Thursday 12 August 2010

Pahala Macam Skim Cepat Kaya?

Ustaz aku kata sebenarnya cukup senang kita ni nak buat pahala di bulan Ramadhan. Cuma ada yang jenis kita rasa tak mampu nak buat. Contohnya Qiamulail, baca Al-Quran 1 juzuk sehari dan sebagainya. Kita pun merengus sambil berkata “Mustahil aku nak dapat pahala sama banyak macam ulama-ulama tersebut!”. Sebenarnya tak mustahil, wahai saudaraku yang macho sepertiku ini. Berikut adalah cara mudah nak dapat pahala banyak macam main Skin Cepat Kaya.

1) Solat berjemaah. Tak payah pi masjid. Buat dengan anak bini pun dah dapat banyak pahala. Kalau yang bujang tu, ajaklah kawan berjemaah sekali.

2) Baca surah al-Ikhlas sebanyak 3 kali setiap kali lepas solat. Kita akan dapat pahala macam baca 30 juzuk al-Quran. Bayangkanlah kalau baca setiap kali untuk solat 5 waktu. Dapat pahala 5 kali khatam Quran woo…

3) Melakukan hubungan seks dengan isteri. Tapi lepas berbuka puasa la. Dah la seks tu syok, dapat pahala pulak tu. Tapi kalau dengan gofren dapat dosa besar dan dilaknat, tau?

4) Membaca buku untuk ilmu pengetahuan yang bermanafaat. Kalau baca URTV, Mangga, Manggis, Durian tu tak dapat apa-apa sebab ia bacaan ringan yang sia-sia. Kalau malas sangat nak membaca, pergilah dengar CD atau VCD ceramah agama atau apa-apa sahaja jenis yang memberi ilmu pengetahuan.

5) Berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Cium tangan mereka sebelum pergi kerja. Belikan mereka barang makan untuk berbuka puasa. Cakap dengan lembut dan sopan kepada mereka. Tolong mereka buat kerja-kerja rumah. Itu semua pahala besar tu!

6) Belikan barang makan kepada kawan-kawan kita yang nak berbuka puasa. Meraikan orang yang berbuka puasa tu pahalanya sangatlah besar.

7) Pergi ke masjid untuk solat Terawih. Tak peduilah 8 atau 20. Jangan buat 20 kalau korang sebenarnya nak buat 8 semata-mata kerana takut apa orang lain kata. Kita bersolat untuk Allah, bukan untuk tok siak yang bermulut celupar tu.

8) Akhir sekali sentiasa memberikan senyuman dan mengucapkan salam kepada saudara kita yang lain.

Stay KULS :)

No comments:

Post a Comment