Thursday 6 May 2010

Perempuan cantik juga pandai menipu


Ada tak di kalangan ibu bapa korang yang dah dekat nak pencen sekarang? Tentu gratuiti diorang dapat amat banyak sekali, kan? Kalau begitu sebagai anak soleh/solehah yang inginkan syurga, korang perlu menasihatkan ibu bapa korang yang dah nak pencen agar berhati-hati. Masa inilah banyak sekali penipu yang licik akan menawarkan pelbagai peluang bisnes yang kununnya mampu menjanakan wang berpuluh-ribu ringgit. Mak aku pun sipi-sipi nak terkena dulu. Mujo le anaknya loyer yang ganaz…

Dalam bab ini, tak salah kalau korang menggunakan khidmat penyiasat persendirian ataupun peguam untuk menyiasat latar-belakang individu atau syarikat yang membuat tawaran ‘hebat’ tersebut. Konsep ini kita namakan sebagai due-diligence atau keamatan berhemah. Korang tentu pernah buat pinjaman bank, kan? Tentu leceh sebab kena kemukakan pelbagai dokumen kepada bank, kan? Itulah dia due-diligence. Bank akan menyiasat sehabis-habisnya akan status korang sebelum memberikan pinjaman. Jadi kalaulah bank boleh buat begitu, mengapa tidak korang juga?

Perkara-perkara yang patut korang periksa tentang si polan tersebut bagi pihak ibu atau bapa korang ialah :

1) Dapatkan nama penuh dan nombor MyKad dia. Kalau boleh mintak satu fotokopi dan bandingkan dengan yang original ketika dia berikannya kepada korang.

2) Gunakan peguam untuk membuat carian kebankrapan di Jabatan Insolvensi. Atau kalau korang ada kenalan yang bekerja di bank, boleh minta dia buatkan carian CTOS atau CCRIS. Tapi sebenarnya perkara ini adalah salah di sisi undang-undang… kalau pihak bank dapat tau. Jadi tanggung risiko sendiri, yek?

3) Kalau korang ada kawan di PDRM, periksa juga kalau-kalau dia ini ada rekod jenayah.

4) Kalau dia ada syarikat, segera buat carian syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan dapatkan sekali penyata akaunnya untuk 3 tahun kebelakang.

Berikut adalah antara tanda-tanda si polan ini adalah si penipu yang cuba menipu ibu bapa korang :

1) Beliau enggan berikan salinan fotokopi MyKadnya.

2) Carian Kebankrapan, CTOS atau CCRIS menunjukkan beliau adalah bankrap atau bermasalah

3) Kawan korang di PDRM mengesahkan bahawa beliau ada rekod jenayah

4) Carian di SSM menunjukkan syarikatnya itu baru saja ditubuhkan dan tiada rekod penyata akaun dikemukakan di SSM.

5) Tawaran serta keuntungannya itu terlalu hebat atau too good to be true.

6) Beliau enggan memasukkan namanya di dalam dokumen perjanjian dan hanya menggunakan nama syarikat sendirian berhadnya sahaja.

Apapun, kalau ibu atau bapa korang perlu membuat pelaburan wang yang sebegitu besar terhadap si polan ini, maka ada baiknya korang menggunakan khidmat peguam untuk membuat due-diligence terhadapnya. Ingatlah, bahawa kebanyakan si penipu ini adalah di kalangan ahli kaum kerabat keluarga korang juga. Jadi, berhati-hatilah dan utamakan pejalan kaki ketika memandu.

Stay KULS :)

No comments:

Post a Comment