Tuesday 22 June 2010

Umat Islam Tak Pandai Berenang?

KULS 2010-06-23

Semalam aku terbaca satu artikel berkenaan kelas memanah. Siap ada yang sampai memanah sambil menunggang kuda macam askar Kublai Khan. Aku pun saja-saja gatal tangan menelefon dan bertanyakan tentang fee kelas tersebut. Ui mak… boleh tahan juga mahalnya. Ini belum lagi termasuk equipment memanah yang eksklusif tersebut. Tapi tak dapat la melawan belanja untuk kelas berenang atau kelas menunggang kuda. Memang jenis untuk golongan kaya ajelah.

Aku ada kuiz untuk korang : “Berapa ramai orang kaya kat Malaysia?” Atau lebih baik lagi : “Berapa ramai orang Islam yang kaya di dunia ini?” Jawapannya ialah sangat sedikit. Mungkin dalam 10 peratus sahaja.

Korang pun dengan penuh sopan bertanya “Apakah perkaitannya semua perkara ini, wahai Syuhaimi yang kacak?” Haa… itulah soalan yang aku nak dengar. Pernah tak korang mendengar atau dibacakan hadis Rasulullah S.A.W. yang menyuruh umat Islam mempelajari kemahiran-kemahiran seperti memanah, berenang dan menunggang kuda? Tentu pernah dan ada, kan? Aku dapati rupa-rupanya aktiviti-aktiviti ini jika pelajari ketiga-tiganya oleh seorang Islam, ia dapat menguatkan fizikal, paru-paru, emosi, kemahiran, daya pemikiran dan semangatnya. Dan inilah yang orang kafir harbi dan yahudi tak mahu. Mereka tak mahu anak-anak muda Islam ini berpesonaliti gagah, sihat dan bijaksana.

Jadi kesemua aktiviti ini dijadikan mahal dan eksklusif agar hanya mampu dipelajari oleh orang-orang Islam kaya sahaja. Mereka ini golongan minoriti. Golongan umat Islam yang majoriti pula hanya mampu melakukan aktiviti yang murah iaitu berjogging. Jadi mudahlah kita melarikan diri bila diserang oleh askar Amerika atau zionis nanti, ya tak?

Aku terbaca tentang artis-artis berpendapatan tujuh angka macam AC Mizal, Norman KRU dan Siti Nurhaliza. Duit yang mereka ada tu memang sangat banyak sampai mampu membeli beg tangan RM40,000 sebijik. Jadi apa salahnya golongan yang kaya ini meluakkan sikit duitnya untuk sponsor umat Islam yang tak berduit ini agar mereka dapat mempelajari cara memanah, berenang dan menunggang kuda, ya tak? Pahala pun dapat. Malah Allah akan memudahkan lagi rezeki korang sebab membuat kebajikan demi menegakkan syiar Islam.

Kalaulah korang masih kedekut lagi, fikirkan ini : “Bila anak-anak muda Islam makin lemah sebab majoritinya suka rancangan hiburan nyanyi-nyanyi, agak-agak siapa yang akan menjaga keselamatan harta berjuta-juta korang tu bila diserang oleh musuh kelak? Korang akan kata pula “Siapalah yang nak serang kita?” Jawapannya : Iraq tak pernah menyangka askar Amerika bersusah payah akan datang dari jauh untuk menyerangnya. Di Singapura, siap ada pengkalan tentera milik US lagi tu. Tambahan pula negara kita asyik dituduh tempat melatih pengganas Jemaah Islamiah. Jadi fikir dan buatlah kesimpulan sendiri.

Stay KULS.

No comments:

Post a Comment