Thursday, 13 May 2010

Apabila Staf Cuba Mengakali Bossnya


Baru-baru ini aku mengambil keputusan untuk pergi sendiri ke pejabat tanah bagi urusan pindahmilik, melepaskan gadaian, gadaian dan permohonan kebenaran Menteri Besar untuk mencagarkan tanah. Alangkah terkejutnya aku bila mendapati bahawa terlalu banyak kesalahan yang dilakukan oleh kerani-kerani yang kononnya sudah berpengalaman selama 15 tahun lebih itu.

Aku berasa tidak berpuas hati dengan 'kedangkalan' mereka dan secara senyap-senyap aku memeriksa fail-fail kes hartanah (conveyancing) yang mereka kendalikan untuk mendapatkan kepastian. Alangkah terkejutnya aku sekali lagi (biasanya aku terkejut bila melihat aweks seksi tetapi hodoh) apabila mendapati kesilapan tersebut berulangkali telah dilakukan. Entah sengaja atau tak, Wallahualam. Tapi aku mengesyaki bahawa mereka sengaja. Ini semuanya agar mereka boleh berulangkali pergi ke pejabat tanah yang jauh-jauh bagi kes yang sama agar dapat membuat traveling claim beberapa kali.

Moral dalam cerita ini ialah sungguhpun kita ini memegang jawatan pegawai atau boss dalam jabatan atau syarikat, kita mesti tahu apa yang orang bawahan kita lakukan agar mereka tidak mengakali dan mempermainkan kita.Bayangkanlah apalagi taktik penipuan yang mereka telah gunakan demi untuk mendapatkan pendapatan sampingan haram daripada syarikat bossku. Menjadi orang atasan atau boss adalah suatu pengorbanan terhadap persahabatan kita dengan orang-orang yang dahulunya sama level dengan kita. Walau apapun kita buat untuk mengambil hati mereka, mereka tetap akan memijak kepala kita atau menjatuhkan kita jika mendapat peluang. Itulah lumrah manusia.

Jadi nasihat aku, biarlah korang menjadi boss yang dibenci asalkan syarikat tak rugi puluhan ribu ringgit akibat dipermainkan oleh kerani-keraninya.

Stay KULS :(

2 comments: