Tuesday 13 July 2010

Myvi edisi aweks?

Kali ini aku tak mahu lagi memperkatakan perkara-perkara yang kurang sedap di telinga. Banyak sangat komplen tapi tak buat apa-apa pun tak bagus juga. Mula-mula aku ingin mengucapkan tahniah kepada semua rakyat Malaysia kerana menurut kajian Shell, rakyat Malaysia adalah antara top 10 yang mengambil berat tentang penjimatan bahanapi kenderaan di mana 90 peratus daripada mereka sanggup mengubah tabiat pemanduan semata-mata untuk menjimatkan petrol. Sepuluh peratus tu pengguna Hummer dan supercars kot?

Kesemua jabatan kerajaan akan menggunakan perkhidmatan online menjelang hujung tahun ini. Aku sangat suka kerana tak perlu lagi bersesak menunggu giliran untuk berurusan di kaunter. Tapi harapnya sistem dan kapasiti untuk menyokong talian online tu perlulah di upgrade dengan optimum agar tak pulak kami ni bersesak menunggu giliran di alam siber pulak.

Program realiti yang bermanafaat seperti Nescafe Kickstart da DIGI The Next Level akan ditayangkan tak lama lagi. Aku nasihatkan bangsa aku ini agar perbanyakkan menonton rancangan realiti tersebut daripada yang sejenis dengan akademi sia-sia tu. Aku juga berharap agar bangsa Melayu kali ni ramai yang menyertainya.

Perodua akan mengeluarkan Myvi edisi khas untuk perempuan. Setakat ini yang aku tau warnanya pink dan ada cermin solek di tempat pemandu. Aku juga berharap agar Myvi tu ada handsfree untuk telefon selular supaya kaum hawa ni dapat bergosip puas-puas seolah-olah ada kawan-kawan di sebelahnya, kerusi yang boleh mengurut untuk melegakan stresnya, GPS yang mempunyai suara lelaki yang seksi dan alat ionizer untuk mencegah bau-bauan yang tak diundang seperti bau rokok pada tubuh pasangan mereka atau bau tengik dari ladang kelapa sawit atau lori syarikat pelupusan najis dan sisa toksik yang kerap bocor.

Stay KULS

No comments:

Post a Comment