Monday, 24 May 2010

SMS Seksi Untuk Isteri


Kadang-kadang masalah bila dah lama bercinta ini ialah perasaan teruja kita untuk bermain SMS dengan pasangan kita semakin berkurangan. Dulu masa baharu bercinta bukan main lagi berjela-jela SMS kita kepada girlfriend sampai ular Anaconda pun naik takut menengoknya. Tapi bila dah masuk setahun bercinta atau dah berkahwin, maka SMS pun semakin menjadi pendek hingga mampu mengalahkan miniskirt awek yang kulihat di KLCC tempohari. Kalau dulu mesti dimulakan dengan “Hai sayang. Abg dh nk bertolak kuar dari rumah ni. I’m gonna miss u, baby” atau “Hai gadis manis pujaan hati abg. Abg baru je sampai di ofis”, sekarang cuma tulis “Abg dh kuar” atau “Abg dh smpai”. Apa dah jadi dengan roh penyair cinta dalam diri kita? Dan apakah yang terjadi pada biskut ping pong yang kubeli di Giant minggu lepas?

Aku pun kena penyakit sebegitu juga. Jadi aku akan sentiasa beringat untuk kembali menghangatkan bait-bait kata romantik dalam SMSku mulai hari ini. Aku dahpun bermula dan nampaknya gofren aku amat menyukainya.

Jadi kaum lelaki yang dahpun beristeri atau bergofren… kembalilah kita menjadi lelaki yang sempurna di mata kekasih kita sungguhpun kita ini serba kekurangan. Ingatlah bahawa mereka menerima kita kerana komitmen kita terhadap hubungan dengan mereka. Jadi kalau itupun hilang, maka dikhuatiri pula mereka akan mencarinya daripada lelaki lain.

Jadi cuba dengan tidak semena-mena hantar SMS kepada isteri atau gofren korang dengan ayat-ayat sebegini :

Hai sayang. Kalaulah setiap kali bila abang teringatkan sayang, ingatan itu boleh bertukar menjadi sekuntum bunga, maka seluruh dunia ini pasti akan menjadi taman yang sangat indah sekali.

atau

Mawar walau apapun dipanggil namanya akan tetap harum dan indah di mata manusia. Begitulah juga dengan sayang di hati abang.

Atau kalau isteri korang pula, tulislah dengan SMS yang seksi dan membangkitkan rasa ghairahnya seperti ini.

Hai sayang. Abang nak bawa sayang keluar makan di Restoran Strawberry Park malam ini. Tapi sebelum tu abang nak kucup seluruh tubuh sayang sebagai hidangan pembuka selera :P

Tentu isteri korang tak sabar-sabar nak balik ke rumah dengan sexy-tease seperti ini. Jangan la pulak hantar emel kat aku untuk bercerita apa yang korang buat selepas itu. Aku jeles, tau?

Stay KULS!

No comments:

Post a Comment