanginya kembali untuk menjadikan diri kami lebih kaya raya. Mana-mana ejen yang memberitahu kekayaan yang diperolehi dalam bisnes MLM adalah infiniti tersebut sememangnya betul. Cuma masalahnya kekayaan infiniti tersebut adalah untuk pengasas bisnes MLM itu snediri sahaja.

Tak percaya atau marah dengan penuliasan aku ni? Cuba tengok bisnes MLM yang dah korang buat setakat ni. Mula-mula CNI. Lepas tu DCL. Lepas tu Uptrend. Lepas tu Zhulian. Lepas tu Alpha Lipid. Lepas tu Blogstarz. Yang terbaru pulak adalah produknya macam Blogstarz tapi aku dah lupa namanya. Semuanya ini pada mulanya sangat menyinar tetapi lepas tu malap dan jadi obsolete. Pun begitu ada yang menjadi kaya-raya... tetapi entah kenapa bukannya kita.

Jadi korang fikirlah apa yang aku tulis ni dan Stay KULS..

No comments:

Post a Comment