Friday 20 August 2010

Ayam Naik Lagi... Sialan!

Fed-up betul aku bila para penternak ayam sekali lagi menaikkan harga ayam dengan pelbagai alasan bodoh. Aku tengok kementerian yang berkaitan memang tak akan membantu pengguna punyalah. Paling baik yang diorang buat ialah membiarkan Tesco menjual ayam-ayam dengan harga murah demi untuk mengajar para penternak tersebut. Kenapa, korang tanya? Kalau korang perasan katakanlah para penternak menaikkan harga ayam dari RM6.00 ke RM8.00 sekilo. Kemudian rakyat bising. Kemudian kementerian berkenaan TERPAKSA berunding dengan penternak dan akhirnya "BERJAYA" menurunkan ke harga RM7.00 sekilo. Alah, itu memang taktik. Sebenarnya memang itulah harga yang diorang nak naikkan.

Aku sarankan agar kita berkongsi dengan jiran sepakat membawa berkat untuk menternak ayam. Kita boleh bela sampai besar, biakkan, hasilkan makanan dan sembelih. Tak payah lagi kita beli ayam-ayam daripada kapitalis-kapitalis tak beretika tersebut. Atau untuk Raya Puasa ini kita makan je la ketupat dan lemang dengan sambal kacang dan serunding ikan bilis. Pergi mampuslah dengan ayam-ayam. Aku percaya kalau 2-3 kali raya kita ajar mereka, tentu para penternak tersebut akan tunduk dengan harga yang kita minta, dan bukannya harga yang kementerian "BERJAYA" dapatkan untuk kita.

Stay KULS.

Kisah Anak Derhaka Bakal Penghuni Neraka

Risau jugak aku bila terbaca bahawa menjelang 2012, di Malaysia akan wujud anak derhaka sehingga mencecah bilangan 2.2 juta orang. Golongan si Tanggang ini bukan sahaja terdiri daripada mereka yang IQ serta mentaliti rendah, malah hingga ke golongan professional juga.

Tak lama sebelum ini seorang pensyarah wanita telah meminta ibu bapanya memindahmilik rumah banglo mereka kepadanya. Setelah dapat, beliau menghalau mereka keluar. Apabila kedua ibu bapanya enggan, beliau memaksa pula mereka membayar sewa bulanan kepadanya. Mujur juga Mahkamah bersimpati dengan kedua ibu bapa yang malang ini dan mengarahkan pensyarah laknat tersebut membayar wang bulanan balasan kasih sayang kepada kedua ibupanya. Malah beliau juga diperintahkan untuk tidak menganggu ibu bapanya tinggal di rumah tersebut sehingga mereka sendiri mahu keluar.

Kisah yang berakhir dengan baik. Namun berapa ramai yang berkesudahan dengan nasib malang? Kasihan kepada mereka ini. Budi baik mereka dibalas dengan racun berbisa oleh anak-anak mereka sendiri. Memanglah ada ibu bapa yang jahat. Tapi anak dehaka tetap balasannya ke neraka dan kekal selama-lamanya.

Mungkin kita sebagai ibu bapa atau bakal ibu bapa patut mengambil langkah-langkah yang perlu bagi mengelakkan perkara malang tersebut berlaku. Salah satunya ialah sudah tiba masanya kita lebih menekankan ilmu keagamaan kepada anak-anak kita lebih dari berbangga dengan ilmu-ilmu mereka yang lain.

Insurans yang kedua pula ialah, sudah tiba masanya ibu bapa melantik peguam untuk menjaga aset-aset mereka daripada diselewengi oleh anak-anak mereka sendiri apabila mereka sudah tua dan tidak berdaya kelak. Jangan dibutakan dengan kasih sayang. Perkiraan untuk nasib kita juga mesti diambil kira. Kalaulah aku terpaksa memasuki perjanjian bertulis dengan anak-anakku demi untuk kepentinganku dan isteriku, maka aku akan membuatnya tanpa teragak-agak.

