Thursday 17 June 2010

Makna Perkahwinan Pada Orang Lelaki

Selamat pengantin baharu kepada kenalanku semua.

Aku ada kemusykilan tentang cinta dan perkahwinan ni. Pernah tak korang terfikir masa mula-mula bercinta dengan isteri korang dulu pada awalnya diorang ni serba-serbi sederhana dan tak peduli pun sama ada korang ni kaya atau tak. Malah bila dah merancang untuk berkahwin, korang berdua tak kisahpun nak buat majlis perkahwinan yang mahal-mahal. Lantaklah apa orang kata tentang majlis perkahwinan korang yang sempoi tu. Yang penting korang berdua saling menyintai.

Tapi bila perancangan untuk berkahwin tu dah makin hampir, korang dapati semuanya dah berubah. Majlis yang dirancang dengan bajet berbelas ribu aje tiba-tiba dah melebihi dua puluh ribu. Cincin untuk bertunang yang pada awalnya dipersetujui bawah RM100 tiba-tiba mencecah RM400 pulak. Kalau cincin kahwin tu lagi la. Mesti ada batu-bata berlian punya. Kalau boleh bila dipakai mampu menumbangkan seekor lembu jantan yang tengah naik minyak dengan satu tumbukan. Hadiah perkahwinan pulak semuanya hebat dan berjenama.

Masa itu ke mana agaknya jenis majlis perkahwinan sempoi korang tu? Korang pun mengeluh sebab dah lari bajet tiga empat ribu. Nampaknya impian nak berbulan madu sambil bershopping tu terpaksa dilupakan bab bershopping tersebut.

Adakah kita mengadakan majlis perkahwinan, membeli hadiah-hadiah perkahwinan dua belas dulang yang hebat lagi berjenama, menempah pekej perkahwinan termahal kat butik pengantin, menyediakan wang hantaran sebanyak RM33,333.33, mas kahwin sebanyak RM3,333.33 dan lain-lain adalah untuk menunjuk kat orang ramai dan mengikut apa yang kawan-kawan kita serta orang lain dah buat? Bila korang menyintai girlfriend korang, tentulah sebab dia tak seperti pompuan lain yang korang kenali. Tapi kalau dia nak kahwin mengikut cara seperti kawan-kawan, sedara-mara dan adik-beradiknya, maka girlfriend korang tu samalah macam pompuan lain yang korang kenali, ya tak? Apa bezanya dia dengan mereka? Ada yang berhujah bahawa berkahwin hanya sekali dan oleh itu semuanya mesti serba sempurna dan elok. Yakah? Aku dulu pun berfikir macam itu juga. Tapi sekarang aku dahpun bercerai dan akan berkahwin sekali lagi. Malah 'hadiah' serta 'item' yang sempurna dan elok dulu pun entah kuhumban kemana. Semuanya adalah cacat-cela sekarang pada mataku.

Untuk hadiah perkahwinanku nanti, aku cuma akan berbelanja lebih kurang RM300 sahaja bagi kasut, kemeja, tali leher, dompet, perfume dan lain-lain sungguhpun girlfriendku memberiku seribu untuk membeli barang-barang tersebut. Selebihnya aku akan pulangkan kepadanya kembali. Barang-barang hadiah tu semuanya untuk cukup syarat saja di majlis perkahwinan kami sahaja. Aku tak pedulipun mahal atau murah. Yang pentingnya ialah aku dapat mengahwini gadis yang kucintai sebab beliau sangat istimewa dan tidak seperti pompuan lain yang pernah kukenali.

Stay KULS

1 comment: