Wednesday 9 June 2010

Cara Mengajar Jiran Yang Kurang Ajar


Hari ini tatakala aku pulang ke rumah, alangkah terkejut dan marahnya bila aku melihat kawasan porch rumahku dipenuhi dengan sampah. Kalau korang nak tau ini bukanlah pertama kali sampah dihumban ke rumahku. Bekas makanan polisterin, plastik snek ringan, botol air mineral yang separa kosong dan cebisan-cebisan akhbar berbahasa Cina bertaburan di lantai porch rumahku.

Jadi aku pun melakukan perkara yang sepatutnya dilakukan oleh mana-mana jiran yang prihatin; iaitu berkongsi perasaanku. Aku segera mengumpulkan kesemua sampah-sampah-sampah tersebut dan menghumbannya di atas jalanraya. Kini semua orang boleh sakit mata dan hati bersama-samaku. Aku sememangnya seorang jiran yang baik hati…

Korang pun tentu ada masalah jiran-jiran jenis ini. Jadi dengan iltizamnya aku memberikan beberapa saranan dan tips untuk menunjukkan kasih-sayang korang kepada mereka setiap kali mereka menyusahkan hidup korang.

1. Kalau jiran korang sangat suka menjemur pakaian di ampaian hingga melarat ke pagar rumah korang, maka beritahulah dengan baik bahawa korang tak mahu lagi beliau berbuat demikian. Jika jiran tersebut masih berdegil, belilah setin minyak gris yang jenis likat punya dan sapukan pada bahagian atas pagar korang. Kalau korang jenis baik hati, buatlah kerja amal tersebut ketika dia ada di luar dan sedang melihat korang. Kalau korang berniat agar dia membeli berbelas pakaian baru, maka sapukanlah gris tersebut pada waktu tengah malam.

2. Kalau jiran korang suka pasang lagu di radio atau televisyen dengan kuat setiap kali korang nak bersolat, tidur atau berasmara; maka berikan dia hadiah yang sangat istimewa. Hadiah tersebut ialah telur ayam rebus yang penuh dengan tusukan jarum peniti, patung buatan tangan yang menyeramkan dengan paku terpacak di dada dan perca kain kuning dengan tulisan-tulisan ganjil dalam dakwat merah. Longgokkan barang-barang ‘voodoo’ tersebut di hadapan pagar rumahnya secara senyap-senyap. Kalau dia tak insaf lagi, upahlah orang untuk menyimbah cat merah di pagar rumahnya.

3. Kalau korang mempunyai jiran yang berkereta lebih dari sebuah hingga asyik terlajak memarkir di kawasan rezab parkir atau porch rumah korang, maka tegurlah dia dengan baik. Kalau dia masih menunjuk lagak, pergilah pinjam kereta buruk milik abah korang barang seminggu dua. Setiap kali jiran ini memarkir keretanya di kawasan rezab parkir partmet korang, parkir saja kereta buruk bapa korang tu untuk menyekat keretanya dari jalan keluar. Pasti dia akan insaf setelah korang berikannya latihan kemahiran berfikir cara nak keluarkan keretanya tersebut. Kalau keretanya di porch rumah korang, maka kemaskanlah pakaian korang untuk kegunaan 3-7 hari. Sumbat beg pakaian tersebut ke dalam but kereta korang. Tutup pagar rumah dan kunci dengan mangga dan lilit dengan rantai kapal sepikul. Kemudian tinggalkan rumah korang dan carilah hotel murah atau tumpang saja rumah kenalan korang. Aku pasti setelah kereta jiran korang itu dipenjarakan hampir seminggu, beliau pasti tidak akan gatal pedal lagi untuk memarkir di porch rumah korang.

4. Bagi jiran yang suka menganggap buah mempelam di pokok yang korang tanam adalah harta wakaf, maka sematkan kepingan-kepingan kaca dan besi tajam pada buah mempelam tersebut di kedudukan yang tersembunyi. Atau sapukan gam gajah kalau korang tak sampai hati. Selepas makan buah mempelam bercicahkan darah, aku pasti mempelam korang akan terpelihara status halalnya untuk jangka masa yang lama.

Stay KULS.

12 comments:

  1. tapi last time p umah cik mie pun tgk yela camna org sebelah xbuat camtu, pintu pagar pun terbuka, kawasan porch depan tu pun mcm dah umah kosong yg ditinggalkan! mmgla umah tu ruang atau kawasan dan jugak hak kita, tapi bukan smua org cerdik dan ada common sense mcm kita ni cik mie..kata lawyer, saman je la for tresspass of land! ;p hehe

    ReplyDelete
  2. ha'ah betul tu..kalau pintu pagar tak pernah nk tutup memang la org campak smpah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org bodoh mcm ko je la buang smpah kat umah org

      Delete
  3. cik ayu kita pun sokong!! wahh hahaha ;p

    ReplyDelete
  4. Aku saman korang berdua kang...

    ReplyDelete
  5. Jiran sebelah aq pon laknat .. perangai x serupa manusia. Silap2 aq buat report polis satu hari nanti ..

    ReplyDelete
  6. Jiran sebelah aq pon laknat .. perangai x serupa manusia. Silap2 aq buat report polis satu hari nanti ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jiran yg celaka ,patut di santau, tak pun panggil ustaz ,ikhtiar bagi keluar dari kawasan tu.

      Delete
  7. buat report polis pun kalau jiran jenis lahanat buat sakit hati tiada bukti fizikal atau penganiayaan yang jelas dan nampak macam mana? polis tak mampu nak selesaikan perkara-perkara macam ni. islam suruh sabar. orang yang sabar itu paling kuat disisi Allah. memang betul. aku dah hampir tak dapat nak sabar lagi. susahnya ya Allah, bantulah hambamu ini. aku dah nak meletup ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jiran yg celaka ,patut di santau, tak pun panggil ustaz ,ikhtiar bagi keluar dari kawasan tu. Ambil segenggam pasir ,baca bismillah 21 kali, lepas tu baca ALLAHUMMA, INNI, A'U ZUBIKA, MIN JA....RISSUUK, FI.. DA...RIL MU QO...MAH (YA ALLAH, JAUHKAN AKU DARI JIRAN YANG JAHAT) LEPAS TU TABUR PASIR DEPAN PINTU. NIAT KELUARKAN DIA DARI KAWASAN RUMAH KITA. KENA YAKIN. SELEBIH NYA. DOA INI BOLEH DIBACA BILA BILA MASA, TERMASUK LEPAS SOLAT FARDHU.

      Delete
  8. Jiran kawan aku pun laknak juga...jiran kawan aku ni suruh anak anak dan isteri dia buat jahat...bilalah nk mampus orang macam ni

    ReplyDelete
  9. Jiran yg celaka ,patut di santau, tak pun panggil ustaz ,ikhtiar bagi keluar dari kawasan tu. Ambil segenggam pasir ,baca bismillah 21 kali, lepas tu baca ALLAHUMMA, INNI, A'U ZUBIKA, MIN JA....RISSUUK, FI.. DA...RIL MU QO...MAH (YA ALLAH, JAUHKAN AKU DARI JIRAN YANG JAHAT) LEPAS TU TABUR PASIR DEPAN PINTU. NIAT KELUARKAN DIA DARI KAWASAN RUMAH KITA. KENA YAKIN. SELEBIH NYA. DOA INI BOLEH DIBACA BILA BILA MASA, TERMASUK LEPAS SOLAT FARDHU.

    ReplyDelete