Bagiku, anak yang tidak menderhaka adalah anak yang menghormati kita dan pada masa yang sama masih takutkan kita.

Stay KULS.


Monday 16 August 2010

Mekap kereta berlebihan mengalahkan pompuan

Tak lama haritu aku terlibat dalam kemalangan di highway selepas melalui terowong ke Jelapang. Puncanya kerana aku nak mengelakkan sebuah Avanza yang juga agaknya baru terlibat dalam kemalangan kreana terbabas. Mujurlah yang rosak cuma tayarku dan arm keretaku sebelah depan bahagian kanan kerana berlaga dengan tembok batu penghadang jalan. Pada pandangku, inilah antara kelebihan orang yang banyak menghabiskan masanya memandu di jalanraya.

Pun begitu kadang-kala aku terlihat banyak benar punca kemalangan adalah kerana pemandunya sendiri. Antara punca kemalangan ialah kerana kenderaan mereka sendiri. Berikut adalah antaranya :

1) Memandu dengan laju semasa menggunakan tayar spare. Korang takkan la tak perasan tayar spare tu kecik sikit dari tayar biasa korang. Jadi dah tentu la tak stabil. Lagi teruk jika korang tak maintain atau tukar tayar spare. Berani gunakan tayar spare yang berusia 9 tahun? Nak mampusss…

2) Menukar casing lampu isyarat dari oren ke merah di bahagian lampu belakang . Jadi semuanya merah. Kalau lori datang dari belakang, terus la henyak kereta korang dengan korang sekali sebab tak perasankan lampu isyarat tersebut. Kat dalam kereta pun jadi merah… dengan darah korang!

3) Menukar lampu kuning kepada lampu putih (halogen). Apa kejadahnya JPJ buat tak tau dengan kesalahan macam ni? Dah la lampu tu silaukan pemandu dari arah bertentangan, kalau hujan ia jadi sangat merbahaya.Setiap titisan air hujan akan memantulkan balik cahaya lampu putih kereta korang tu. Jadi masa itu seolah-olahnya kereta korang sedang memancarkan lampu halogennya ke sebuah cermin yang besar. “Abis, BWM dengan Mercedes tu tak apa pulak!” bantah korang dengan sedu-sedan memprotes. Korang perasan tak cahaya lampu kereta BMW dan Merc tu bukan warna putih tapi kehijau-hijauan. Ini adalah kerana diorang pun tau akan bahaya lampu putih waktu hujan. Feheeemmm?

4) Meletakkan segala mak-neka (aneka) anak patung, plush toys, teddy bear, bantal perhiasan atau sticker di bahagian belakang kenderaan hingga menutup hampir keseluruhan pandangan sisi belakang cermin. Korang bukak kedai cenderamata kat dalam kereta ke/? Kalau mengharapkan cermin sisi aje, sangat bahaya. Banyak titik buta. Ingat pengilang buat cermin belakang tu saja-saja je ke?

Jadi insaflah wahai lelaki harapan negara sekalian. Janganlah membuat sesuatu ke atas kenderaan korang yang boleh memudaratkan diri sendiri. Hati-hatilah ketika memandu di jalanraya bila nak balik beraya nanti. Dan jangan lupa gosok gigi lepas bersahur.

Stay KULS.

Thursday 12 August 2010

Kurma Is Da Man

Aku tak berapa suka makan buah kurma. Sampai sekarang pun sebenarnya. Namun aku tak sangka buah kurma ni banyak sungguh khasiatnya. Jadi aku berazam untuk rajin makan buah kurma setiap hari kalau boleh. Bukan setakat bulan puasa aje. Berikut adalah kehebatan buah kurma :

1) Ia mampu mencegah penyakit kanser. Tambahan kanser usus. Haii… bayanglah kalau susah nak berak sebab kena kanser. Azab dunia tu…

2) Ia mengandungi bahan gula yang mudah diserap oleh badan macho kita dan dengan itu cepat memulihkan tenaga. Boleh la kita tumbuk orang lepas berbuka. Eh! Bulan puasa kena banyak bersabar…

3) Ia sangat elok dimakan oleh isteri kita yang mengandung sebab mereka lebih cepat kehilangan tenaga berbanding sebelum mengandung. Tambahan la pulak bulan puasa ni. malah bila isteri kita beranak, darahnya tak turun dengan banyak kalau rajin melantak kurma. Aku geli tengok darah. Tu sebab tak jadi doktor walaupun pandai… kelentong! Haha!

