Friday 18 June 2010

Detik pertemuan dengan Damia Uzma


Selamat Hari Bapa :)

Aku tahu bahawa ada di antara korang yang tak ingin mempunyai anak bila berkahwin dan mungkin selepas 10 tahun bernikah barulah nak beranak. Atau mungkin juga sedang merancang untuk menggugurkan anak dalam kandungan bersama isteri korang kerana belum bersedia lagi. Namun percayalah, mempunyai anak adalah perkara terbaik dalam hidupku selain bertemu dengan gofrenku buat masa ini.

Kali pertama anakku Damia Uzma dilahirkan, perasaanku bercampur-baur. Gembira pun ada. Cemas pun ada. Yalah, layakkah aku ini menjadi bapanya? Layakkah aku ini melindunginya dari kekejaman manusia di dunia ini? Selepas aku mengazankan dengan lunak di telinga kanannya dan qamat di telinga kirinya, Damia Uzma yang matanya sudahpun terbuka seolah-olah memandang ke arahku (Baby sebenarnya tak nampak lagi apa-apa masa baru dilahirkan). Tiba-tiba perasaanku jadi sebak. Nurse yang menjaga baby memintaku untuk membiarkan anakku berehat di sisi ibunya dan seeloknya aku juga turut berehat sementelah tak tidur hampir 20 jam lamanya.

Aku pun perlahan-lahan pulang ke wad yang dikhaskan untuk kami dan cuba tidur di sana namun gagal berbuat demikian. Perasaanku masih sebak. Dan akhirnya aku menangis teresak-esak kerana terlalu gembira.

Kini Damia Uzma sudahpun berusia 5 tahun dan membesar dengan baik sekali. Aku telahpun bercerai namun aku tetap melawat dan menghabiskan masa dengan anakku dengan sekerap mungkin. Dan aku sangat gembira melihatnya membesar di depan mataku. Aku agak bimbang kerana mungkin dia akan menyalahkanku kerana bercerai dengan ibunya. Mungkin Damia Uzma akan membenciku walaupun bukan aku yang membawa kes rumahtanggaku dulu itu ke mahkamah. Pun begitu, aku amat berharap agar dia masih menyayangi dan menerimaku sebagai bapanya.

Kalau orang bertanya adakah aku menyesal kerana berkahwin dengan ibu Damia, jawapanku tanpa ragu-ragu pasti adalah ’ya’. Namun jika aku berupaya berpatah balik ke zaman lepasku, aku tak akan mengubah apa-apapun yang boleh menghapuskan kewujudan Damia Uzma di dalam hidupku. Kerana aku amat menyayangiku lebih daripada apa saja dalam dunia ini.

Stay KULS.

2 comments:

  1. huhu sedih2..boleh buat filem ni.. ;p tapi apa pun cik mie tetap tak boleh nak nafikan yg dia tu mak damia, darah daging yang ada pada damia tu jugak sebahagian dari mak dia..peace ^_^

    ReplyDelete