Sunday 23 May 2010

Jalan-Jalan Cari Hantu Lagi


Tentu susah nak percaya kalau aku beritahu korang yang pekerjaanku memerlukan aku ke sana-sini sejauh lebih kurang 1,000 kilometer seminggu, kan? Tapi itulah hakikatnya. Kadang-kala aku terpaksalah memandu melalui segenap jalan atau lebuhraya nan gelap gelita di waktu malam demi untuk mencari sesuap nasi dan segelas Milo (lebih-lebih la pulaaak). Yang tak syoknya bila aku terpaksa memandu pada jam lebih dari 12.00 tengah malam ke atas. Dan kadang-kala jalan atau lebuhraya yang kulalui pula sangat terkenal dengan cerita-cerita peremang bulu roma ni.

Jadi persoalan daripada cik Lisa Surihani yang merupakan peminat KULS ini adalah : Adakah aku pernah berjumpa dengan hantu sepanjang waktu aku memandu itu? Jawapannya ialah : Aku pun tak tahu. Aku pernah berjumpa dengan individu atau perkara yang aku rasa tak logik pada masa itu. Tapi fikiranku taklah sampai ke tahap bahawa itu ialah hantu pada masa itu. Bila dah dua atau tiga kemudian hari barulah aku terfikir bahawa mungkin apa yang aku nampak pada malam tersebut adalah bukan manusia. Jadi secara teknikalnya, Alhamdulillah aku tak pernah disakat oleh hantu semasa memandu setakat ini.

Aku tak mempunyai sebarang petua atau tips bagi mengelakkan korang disakat hantu semasa memandu di kawasan ‘panas’ tersebut. Namun aku selalu mengamalkan membaca surah al-ikhlas (Qul Huwallahu Ahad) setiap kali lepas solat. Aku tak panggil ‘sembahyang’ sebab ia berasal dari perkataan ‘sembah Hyang’. Hyang itu adalah panggilan tuhan orang-orang Bali. Kurang elok la…

Membaca surah al-ikhlas 3 kali selepas solat akan membuatkan syaitan takutkan kita serta menjauhi diri daripada kita. Selain itu setiap kali nak memulakan perjalanan, aku akan berdoa “Maha suci Allah, Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selamatkanlah aku/kami dalam perjalanan pergi dan balik serta jauhkanlah aku/kami dari sebarang bencana dan malapetaka dalam perjalanan.” Setakat ini Alhamdulillah, aku bukan saja terhindar dari gangguan hantu syaitan, malah banyak kali terelak dari kemalangan jalanraya.

Waa… mode al-Jawaher pulak aku kali ini. Tapi ruangan KULS ini adalah apa-apa saja nasihat yang aku dapat berikan mengikut pengalamanku an pengetahuanku. Dan aku berharap agar mendapat pahala dari blog ini. Dari Nuffnang pula aku berharap agar mendapat duit. Haha!

Stay KULS.

No comments:

Post a Comment