4) Ia membekalkan zat yang banyak kepada otak kita untuk membuat kita jadi lebih pandai dan kuat daya ingatan. Jadi kita boleh la buktikan bahawa lelaki lagi pandai dalam akedemik daripada pompuan selain dari pandai mengayat.

5) Ia bahan pelawas yang baik dan membuat kita senang buang air besar. Jadi tak la sembelit di bulan puasa ni. Member pun tak la asyik memekik kat luar jamban suruh kita cepat membuat ‘pelaburan’.

6) Ia baik untuk pesakit darah tinggi kerana mampu meredakan stress. Macam ada bahan penenang la ni. Haa… mat fit lepas ni sibuk nak melantak buah kurma pulak sebab ingat boleh tangkap stim.

7) Ia mampu meredakan batuk yang tak serius.

8) Ia mampu mencuci buah pinggang dan melancarkan pengaliran darah dalam tubuh. Kira buah kurma ni lagi murah dari mesin haemodalisis, tau?

9) Ia mampu menguatkan tenaga batin dan mampu merangsang tenaga seksual lelaki ke tahap optimum. Haha! Ini yang sebenarnya korang nak dengar dari tadi, kan? Hansap la lu ni!

Stay KULS!

Pahala Macam Skim Cepat Kaya?

Ustaz aku kata sebenarnya cukup senang kita ni nak buat pahala di bulan Ramadhan. Cuma ada yang jenis kita rasa tak mampu nak buat. Contohnya Qiamulail, baca Al-Quran 1 juzuk sehari dan sebagainya. Kita pun merengus sambil berkata “Mustahil aku nak dapat pahala sama banyak macam ulama-ulama tersebut!”. Sebenarnya tak mustahil, wahai saudaraku yang macho sepertiku ini. Berikut adalah cara mudah nak dapat pahala banyak macam main Skin Cepat Kaya.

1) Solat berjemaah. Tak payah pi masjid. Buat dengan anak bini pun dah dapat banyak pahala. Kalau yang bujang tu, ajaklah kawan berjemaah sekali.

2) Baca surah al-Ikhlas sebanyak 3 kali setiap kali lepas solat. Kita akan dapat pahala macam baca 30 juzuk al-Quran. Bayangkanlah kalau baca setiap kali untuk solat 5 waktu. Dapat pahala 5 kali khatam Quran woo…

3) Melakukan hubungan seks dengan isteri. Tapi lepas berbuka puasa la. Dah la seks tu syok, dapat pahala pulak tu. Tapi kalau dengan gofren dapat dosa besar dan dilaknat, tau?

4) Membaca buku untuk ilmu pengetahuan yang bermanafaat. Kalau baca URTV, Mangga, Manggis, Durian tu tak dapat apa-apa sebab ia bacaan ringan yang sia-sia. Kalau malas sangat nak membaca, pergilah dengar CD atau VCD ceramah agama atau apa-apa sahaja jenis yang memberi ilmu pengetahuan.

5) Berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Cium tangan mereka sebelum pergi kerja. Belikan mereka barang makan untuk berbuka puasa. Cakap dengan lembut dan sopan kepada mereka. Tolong mereka buat kerja-kerja rumah. Itu semua pahala besar tu!

6) Belikan barang makan kepada kawan-kawan kita yang nak berbuka puasa. Meraikan orang yang berbuka puasa tu pahalanya sangatlah besar.

7) Pergi ke masjid untuk solat Terawih. Tak peduilah 8 atau 20. Jangan buat 20 kalau korang sebenarnya nak buat 8 semata-mata kerana takut apa orang lain kata. Kita bersolat untuk Allah, bukan untuk tok siak yang bermulut celupar tu.

