Tuesday 22 June 2010

Filem Terhebat Sempena Hari Bapa

KULS 2010-06-21

Selamat hari bapa!

Haha! Nampaknya aku masih tak puas menyambut hari yang istimewa ini. Kalau korang pun masih berasa begitu, berikut adalah beberapa filem yang aku rekomen untuk korang tontoni bersama anak korang ;


1) The Pursuit Of Happyness

Berdasarkan kisah benar, lakonan Will Smith bersama anaknya memang kelas. Kisah mengenai seorang ayah yang sanggup bekorban hingga menghancurkan rumahtangganya demi untuk memberi anak lelakinya kehidupan yang lebih baik. Bab paling sedih ialah bilamana Will dan anaknya terlalu miskin dan melarat sehinggakan terpaksa tidur di dalam tandas awam.


2) The Game Plan

Kisah Dwayne ‘The Rock’ Johnson sebagai seorang bintang bolasepak Amerika yang tiba-tiba terpaksa menjaga anak perempuannya yang agak nakal apabila kekasihnya meninggal dunia. Dalam cerita ini sikap berfoya-foya The Rock perlahan-lahan bertukar menjadi seorang bapa yang amat bertanggungjawab. Komedi yang agak tipikal tetapi tetap mengiburkan.


3) Definitely Maybe

Aku tak ingat pelakonnya tetapi cerita ini memang bagus. Kisah seorang anak perempuan yang bergilir-gilir dijaga oleh ibu bapanya yang dah bercerai. Semasa si anak dijaga oleh bapanya, beliau memaksa bapanya bercerita tentang kisah cinta ayahnya itu dari mula sehingggalah bapanya itu bertemu dengan ibu anak tersebut. Cerita ini memang sedih walaupun lucu. Tapi mempunyai happy ending yang tak disangka.


4) I Am Sam

Kisah kasih seorang bapa angkat yang IQnya rendah terhadap anak angkatnya yang bijak. Lakonan Sean Penn dan Dakota Fanning memang kelas A punya. Lepas tengok cerita ni pasti korang teringin nak anak pompuan.


5) Papadom

Cerita tebaik daripada pengarah super Afdlin Shauki setakat ini. Filem yang telah memenangi beberapa anugerah termasuk Filem Terbaik ini mengisahkan seorang bapa yang terlalu mementingkan kerjayanya sehinggalah isterinya terbunuh dalam kemalangan jalanraya. Sejak itu beliau bersumpah untuk menjaga anak perempuannya dengan baik. Masalahnya ialah si bapa ini menjaga anaknya ke tahap mengongkong sehingga menimbulkan konflik di antara mereka berdua. Filem komedi ini memang jenis komedi yang berisi; tak macam kebanyakan komedi Malaysia yang lain. Tapi itulah trademark Adlin. Rugi kalau korang tak tengok.

Stay KULS.

1 comment: