Showing posts with label anti-zionis. Show all posts
Showing posts with label anti-zionis. Show all posts

Wednesday, 9 June 2010

Cara Mengajar Jiran Yang Kurang Ajar


Hari ini tatakala aku pulang ke rumah, alangkah terkejut dan marahnya bila aku melihat kawasan porch rumahku dipenuhi dengan sampah. Kalau korang nak tau ini bukanlah pertama kali sampah dihumban ke rumahku. Bekas makanan polisterin, plastik snek ringan, botol air mineral yang separa kosong dan cebisan-cebisan akhbar berbahasa Cina bertaburan di lantai porch rumahku.

Jadi aku pun melakukan perkara yang sepatutnya dilakukan oleh mana-mana jiran yang prihatin; iaitu berkongsi perasaanku. Aku segera mengumpulkan kesemua sampah-sampah-sampah tersebut dan menghumbannya di atas jalanraya. Kini semua orang boleh sakit mata dan hati bersama-samaku. Aku sememangnya seorang jiran yang baik hati…

Korang pun tentu ada masalah jiran-jiran jenis ini. Jadi dengan iltizamnya aku memberikan beberapa saranan dan tips untuk menunjukkan kasih-sayang korang kepada mereka setiap kali mereka menyusahkan hidup korang.

1. Kalau jiran korang sangat suka menjemur pakaian di ampaian hingga melarat ke pagar rumah korang, maka beritahulah dengan baik bahawa korang tak mahu lagi beliau berbuat demikian. Jika jiran tersebut masih berdegil, belilah setin minyak gris yang jenis likat punya dan sapukan pada bahagian atas pagar korang. Kalau korang jenis baik hati, buatlah kerja amal tersebut ketika dia ada di luar dan sedang melihat korang. Kalau korang berniat agar dia membeli berbelas pakaian baru, maka sapukanlah gris tersebut pada waktu tengah malam.

2. Kalau jiran korang suka pasang lagu di radio atau televisyen dengan kuat setiap kali korang nak bersolat, tidur atau berasmara; maka berikan dia hadiah yang sangat istimewa. Hadiah tersebut ialah telur ayam rebus yang penuh dengan tusukan jarum peniti, patung buatan tangan yang menyeramkan dengan paku terpacak di dada dan perca kain kuning dengan tulisan-tulisan ganjil dalam dakwat merah. Longgokkan barang-barang ‘voodoo’ tersebut di hadapan pagar rumahnya secara senyap-senyap. Kalau dia tak insaf lagi, upahlah orang untuk menyimbah cat merah di pagar rumahnya.

3. Kalau korang mempunyai jiran yang berkereta lebih dari sebuah hingga asyik terlajak memarkir di kawasan rezab parkir atau porch rumah korang, maka tegurlah dia dengan baik. Kalau dia masih menunjuk lagak, pergilah pinjam kereta buruk milik abah korang barang seminggu dua. Setiap kali jiran ini memarkir keretanya di kawasan rezab parkir partmet korang, parkir saja kereta buruk bapa korang tu untuk menyekat keretanya dari jalan keluar. Pasti dia akan insaf setelah korang berikannya latihan kemahiran berfikir cara nak keluarkan keretanya tersebut. Kalau keretanya di porch rumah korang, maka kemaskanlah pakaian korang untuk kegunaan 3-7 hari. Sumbat beg pakaian tersebut ke dalam but kereta korang. Tutup pagar rumah dan kunci dengan mangga dan lilit dengan rantai kapal sepikul. Kemudian tinggalkan rumah korang dan carilah hotel murah atau tumpang saja rumah kenalan korang. Aku pasti setelah kereta jiran korang itu dipenjarakan hampir seminggu, beliau pasti tidak akan gatal pedal lagi untuk memarkir di porch rumah korang.

4. Bagi jiran yang suka menganggap buah mempelam di pokok yang korang tanam adalah harta wakaf, maka sematkan kepingan-kepingan kaca dan besi tajam pada buah mempelam tersebut di kedudukan yang tersembunyi. Atau sapukan gam gajah kalau korang tak sampai hati. Selepas makan buah mempelam bercicahkan darah, aku pasti mempelam korang akan terpelihara status halalnya untuk jangka masa yang lama.

Stay KULS.