Monday, 17 May 2010

Lelaki Kelakar Adalah Lelaki Yang Seksi


Pernah tak dengar bahawa kebanyakan orang perempuan ni suka lelaki yang pandai berjenaka dan mampu buat dia ketawa?

Sebenarnya fakta ini memang tersangat-sangat benar. Jenaka dan tawa seorang perempuan adalah suatu icebreaker terbaik dan mampu melemahkan aura pertahanan mereka untuk tidak didekati oleh sebarang lelaki. Apabila seseorang perempuan tertawa dengan jenaka atau gurauan korang, perasaan kemesraan akan mulai terjalin di antara korang berdua dan mampu membuatkan beliau menjadi berminat untuk mengenali korang dengan lebih dekat lagi.

Tapi sayangnya tiada format yang standard untuk korang berjenaka yang mampu menggeletek hati wanita. Ada seorang rakanku yang mampu berjenaka secara lucah tetapi ianya tetap disenangi oleh orang perempuan, sedangkan aku tak berkebolehan untuk berbuat demikian. Aku pula dengan stail lawak dan gurauanku. Orang lain tak mampu menirunya. Begitu juga dengan korang. Korang janganlah mengikut stail orang lain bila berlawak dan bergurau. Cubalah cara korang sendiri. Tapi perbaikinya dari masa ke semasa. Aku juga berbuat begitu. Lama-kelamaan lawak serta gurauanku menjadi natural dan tidak nampak bodoh dan pandir. Namun kadang-kala lawak dan gurauanku tetap tak menjadi walaupun dah cukup berpengalaman. Malunya Allah saja yang tau.

Satu lagi, kalau boleh janganlah membuat lawak atau gurauan yang menyakitkan hati dia atau menghina orang lain. Nanti dia pandang negatif pulak terhadap korang. Lawak terbaik ialah lawak mempersendakan diri korang sendiri. Tapi janganlah sampai merendahkan martabat korang pulak. Contohnya kalau korang tergelincir dan jatuh atas lantai yang basah di depan awek yang korang minati; janganlah tunjuk muka masam pula. Dia pasti risau dan bertanyakan adakah korang okey. Apa yang korang patut buat ialah ketawa dan kata “Ini mesti sebab saya tak mandi pagi tadi!” Awek idaman korang pasti akan ketawa dan kemudian mengusik korang pula seperti “Eeii… Busuknya!” Kalau begitulah respons dia, ada chance la korang nak ketawa hingga ke jinjang pelamin.

Stay KULS :D

No comments:

Post a Comment