Sunday 23 May 2010

KLCC atau KLSeksi ?


Aku berdating di KLCC baru-baru ni demi untuk menonton cerita Shrek 3D. Aku nak nengok Iron Man 2 kategori 18SG (PG13 untuk bebudak aje) sebenarnya. Namun demi melayani kesukaan gofrenku pada cerita Shrek, aku pun mengambil keputusan untuk menonton filem yang bernilai RM18 bagi sekeping tiket. Sebenarnya aku pun teringin jugak nak nengok cerita dalam bentuk 3D ni. Memang ‘whoa’ la bila dalam 3D. Nyesal pulak sebab tak tengok Avatar 3D dulu. Tapi aku percaya bahawa pasti akan ada versi DVD 3D bagi cerita tersebut nanti. Hangpa tengok la… Aku ni saingan terdekat Nostradamus, tau?

Selepas menonton filem di TGV, aku menonton pulak ‘pertunjukan fesyen’ daripada para pengunjung di KLCC. Memang tak patut dipanggil KLCC ni sebagai KLCC. Patutnya panggil sebagai KLSeksi. Puas aku cuci mata menengok gaya-gaya seksi para aweks di situ. Rasanya yang ramai menyeksi ni orang Malaysia. Menyeksa hatiku aje sebab kena la cover line masa mencuci mata tu. Yelah, salah satu undang-undang wajib ketika berdating ialah jangan sesekali memandang perempuan lain selain daripada gofren atau isteri kita. Tapi girlfriend aku rasanya sedar akan perangai kaberetku itu. Tapi dia sporting dan membiarkanku aje aku mencuci mata sebab dah memang tau perangaiku macam itu. Tenkiu, sweetheart :)

Pun begitu, aku terlanggar pula undang-undang berdating yang terpenting dalam dunia ini. Tatkala aku tengah mengambil fotonya dari pelbagai sudut laksana jurugambar pro, tiba-tiba seorang gadis manis datang meminta bantuanku. Dan aku pula terlupa diri bila nampak perempuan. Undang-undang terpenting tersebut ialah bila berdating “KEUTAMAAN ADALAH KEPADA GIRLFRIEND ATAU ISTERI KITA SEMATA-MATA”. Aku terus bersetuju untuk menolongnya tanpa meminta kebenaran dari gofrenku terlebih dulu. Memang mencari maut aku ni!

Mujurlah gofrenku boleh memahami dan menerima maafku. Pengajaran dalam cerita ini ialah, suatu hubungan cinta itu mestilah juga berlandaskan pada sikap bertolak ansur terhadap kesalahan pasangan kita. Biasalah manusia akan melakukan kesilapan. Dan biasalah juga kalau kadang-kadang kesilapan itu diulanginya. Tapi aku mempunyai teori bahawa kita kaum lelaki ni memang suka gofren atau isteri kita merajuk atau marah kat kita. Itu adalah ukuran untuk mengetahui sama ada mereka masih menyintai kita atau tidak. Jadi marilah kita membuat gofren dan isteri kita marah dan merajuk pada kita dalam seminggu sekali. Haha!

Stay KULS!

No comments:

Post a Comment