Tuesday, 6 July 2010

UPSR tolak PMR = BLUR

KULS 6/7/2010

Semakin rancak orang memperkatakan tentang cadangan penghapusan UPSR dan PMR sekarang. Aku tak pernah pun melalui peperiksaan UPSR atau PMR ni. Dulu aku ada Pernilaian Darjah 5 dan Sijil Rendah Pelajaran (SRP). Dan aku buat kedua-duanya dengan baik.

Aku tak nampak sebarang kebaikan untuk menghapuskan UPSR dan PMR ni. Dah la kedudukan universiti kita dalam dunia ni rendah macam ranking pasukan bolasepak negara ikut piawaian FIFA. Aku tak peduli pun kalau semua professor dalam negara ni marahkan aku. Tapi itulah hakikatnya. Universiti di Malaysia masih tak mampu masuk ranking top 10. Sekarang kita nak rendahkan lagi tahap pembelajaran bebudak sekolah. Jadi sorilah para pensyarah semua… kalau nak hentam aku, duduklah dalam top 10 dunia dulu.

Banyak buruk dari baiknya kalau hapuskan UPSR dan PMR ni. Dah la terlalu banyak hiburan di TV sekarang. Ada pulak Twitter dan Facebook semakin memburukkan keadaan. Bebudak sekolah dari umur 7 tahun sehingga 16 tahun tak perlu susah payah nak memajukan diri. Sepuluh tahun honeymoon years. Selepas Tahun 6 dan Tingkatan 3, apakah kelayakan nak masuk ke sekolah elit berasrama penuh? Senang aje, mana-mana budak pun boleh masuk asalkan bapaknya berpengaruh dan banyak duit, ya tak?

Mungkin lepas ni Akademi Fantasia akan diiktiraf sebagai salah satu Intitusi Pengajian Tinggi pulak. Ha!

Stay KULS.

2 comments:

  1. pada pendapat saya la, peperiksaan awam masih relevan utk diteruskan. sebabnya dengan peperiksaan inilah yg menjadi kayu ukur kepada tahap pencapaian setiap pelajar..tetapi, hanya berlandaskan dan berorientasikan peperiksaan sahaja tidak cukup untuk menilai prestasi dan kemampuan sso itu dalam pelajaran. mungkin sso itu bagus dalam menghafal, menjawab tetapi tidak pandai mengaplikasikan ilmu yang dipelajari itu mengikut konteks mudah yang boleh diterjermahkan dalam bentuk perbuatan dan sebagainya. bagi saya secara peribadi penambaikbaikkan sistem pembelajaran kita itu mesti dilakukan dengan cara memperkenalkan penilaian secara amali dan praktikal. sejajar dengan peperiksaan, barulah kita boleh nilai kecenderungan sso itu samada hanya pandai menulis dan menjawab sahajakah atau hanya pandai bercakap mengenai sesuatu, faham mengenainya dan boleh cuba melakukan dengan tunjuk ajar, latihan serta kreativiti sso itu mahupun kedua2nya..

    ReplyDelete
  2. The Venetian® Casino & Resort in Las Vegas - JTG Hub
    The Venetian® Casino & 출장샵 Resort is the 대구광역 출장샵 finest Las 포천 출장안마 Vegas casino resort experience. It offers 부산광역 출장안마 gaming, hotel 아산 출장마사지 and more.

    ReplyDelete