Thursday, 1 July 2010

Asmah Binti Hashim

KULS 30-06-2010

Asmah Binti Hashim telah kembali ke rahmatullah pada 29.6.2010.

Pada yang tidak mengenalinya mungkin menganggap pemergiannya itu suatu lumrah sahaja. Namun bagi sesiapa yang mengenali dan menyayanginya pula, ianya adalah suatu kehilangan yang sangat besar.

Beliau yang mesra kupanggil sebagai Kak Asmah adalah sahabat baik kakakku. Namun kami semua menganggapnya sebagai ahli keluarga sendiri. Beliau mempunyai perwatakan yang tenang dan setiap masa bertutur dengan lembut. Tak pernah aku melihatnya marah atau meninggikan suara. Malah kakakku tak pernah walau sekalipun menceritakan keburukannya kerana Kak Asmah memang sifat dirinya adalah seorang yang baik.

Mungkin kerana itu jugalah Allah lebih menyayanginya daripada kami semua dan mengambil Kak Asmah daripada kami untuk kembali ke pangkuanNya. Kami semua redha dengan takdir tersebut sungguhpun bertangis hiba untuk melepaskannya. Semoga Allah menempatkan Kak Asmah di kalangan orang-orang beriman dan bertaqwa serta mencucuri rahmat yang melimpah ruah ke atas rohnya.

Aku memohon dengan rendah diri agar sesiapa yang membaca artikel ini dapat menyedekahkan Al-Fatihah kepada kakak kami ini.

Al-Fatihah…

No comments:

Post a Comment