8) Akhir sekali sentiasa memberikan senyuman dan mengucapkan salam kepada saudara kita yang lain.

Stay KULS :)

Wednesday 11 August 2010

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Selamat berpuasa aku ucapkan kepada Muslimin dan Muslimat seluruh Malaysia. Aku bersyukur kerana masih dapat menyambut bulan yang penuh dengan keberkatan ini. Yalah, bulan ini sangat baik untuk umat Muhammad yang berusia pendek untuk membuat amalan pahala beribu tahun. Pun begitu, aku pasti majoriti korang juga mempunyai masalah seperti aku untuk memanafaatkan dengan optimum bulan Ramadhan ini walau dalam perkara yang mudah. Berikut adalah perkara-perkara tersebut :

Tidak meninggalkan waktu solat walau sekali dalam bulan Ramadhan. Aku tak tulis ‘tidak meringankan’ atau ‘tidak melengahkan’ sebab itu lagilah susah.

Tidak bercakap bohong walau sekali dalam bulan ini.

Tidak memandang dengan penuh perasaan aurat aweks yang terdedah kepada kita walau sekali dalam bulan ini.

Tidak walau sekali meninggalkan solat Terawih; tambahan pula di akhir bulan Ramadhan.

Empat perkara pun cukuplah. Banyak nanti tension pulak korang. Aku pun tension jugak nanti. Haha!

Stay KULS.

Thursday 5 August 2010

Natijah Di Hujung Dendam Manusia


Beberapa hari lalu semasa berada di Ipoh, aku pergi menemani ibuku ke pasar di Gunung Rapat. Kawasan tersebut menjadi sangat sesak ekoran Majlis Bandararaya Ipoh membiarkan saja peniaga-peniaga haram berniaga di luar pasar iaitu di jalan raya. Aku dapat tahu bahawa Datuk Bandar berasa bengang kerana para peniaga di dalam pasar tersebut enggan keluar berpindah dari situ untuk projek menaiktaraf pasar tersebut. Para peniaga di dalam pasar tersebut pula mempunyai alasan tersendiri iaitu design bangunan yang baru akan merugikan bisnes mereka. Lagipun para peniaga di luar juga akan diberi lesen untuk berniaga selepas pasar baru siap. Mereka menuduh MBI cuba mengaut keuntungan lebih tanpa mempedulikan kebajikan mereka.

Aku cukup benci dengan politik-politik ni. Tapi satu yang aku nampak ialah aku dan para pembeli cukup menyampah kerana kami susah untuk parking kenderaan kami dan terpaksa berjalan jauh untuk membeli barangan basah. Pendekatan membalas dendam sebegini tak akan menguntungkan sesiapa. Kalau aku ialah Menteri Besar Perak, aku akan pecat Datuk Bandar tersebut sebab dia menambahkan perasaan benci rakyat kepada kerajaan di bawah pemerintahanku dan semakin menyukarkan laluan partiku untuk menang di Perak.

Aku pun mempunyai beberapa orang musuh dan aku bencikan mereka semua. Tapi aku tak ingin memerah otak untuk membalas dendam terhadap mereka. Aku ada banyak lagi perkara untuk dibuat. Apabila mereka tersungkur, aku akan ketawakan mereka sepuas-puas hati. Tapi bukanlah aku orangnya yang meletakkan kulit pisang di laluan mereka.

Aku mempunyai seorang klien yang menyaman musuhnya atas nama dendam. Tetapi selepas menang, beliau dapati beliau tetap berasa miserable sedangkan musuhnya itu nampak bahagia bersama keluarganya sungguhpun kalah. Aku sangat kasihan melihatkan kesedarannya itu timbul selepas semuanya terlambat. Namun beliau tetap kena membayar fee guamanku yang berjumlah RM15 ribu itu. Mungkin itu adalah salah satu sebab beliau jadi sengsara. Tapi aku tak peduli. Kerana itulah natijahnya di hujung dendam setiap manusia.

Stay KULS.