Monday 10 May 2010

Perempuan Tertarik Dengan Lelaki Stylo?

Tatkala aku sedang bersungguh-sungguh menseterika kemejaku untuk ke mahkamah, tiba-tiba topik yang dipersembahkan oleh Ally Iskandar dan Wardina Safiyyah di TV3 segera menarik perhatianku. Topiknya ialah lelaki muda majoritinya adalah boros dan banyak berhutang.

Dulu aku pun boros juga. Gajiku banyak tapi aku habiskan untuk perkara yang sia-sia. Semuanya kerana ingin duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan rakan-rakanku.

Status… inilah puncanya kenapa golongan lelaki muda majoritinya menjadi boros. Tambahan pula yang duduk di bandar-bandar besar. Semuanya demi menjaga maruah mereka di kalangan kawan-kawan lelaki dan untuk dikagumi oleh kaum wanita. Kalau gaji agak besar, belilah kereta yang berharga RM80 ribu ke atas seperti Toyota Vios atau Honda City. Kalau agak kureng sikit kemampuannya, pakai sajalah Waja tapi mekaplah dengan aksesori sehebat-hebatnya. Biarlah berbelas ribu ringgit habis asalkan tak disindir oleh kawan-kawan. Kadang-kala kawan-kawan korang tak kata apa-apa pun. Korang sendiri yang paranoia rasa diorang mengutuk kereta buruk korang.

Handphone? Kenalah pakai Blackberry Storm , I Phone 3G atau Corby. Barulah nampak stylo dan dikagumi. Notebook pula adalah benda yang wajib untuk diusung ke sana sini atas alasan nak buat assignment. Sekarang restoran mamak dan Mac Dee ada WiFi. Bolehlah tayang notebook dengan ‘skin’ yang gempak sambil surfing benda-benda yang tak bermanafaat. Nak ‘grand’ lagi kena la melepak sambil surfing kat Starbucks sambil makan kek keras tak sedap berharga RM15 dan kopi yang ‘lembik’ berharga RM15 juga. Huu… aweks yang lalu-lalang pasti memandang korang dengan kekaguman dan hati mereka tercetuslah perasaan tertarik dan jatuh cinta pandang pertama. Sekurang-kurangnya itulah yang korang angankan. Haha!

Siapa yang bersalah? Adakah media-massa yang bersalah sebab meng’hype’kan trend status sebegini atau salah korang sebab mengikut sahaja arus keborosan ini dengan membuta-tuli?

Aku menggunakan kereta buruk, memakai dua handphone pilihan budak sekolah dan sampai sekarang lepak di gerai mamak tanpa notebook. Aku tetap mendapat girlfriend yang boleh la tahan cantiknya dan tak kisah dengan status bullshit ini semua.

Stay KULS :)

2 comments:

  1. salam mr. nami
    ceta yang kau kata ni ada yg benarnya. sape le yg tak nak tgk mat berstylo beb. yg gebres atau melayu kata pesing dan selebet tu sape le yg nak dekat. hahahaha...

    tp bukan semua mcm tu. lu stylo tak? gd day

    ReplyDelete
  2. Stylo la gak. Tapi tak berlebih-lebihan. Bergaya tu pun sunnah jugak, kan :)

    ReplyDelete