Tuesday 3 August 2010

Kucingku bernama Chong Mokei

KULS 2/7/2010

Aku tertarik bila membaca tentang ikan-ikan paus di Lagun San Ignacio yang cukup jinak dan meminta orang ramai yang menaiki bot untuk menggeletek lidah ikan-ikan paus tersebut. Walhal semasa ikan-ikan tersebut diburu oleh para nelayan di situ, mereka amatlah ganas dan mampu memecahkan bot-bot nelayan dengan libasan ekor ataupun melompat di atasnya.

Aku selalu tak percaya bahawa haiwan hdup bedasarkan kepada naluri semata-mata. Aku pernah membela kucing dan aku melayaninya seperti seorang manusia. Begitu juga dengan ahli keluargaku. Kucing-kucingku faham apa yang kami perkatakan dan tidak mengusik ikan-ikan yang ibuku siang untuk dimasak sungguhpun terhidang depan matanya.

Begitu juga ketika anakku Damia baharu dilahirkan. Ada seekor kucng parsi yang pasti akan duduk atau baring tidak jauh dari tempat Damia berbaring seolah-olah menjaganya. Dan Damia akan tidur lena tanpa diganggu oleh makhluk halus tatkala kucing tersebut menjaganya.

Mungkin kita patut berhenti mengatakan bahawa binatang tak berakal. Setiap haiwan mempunyai kebijaksanaan tersendiri dan mampu mempelajari perkara baharu serta mengadaptasi diri mereka di kalangan manusia. Aku teringat kisah seekor kucing bernama Tomato yang amat sayangkan seorang perempuan tua yang menghidap kanser Perempuan tersebut pada mulanya bencikan Tomato kerana beliau tidak sukakan kucing. Tapi Tomato menggunakan kebijaksanaannya untuk mendekati perempuan tua tersebut dan akhirnya mereka berdua menjadi sangat akrab. Bukan itu saja, malah perempuan tua tersebut berjaya sembuh dari kansernya walhal sebelum itu beliau menyerah kalah dan mahu mati sahaja.

Stay KULS.

No comments:

Post a Comment