Monday 19 July 2010

Parti Ketuanan Melayu (PKM)

KULS 19-07-2010

Aku berasa tertarik bila membaca kenyataan ulama Harussani yang mengatakan bahawa orang Melayu akan hilang kuasa pada pilhanraya umum Ke 13 kalau UMNO dan PAS tidak bersatu dan bekerjasama. Ulama Harussani sanggup menjadi orang tengah bagi merealisasikan hasrat untuk orang Melayu bersatu tersebut.

Pada pandangan rakyat marhaen sepertiku ini, sebenarnya kita orang Melayu ni dah lama kehilangan kuasa sebelum PRU 13 lagi. Kuasa ekonomi, kuasa dalam membeli,. kuasa dalam memilih pekerjaan, kuasa untuk mendapatkan pekerjaan, kuasa untuk menjadi kaya-raya… semuanya kita dah hilang. Cuma mungkin UMNO risau orang Melayu akan hilang kuasa politik pulak. Mungkin…

Aku tak peduli sangatpun tentang ketuanan Melayu ni. Tapi kalaulah ada orang Melayu yang bertanyakan pada aku apa yang patut dibuat untuk mengembalikan ketuanan Melayu, maka jawapanku senang saja : Tubuhkanlah parti politik baru khas untuk menjaga ketuanan Melayu. Nama parti tu ialah Parti Ketuanan Melayu.

Matlamat Parti Ketuanan Melayu ni memang khusus untuk menjaga kepentingan serta ketuanan Melayu. Jadi ia tak boleh ada parti komponen berbangsa lain macam BN atau PR. Pun begitu, PKM (Parti Ketuanan Melayu) ini bukanlah nak bergaduh dengan bangsa lain pulak. Perkara pertama PKM akan buat ialah mewajibkan semua ahlinya bercakap Bahasa Melayu. Tak boleh walau sepatahpun perkataan dalam bahasa asing. Dengan ini ketuanan Bahasa Melayu dapat dipelihara.

Perkara seterusnya ialah membeli tanah berpuluh ekar dan memecahkannya kepada lot-lot kecil. Lot-lot ini dijual kepada ahli-ahli PKM sebagai lot saham. Kat tanah tersebut bolehlah PKM jadikan pusat penternakan ayam berskala mega. Keuntungan jualan daging atau telur ayam tersebut akan diagih-agihkan kepada ahli-ahli PKM yang membeli lot-lot tanah tadi. Mereka akan dapat setiap bulan. Dengan ini bukan sahaja ketuanan Melayu terpelihara dalam ekonomi malah dalam kuasa membeli juga. Jadi setiap kali menjelang raya, orang Melayu tak perlu mengeluh tentang harga ayam yang melambung naik. Selepas ayam buat pula gula, beras, minyak dan lain-lain bahan mentah lagi.

Perkara seterusnya ialah PKM akan menghantar ahli-ahlinya untuk meneroka pasaran di luar negara. Mereka ini akan dihantar untuk menjalankan kajian tentang pasaran di luar negara dan seterusnya membuka perniagaan di luar negara. Dari situ ahli-ahli PKM yang lain akan bergerak sama membuka perniagaan di sana dan peluang serta pelaburan di negara asing akan menjadi lebih luas. Jadi ketuanan Melayu dari aspek monopoli pasaran dan pelaburan luar negara akan dapat ditegakkan dengan jayanya dan sekaligus membentuk peluang pekerjaan yang bersifat ketuanan kepada orang-orang Melayu lain.

Kalau korang pergi ke Afrika Selatan, member aku kata orang Melayu di sana adalah bangsa yang minoriti tetapi dapat mendaulatkan ketuanan Melayu mereka melalui kuasa yang lebih dari kuasa politik. Melayu di sana memegang kuasa ekonomi dan pasaran serta sangat dihormati oleh bangsa lain. Mungkin kita di sini pun patut mengikut jejak langkah mereka dengan menubuhkan PKM. Tetapi ada satu hadis yang pernah ustazku di UKM pesan iaitu Rasulullah pernah berkata bahawa orang yang lebih mementingkan perpaduan bangsa (asabiyah) dari agama akan direct masuk ke neraka. Jadi tak mungkin aku nak masuk PKM atau apa-apa saja parti politik yang sedemikian rupa.

Stay KULS.

1 comment:

  1. boleh kita lantik ibrahim ali sebagai presiden..sebab dia kata baik bubarkan umno dan pas kalo kedua2nya tidak dapat menyatukan perpaduan melayu..nak pertahankan melayu konon..sedangkan kalo bab Islam xmau plak perjuangkan macam yg dok perjuangkan hak ketuanan melayu bagai..

    ReplyDelete