Thursday 5 August 2010

Natijah Di Hujung Dendam Manusia


Beberapa hari lalu semasa berada di Ipoh, aku pergi menemani ibuku ke pasar di Gunung Rapat. Kawasan tersebut menjadi sangat sesak ekoran Majlis Bandararaya Ipoh membiarkan saja peniaga-peniaga haram berniaga di luar pasar iaitu di jalan raya. Aku dapat tahu bahawa Datuk Bandar berasa bengang kerana para peniaga di dalam pasar tersebut enggan keluar berpindah dari situ untuk projek menaiktaraf pasar tersebut. Para peniaga di dalam pasar tersebut pula mempunyai alasan tersendiri iaitu design bangunan yang baru akan merugikan bisnes mereka. Lagipun para peniaga di luar juga akan diberi lesen untuk berniaga selepas pasar baru siap. Mereka menuduh MBI cuba mengaut keuntungan lebih tanpa mempedulikan kebajikan mereka.

Aku cukup benci dengan politik-politik ni. Tapi satu yang aku nampak ialah aku dan para pembeli cukup menyampah kerana kami susah untuk parking kenderaan kami dan terpaksa berjalan jauh untuk membeli barangan basah. Pendekatan membalas dendam sebegini tak akan menguntungkan sesiapa. Kalau aku ialah Menteri Besar Perak, aku akan pecat Datuk Bandar tersebut sebab dia menambahkan perasaan benci rakyat kepada kerajaan di bawah pemerintahanku dan semakin menyukarkan laluan partiku untuk menang di Perak.

Aku pun mempunyai beberapa orang musuh dan aku bencikan mereka semua. Tapi aku tak ingin memerah otak untuk membalas dendam terhadap mereka. Aku ada banyak lagi perkara untuk dibuat. Apabila mereka tersungkur, aku akan ketawakan mereka sepuas-puas hati. Tapi bukanlah aku orangnya yang meletakkan kulit pisang di laluan mereka.

Aku mempunyai seorang klien yang menyaman musuhnya atas nama dendam. Tetapi selepas menang, beliau dapati beliau tetap berasa miserable sedangkan musuhnya itu nampak bahagia bersama keluarganya sungguhpun kalah. Aku sangat kasihan melihatkan kesedarannya itu timbul selepas semuanya terlambat. Namun beliau tetap kena membayar fee guamanku yang berjumlah RM15 ribu itu. Mungkin itu adalah salah satu sebab beliau jadi sengsara. Tapi aku tak peduli. Kerana itulah natijahnya di hujung dendam setiap manusia.

Stay KULS.

No comments:

Post a Comment