Wednesday, 5 May 2010
Santau ini mainan anak haram
Baru-baru ini tatkala aku teringin merasa kuey teow yang sangat sedap di sebuah gerai di Parit Buntar, tiba-tiba kawanku yang kuajak sekali telah membantah. Aku dengan gaya tak berpuas hati ala Liam Neeson bertanya kepadanya akan sebab -musabab bantahan tersebut.
"Sekarang ni musim santau, yob. Dah dua orang mati." ujarnya. Aku bungkam. Dan akhirnya mengambil keputusan untuk makan di Nibong Tebal, Pulau Pinang yang cuma 8 kilometer sahaja dari Parit Buntar.
Aku pernah disantau. Ketika aku balik dari Sungai Petani selepas kes di mahkamah, aku menyinggah makan di suatu gerai bawah pokok kerana ramai orang di sana. Memang makanannya sungguh sedap. Yang tak sedapnya ialah di situlah ada anak haram mana entah pergi meng'hadoken' aku dengan santau angin tepat ke belakangku. Dan kawanku pula terkena tempiasnya kerana kami duduk mengadap satu sama lain.
Tatkala aku ingin mengurut secara tradisonal dengan abang Akob, barulah aku mendapat tahu yang aku ini telah disantau dengan jayanya oleh anak haram tersebut. Patutlah belakangku sakit dan bisa-bisa sampai dekat 2 minggu.
Terpaksalah aku berubat pula. Tak jadi mengurut yang lebih murah fee guamannya. Itu sebabnya aku panggil si penyantau tadi anak haram. Dah la bagi aku sakit, poket aku pun dia bagi sakit juga. Cuma yang bagusnya ialah sebaik sahaja aku selesai berubat, bisa santau angin tersebut akan dipulangkan kembali kepada si anak haram tadi yang juga merangkap tuannya. Aku harap dia akan terima balasannya 100 kali ganda lebih teruk daripadaku.
Aku nasihatkan kepada korang semua agar berhati-hati jika mempelajari ilmu kebatinan. Mungkin ia sebenarnya adalah suatu bentuk ilmu sihir yang mensyaratkan korang untuk menganiayai orang lain demi untuk mengelakkan ilmu tersebut memakan diri sendiri. Ilmu sihir adalah haram dan berdosa. Menggunakan ilmu sihir untuk menganiayai manusia lain akan menyebabkan korang diharamkan masuk syurga selama-lamanya. Tentu tak seronok tinggal dalam neraka selama seribu juta tahun, kan? Bayangkanlah jika korang terpaksa tinggal di neraka selama-lamanya sedangkan aku pula sedang berlazat-lazat di antara pusat dan lutut dengan bidadari :)
Stay KULS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
"aku pula sedang berlazat-lazat di antara pusat dan lutut dengan bidadari :)"
ReplyDeletehaha terbaik arr cik mie!!
Haha! Ini musti anak murid Young Padawan aku ni...
ReplyDelete