Wednesday 5 May 2010

Bujang Senang Di Perak

Aku bercerai hari ini...

Biasanya aku yang membawa kes orang sebagai peguam untuk berlawan atau membuat penyelesaian di luar mahkamah. Namun kali ini aku pula berada pada situasi yang anakguamku berada selama ini. Setelah lebih dari 3 tahun kesku ini di mahkamah, akhirnya aku bersetuju untuk bercerai cara aman pada hari ini.

Tentu korang rasa aku membazirkan masa dan wang, kan? Tak juga sebenarnya. Sekurang-kurangnya aku dapat melihat kesungguhan pihak yang satu lagi bersama keluarganya untuk meminta cerai. Jadi setelah membuat kepastian tanpa ragu-ragu lagi, maka aku boleh berasa lapang dada untuk kembali menjadi bujang. Kira bujang berhati senang la ni.

Dulu orang selalu kata bila si lelaki melafazkan talak di mahkamah, maka beliau akan berasa sebak atau terasa seolah-olah beban di dalam hatinya hilang serta-merta. Badannya menjadi ringan. Aku pula tak berasa apa-apa. Sama saja macam sebelum bercerai atau selepas itu.

Cuma aku tertarik dengan sikap jurubahasa lelaki di mahkamah tadi. Ketika peguam pihak yang satu lagi memaklumkan kepada mahkamah persetujuan kami untuk bercerai, beliau memejamkan matanya dengan air muka yang agak murung. Mungkin terlalu ramai pasangan suami isteri beragama Islam yang bercerai hinggakan beliau berasa sangat masyghul. Apapun, aku amat menghormati perasaannya itu.

Aku berharap kehidupanku akan bertambah baik selepas ini.

Stay KULS :)

No comments:

Post a Comment