Wednesday 12 May 2010

Biar semua perempuan kering tahi hidung!

Aku telah ditegur oleh girlfriendku baru-baru ini kerana kerap sangat merungut tentang duitku yang tak cukup setiap kali kami keluar makan atau minum. Aku tak sangka aku kerap merungut tentang perkara tersebut kerana sangkaanku aku cuma kerap merungut tentang kurangnya awek berpunggung cantik di Perak.

Aku tak menyukai akan teguran dan/atau kritikan tersebut. Malangnya ia adalah pernyataan yang ikhlas. Cuma aku masih tak dapat menerima hakikat yang aku ini adalah berkira dan kedekut bagi perkara yang membabitkan wang. Pun begitu aku terpaksa menelan egoku yang besau ulau melengkau dan berfikiran terbuka untuk menerimanya.

Inilah realiti. Kita kaum lelaki ini ingin menjadi sempurna agar digilai oleh isteri/gofren kita termasuk aweks yang mengenali kita. Malangnya kita sebenarnya tidaklah begitu sempurna seperti yang kita perasankan. Kaum hawa ini memang tahu tentang ego kita yang besar ini. Jadi kadang-kala mereka tidak berkata apa-apa. Namun padaku lebih baik isteri atau girlfriend kita memberitahu tabiat buruk kita setiap masa ianya muncul agar ianya tidak menjejaskan perhubungan cinta kita dengan mereka suatu hari nanti. Lagipun menerima hakikat kelemahan dan kekurangan adalah suatu tanda kita ini telah matang dan sesetengah wanita amat tertarik dengan perkara ini. Bagi mereka ianya adalah seksi!

Pada pandanganku yang serba kekurangan tapi hensem ini (bab hensem tu egoku yang kata), apabila aku mengenalpasti kekuranganku dan menerima hakikat tersebut serta memperbaiki atau meninggalkan tabiat burukku satu persatu, maka sebenarnya aku sedang melangkah ke arah kesempurnaan. Jadi marilah kita semua berevolusi menjadi lelaki Melayu yang sempurna agar kaum wanita yang bercinta dengan Awang Hitam, Mat Lombok dan sewaktu dengannya menyesal tak sudah sampai kering taik hidung mereka kerana tak memilih kita.

Stay KULS !

2 comments:

  1. yang pasti cik mie xpernah berkira dengan saya sebab apa, hari2 cik mie belanja saya makan dan minum..hal peribadi dengan dengan GF, xtaw la..haha

    ReplyDelete
  2. Tu la... aku pon naik heran jugak... Hehee...

    ReplyDelete