Friday 20 August 2010

Kisah Anak Derhaka Bakal Penghuni Neraka

Risau jugak aku bila terbaca bahawa menjelang 2012, di Malaysia akan wujud anak derhaka sehingga mencecah bilangan 2.2 juta orang. Golongan si Tanggang ini bukan sahaja terdiri daripada mereka yang IQ serta mentaliti rendah, malah hingga ke golongan professional juga.

Tak lama sebelum ini seorang pensyarah wanita telah meminta ibu bapanya memindahmilik rumah banglo mereka kepadanya. Setelah dapat, beliau menghalau mereka keluar. Apabila kedua ibu bapanya enggan, beliau memaksa pula mereka membayar sewa bulanan kepadanya. Mujur juga Mahkamah bersimpati dengan kedua ibu bapa yang malang ini dan mengarahkan pensyarah laknat tersebut membayar wang bulanan balasan kasih sayang kepada kedua ibupanya. Malah beliau juga diperintahkan untuk tidak menganggu ibu bapanya tinggal di rumah tersebut sehingga mereka sendiri mahu keluar.

Kisah yang berakhir dengan baik. Namun berapa ramai yang berkesudahan dengan nasib malang? Kasihan kepada mereka ini. Budi baik mereka dibalas dengan racun berbisa oleh anak-anak mereka sendiri. Memanglah ada ibu bapa yang jahat. Tapi anak dehaka tetap balasannya ke neraka dan kekal selama-lamanya.

Mungkin kita sebagai ibu bapa atau bakal ibu bapa patut mengambil langkah-langkah yang perlu bagi mengelakkan perkara malang tersebut berlaku. Salah satunya ialah sudah tiba masanya kita lebih menekankan ilmu keagamaan kepada anak-anak kita lebih dari berbangga dengan ilmu-ilmu mereka yang lain.

Insurans yang kedua pula ialah, sudah tiba masanya ibu bapa melantik peguam untuk menjaga aset-aset mereka daripada diselewengi oleh anak-anak mereka sendiri apabila mereka sudah tua dan tidak berdaya kelak. Jangan dibutakan dengan kasih sayang. Perkiraan untuk nasib kita juga mesti diambil kira. Kalaulah aku terpaksa memasuki perjanjian bertulis dengan anak-anakku demi untuk kepentinganku dan isteriku, maka aku akan membuatnya tanpa teragak-agak.

Bagiku, anak yang tidak menderhaka adalah anak yang menghormati kita dan pada masa yang sama masih takutkan kita.

Stay KULS.


No comments:

Post a Comment