Monday, 17 May 2010
Cara-Cara Nak Tahu Pasangan Yang Curang Melalui Handphone
Selamat hari guru!
Adakah pensyarah juga dikira sebagai seorang guru? Entahlah. Bercakap tentang pensyarah, ada seorang pensyarah yang datang mengadu kepadaku tentang kecurangan isterinya.
Sekarang ini bukan susah sangat kalau nak menghidu tentang kecurangan isteri atau girlfriend kita. Salah satu cara terbaik adalah melalui handphone mereka. Berikut adalah kebarangkalian yang sangat besar bahawa mereka ini curang kepada korang :
1) Apabila korang telefon handphone mereka, selalunya mereka tidak mahu menjawab dan selepas beberapa jam kemudian barulah kembali menghubungi korang. Kebarangkaliannya ialah mereka mungkin tengah dating dengan lelaki selain korang pada masa anda call tu.
2) Kalau mereka menjawab panggilan korang pun, asyik nak cepat habiskan percakapan dengan alasan busy sangat. Busy melayan SMS lelaki lain sampai tak ada masa untuk korang la tu.
3) Tiba-tiba selalu call atau SMS anda untuk beritahu dia mungkin balik lewat sebab ada projek yang nak disiapkan. Projek maksiat dengan lelaki lain la tu.
4) Bila korang SMS kepada isteri atau girlfriend, dia selalu balas dengan begitu lambat sekali atau langsung tak balas.
5) Bagi si isteri : dulu bila tiba di rumah lepas balik dari kerja, handphone letak kat atas meja, meja solek atau atas katil. Tapi sekarang dia dah asyik usung ke sana sini. sampai ke jamban pun handphone ikut sama!
6) Isteri atau girlfriend korang asyik main SMS di depan korang tak kira masa dan tempat walaupun tengah makan, menonton televisyen atau dalam kereta/motorsikal.
7) Handphone mereka dibuat dalam mode ‘silent’ atau ‘vibrate’ supaya korang tak terperasan sangat yang dia kerap main SMS.
8) Paling ketara ialah, dia terlalu asyik dengan handphonenya dan perlahan-lahan korang mula berasa ada jurang pemisah di dalam relationship korang dengan dia.
Kalaulah simptom-simptom ini, maka bersedialah untuk mencari girlfriend lain bagi yang belum dan naik turun mahkamah bagi yang dah berkahwin. Mungkin ada yang ingin menyelamatkan hubungan tersebut seperti sediakala, tapi bagi aku perempuan yang sanggup bebuat begitu terhadap korang adalah perempuan jahat yang selama-lamanya adalah jahat dan keji. Pergi sajalah cari girlfriend atau isteri lain dalam hidup korang dan janganlah berbuat perkara yang bodoh semata-mata kerana perempuan keji seperti itu.
Stay KULS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam mr. bro
ReplyDeletebukan semua mcm tuh. suami aku suka bawa hp merata2 kemana saja dia pegi terutama ke shower n ehem ehem ehem (sakit perut le). pasal dia suka baca berita tru internet..
Ini untuk pompuan aje... Lelaki MEYMANG sangat setia... hehe...
ReplyDeleteLelaki memang lah sgt setia..dulu..kini..dan selamanyer..selalunyer terbukti..lelaki adalah makhluk paling jujur dan setia berbanding kaum perempuan....kenapa tetiba jer tekak aku ni terasa gatal ekkkk....hakkkttuiiiii...!!!!!!
Deleterasanya lelaki yg selalu mcm ni....huhuhu
ReplyDeleteTepat
ReplyDeleteSangat tepat dn pmpn mcm ni sepakkan aja ... hampir 80% perempuan melayu Malaysia /curang kajian fb ig dan wechat
ReplyDelete