Sunday, 9 May 2010

Jalan-Jalan Cari Hantu




Korang ingin cuti-cuti Malaysia tetapi mahukan pengembaraan yang hebat dan mencemaskan? Apa kata kalau korang bertandang ke kawasan yang berhantu di Malaysia pulak? Bawalah kamera digital dan tangkaplah banyak-banyak gambar di segenap sudut, kalau-kalau dapat menangkap gambar hantu. Tentu popular nama korang nanti di akhbar tabloid. Namun satu perkara yang aku pesan; mulut tu kenalah ada polisi insurans sikit. Jangan cakap ikut sedap mulut aje. Takutlah kalau-kalau sesuatu yang buruk terjadi kepada korang pulak nanti.

Berikut adalah tempat-tempat berhantu untuk korang kunjungi dan kalau bernasib baik, dapat berjumpa dengan makhluk-makhluk halus ini :

1) Victoria Institution, Kuala Lumpur



Sekolah ini juga popular dengan panggilan V.I. ataupun nama Melayunya Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria. Sekolah ini mula dibina pada 1893 dan siap dibuka untuk pembelajaran pada 1894. Sekolah ini mendapat namanya sempena perayaan Jubli Emas Ratu Victoria. Bukan Victoria Beckham, tau? Namun tapak V.I. sekarang ini bukanlah tapak asal sekolah tersebut. Sekolah ini telah dipindahkan dari Jalan Bandar ke Jalan Hang Tuah, berdekatan tapak perkuburan Cina pada Mac 1929. Inilah yang membuatkan sekolah tersebut didakwa sebagai kawasan berhantu. Ada pula mendakwa bahawa V.I. pernah dijadikan sebagai markas tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Para penuntut di situ mendakwa mereka terdengar bunyi seretan rantai, bunyi derap kaki askar berkawad, raungan yang menakutkan serta kadang-kala ternampak bayangan orang digantung di pokok sekolah tersebut. Hmm… macam Sekolah Anderson Ipoh pulak stail-nya.



2) Highland Towers



Aku pernah menyaksikan berita tentang kondominium ini runtuh. Memang mengerikan dan sangat tragik. Pada 1993, 3 blok kondo tersebut telah runtuh menyembah bumi dan meragut nyawa 48 penduduknya. Mangsa-mangsa ini pasti rohnya tidak aman. Hingga sekarang kononnya kita boleh mendengar suara jeritan dan tangisan di tapak tersebut dan kadang-kala ternampak hantunya.


3) Kellie’s Castle



Lokasinya di Batu Gajah, Perak. Pemiliknya adalah seorang warga Scotland bernama William Kellie Smith yang membuatnya untuk isteri yang tercinta bernama Agnes (bukan Agnes Monica). Kellie mati di Lisbon semasa urusan perniagaan akibat demam selsema. Agnes membawa anak mereka pulang ke UK selepas itu. Istana Kellie gagal disiapkan dan kini menjadi sarang hantu pulak.

Aku pernah pergi ke sana. sungguhpun waktu siang, namun tempat tersebut memang menyeramkan. Hatiku asyik berasa tak sedap. Pandanganku juga menjadi berpinar-pinar sepanjang berada di dalam istana tersebut. Aku pernah mendengar bahawa ada pelancong yang tiba-tiba jatuh dari tingkat atas. Beliau mendakwa bahawa beliau telah ditolak oleh seseorang atau sesuatu.


4) Penjara Pudu



Dibina pada 1895 sebagai penjara di Kuala Lumpur. tentu pelbagai cerita pelik tentang tempat tersebut pernah korang dengar. Tempat yang ‘keras adalah selalunya di lokasi hukuman sebat dan bilik banduan akhir iaitu banduan yang dijatuhi hukuman mati.


5) Lebuhraya Karak



Ia dikenali juga sebagai Karak expressway E8 dan dibina sepanjang 60 kilometer menyambungkan Kuala Lumpur dan Bandar karak, Pahang. Tak lama dulu lebuhraya Karak ini memang banyak meragut nyawa. Paling dahsyat ialah kemalangan membabitkan trak FRU sehingga diabadikan dalam lagu Pusara Di Lebuhraya oleh kumpulan Ekamatra. beberapa pemandu yang pernah melalui kawasan tersebut mendakwa ternampak seseorang di tengah-tengah lebuhraya atau kereta Volkswagen yang menentang arus jalan dan cuba melanggari mereka. Adalah dinasihatkan agar anda tidak melalui kawasan ini pada waktu malam.




Stay KULS :)

1 comment: