Friday 4 June 2010

Apa Yang Perempuan Nak Dari Lelaki?


Apa yang perempuan mahukan daripada kita? Entahlah... mereka ini spesis yang menakjubkan sebenarnya. Perempuan la satu-satunya makhluk yang mahukan kita kaum lelaki ni memahami apa yang mereka mahukan tetapi mereka tak mahu memberitahu kita apakah yang mereka mahukan.

Namun janganlah risau wahai saudara-saudara seperjuanganku. Berdasarkan hasil kutipan data statistik lipstik, berikut adalah perkara-perkara yang perempuan mahukan daripada kita kaum lelaki ini :

1. Jawab SMS mereka dengan segera. Atau kalau mereka missed call korang, maka segeralah menelefon isteri atau gofren korang. Semakin lama masa yang korang ambil untuk membalas SMS atau missed call mereka, semakin kuatlah prasangka mereka bahawa korang tak lagi menganggap isteri atau gofren korang itu penting dalam hidup korang.

2. Pandang mereka dengan pandangan penuh makna dan berikan senyuman manis korang. Kalau lebih baik pujilah mereka. Perkara ini mestilah tiada bersebab dan dibuat dengan spontan. Perempuan sangat sukakan perkara spontan yang menguntungkan mereka.

3. Berpakaianlah dengan kemas dan menarik untuk isteri dan gofren korang. Bukan setakat di luar rumah saja. Dalam rumah pun begitu juga. Perempuan sangat suka kalau suami atau boyfriend mereka kerap membuat sesuatu untuk impress mereka. Mereka berasa dihargai dan bernilai. Lagipun berpakaian kemas dan menarik (atau seksi) mampu merangsang nafsu isteri korang jauh lebih baik dari berpakaian seperti pak cik di kebun sayur Cameron Highlands.

4. Ingatlah tarikh-tarikh penting seperti tarikh lahir mereka, tarikh bertunang dan tarikh berkahwin. Kalau korang terlupa, samalah seperti korang tak menganggap isteri dan gofren korang adalah penting dalam hidup korang. Lagi baik kalau korang dapat mengingati perkara-perkara yang remeh seperti kali pertama bercium, apa yang dia pakai kali pertama korang berdating dan sebagainya.

5. Bawalah gofren atau isteri korang untuk aktiviti-aktiviti yang di luar dari kebiasaan. Memanglah mereka seronok bershopping atau makan di café yang cantik bersama korang. Tapi sekali-sekala ubahlah gaya berdating korang tu seperti membawa dia ke stadium bagi perlawanan bolasepak. Ataupun pergi ke konsert artis yang terkenal. Atau berbasikal di taman rekreasi. Tentu mereka berasa seronok dan berasa dihargai.

6. Berbaik-baiklah dengan teman rapat mereka. Dan lebih bagus lagi jika korang dapat berbaik-baik dengan keluarga mereka. Bagi yang belum berkahwin, gofren korang pasti berasa sangat gembira jika korang mahu datang berjumpa dengan ibu bapa serta adik-beradiknya. Ia memberi impression bahawa korang bukan sahaja anak jantan yang berani, malah serius dalam perhubungan korang berdua.

7. Akhir sekali, cubalah setiap kali korang buatkan mereka berasa mereka ini sangat istimewa pada korang. Perempuan sangat suka dianggap istimewa di mata dan hati orang yang mereka sayangi. Jadi kata-kata pujian dan ucapan penghargaan perlulah diungkapkan dengan sekerap mungkin. Dengan itu mereka tak akan mencari pasal untuk meleteri kita kalau kita membuat sesuatu yang mereka tidak suka.

Stay KULS!

2 comments:

  1. bravo atoi!!!!!!!!
    rasanya.. u lah orang yang paling memahami pompuan. nape lah ko tak kawen dgn aku. huhuhuhuhuuu..

    ReplyDelete
  2. benda2 ni la yg buatkan lelaki xdapat nak penuhi kadang2..bukan xsayang, cuma kita pun ada byk lg tanggungjawab lain, hal yg lbh penting dari awek kita..awek jer kot, bukan bini, so kalo dia nak berpaling tadah ke, xda hal..boleh cari lain..btoi x cik mie?? ;p

    ReplyDelete