Wednesday 7 July 2010

Sayangi Peguam Anda - Bab 93624

KULS 7/7/2010

Katakan korang ada sebuah kereta yang masih dalam hutang dengan bank. Katakan korang tak mau pakai kereta ini sebab nak tukar kereta lain. Katakanlah bapa saudara korang nak pakai kereta tersebut dan berjanji untuk bayar hutang ansuran bulanan korang. Jadi apakah yang patut korang buat agar tak kena tipu dan menanggung hutang untuk 2 buah kereta kalau bapa saudara korang enggan bayar dan sorok kereta tersebut daripada korang?

Korang perlulah buat suatu agreement yang dinamakan Perjanjian Sambung Bayar. Jangan buat Perjanjian Jual Kereta sebab ikut Akta Sewa Beli 1967 ianya adalah suatu kesalahan yang boleh dipenjarakan. Dalam Perjanjian tersebut selain dari nama, nombor MyKad dan alamat pihak-pihak yang berkontrak, tulis juga perkara berikut :

1) Jenis kereta, nombor chasis dan nombor pletnya

2) Berapa jumlah hutang yang tinggal

3) Berapakah ansuran bulanan yang perlu dibayar oleh bapa saudara korang tu

4) Bila bayaran ansuran tu patut dibayar oleh bapa saudara korang sebelum dateline. Kalau tak kena caj penalti atau faedah

5) Bayaran ansuran tu akan dibayar kepada korang ke atau bank

6) Siapa yang akan bayar cukai jalan dan insurans kereta itu? (Kalau boleh, maklum kepada ejen insurans untuk pinda syarat bapa saudara korang boleh pakai kereta itu)

7) Siapa yang akan tanggung untuk kos servis dan penyelenggaraan kereta itu?

8) Siapa yang akan bayar untuk kompaun atau saman sebelum dan selepas bapa saudara korang menggunakan kereta itu?

9) Syaratkan juga bahawa kereta itu tidak boleh digunakan untuk tujuan yang menyalahi undang-undang.

10) Selepas bayaran hutang diselesaikan, adakah kereta korang tu akan dipindahmilik kepada bapa saudara korang?

11) Apakah remedi atau akibat kalau bapa saudara korang gagal membuat pembayaran atau menyebabkan korang didenda akibat kesalahan bapa saudara korang?

12) Apakah remedi atau akibat kalau korang melanggar syarat perjanjian?

13) Nyatakan bahawa masa adalah pati atau penting dalam perjanjian ini.

14) Tandatangan setiap mukasurat dan pergi setemkan di pejabat duti hasil. Oh ya, tentukan juga siapa yang akan menanggung kos membeli setem hasil itu.

Stay KULS.

No comments:

Post a Comment