Wednesday 28 July 2010

Pendera Bayi Adalah Pengecut

Benci betul bila aku terbaca kisah bayi yang asyik didera oleh orang dewasa. Aku rasa dah tiba masanya kita buat pendekatan yang sangat radikal untuk menghapuskan budaya sebegini. Janganlah buat klip video gambar bebudak didera dengan lagu-lagu sayu yang meruntun hati orang yang sayangkan budak. Kita bukannya nak siksa diorang. Yang jahat menyiksa bebudak ni tak pedulikan langsung benda sia-sia tersebut.

Masa aku belajar bab hukum Hudud dulu, aku dapat tahu bahawa hukumannya sangat menakutkan sebab ia memang untuk menakutkan manusia. Hudud adalah dalam bahasa Arab bermaksud ‘had’ atau batasan. Jadi hukum hudud dibuat untuk membataskan manusia daripada membuat kejahatan. manusia hanya akan membataskan dirinya untuk membuat kejahatan kalau dia berasa takut untuk melakukannya. Itu sebabnya hukuman hudud adalah menakutkan.

Jadi, untuk pesalah yang mendera kanak-kanak atau bayi ini, eloklah kita bataskan kejahatan mereka dengan hukuman yang menakutkan. Mereka ini pembuli dan pembuli ini sebenarnya adalah penakut. Berikut adalah cara-cara untuk menakutkan mereka :

1) Pinda undang-undang agar pendera jenis ini wajib disebat secara mandatori dengan 10 kali sebatan.

2) Hukuman sebat tersebut mesti dilakukan dikhalayak ramai atau disiarkan di televisyen. Pergi mampuslah dengan hak kemanusiaan mereka. Macam mana dengan hak baby yang mereka pijak dan tendang?

3) Selepas itu kesemua harta mereka akan dirampas dan dijual. Duit hasil jualan tersebut akan disimpan oleh kerajaan sebagai pemegang amanah dan akan diberikan kepada kanak-kanak atau bayi yang didera tersebut sebagai pampasan.

4) Gubal undang-undang agar pesalah jenis ini dipenjarakan dengan tempoh mandatori selama 5 tahun. Selepas dibebaskan, mereka dibuang daerah atau dikenakan sekatan untuk pergi ke daerah di mana kanak-kanak atau bayi tersebut berada selama 7 tahun. Dengan ini kanak-kanak atau bayi tersebut akan sempat membesar dan mampu mempertahankan dirinya kalau pesalah tersebut mahu membalas dendam.

Stay KULS.

No comments:

Post a Comment