Thursday, 24 June 2010

Perkara Cool Yang Tak Cool Sebenarnya

KULS 2010-06-24


Pernah tak korang melakukan sesuatu yang korang ingat ianya bagus dan membuatkan korang nampak cool. Tapi akhirnya ia menyusahkan korang. Berikut aku senaraikan perkara-perkara yang korang rasa cool tapi sebenarnya tidak :

1) Membeli kereta mewah second-hand dengan harga murah.

Memang glamer dan cool la korang melaram bersama BMW 5 Siries yang dibeli dengan harga dalam RM40 ribu sahaja. Tapi bila tiba masanya untuk membayar insurans dan cukai jalan, mulalah korang menggaru kepala kalau gaji korang setakat RM3,000 sebulan. Itu belum lagi nak dikira dengan maintenance dan alat gantinya. Mau berak berdarah nanti sebab tension! Haha!

2) Minum arak satu jag depan aweks

Seronoknya bila pergi clubbing nengok awek menyanyi dan menggesel badan kat korang, kan? Lagi seronok sebab ramai awek-awek yang seksi datang clubbing di situ juga. Jadi pasal nak nampak hype dan cool, korang pun mentedarah arak sebanyak-banyaknya walhal nak minum teh pun takut kembung perut. Korang rasa minum arak masa clubbing cool ke? Tentulah tak. Apa yang cool-nya bila termuntah-muntah, jalan terhoyong-hayang, silap gaya terkencing dalam seluar, buat perkara-perkara yang bodoh dan memalukan sebab tak ingat dunia dan mungkin mati dalam kemalangan jalanraya?


3) Menyertai kumpulan samseng

“You live by the sword, you’ll die by the sword”. Gitulah pepatah yang mengatakan bahawa orang yang hidup dalam keganasan akan mati mengikut resmi haluan hidupnya itu. Aku ni peguam dan aku dah banyak tengok individu yang join kumpulan gangster ni nasib mereka akan berakhir dengan cara yang tidak baik. Tau tak bahawa sebaik saja korang menyertai kumpulan samseng, maka nama korang akan juga terdapat dalam senarai polis cawangan kongsi gelap tanpa korang sedari? Maknanya? Maknanya kalau kumpulan gangster korang tu didapati membahayakan keselamatan negara, maka korang akan ditangani dengan ‘extreme prejudice’. Jadi geng yang paling selamat nak korang join ialah ‘Geng Harimau’. Tau tak siapa Geng Harimau? Polis la… Haha!


4) Beli handphone terkini yang baru keluar di pasaran

Nokia Dragonball Z Siries dah keluar! Dengan lintang-pukangnya korang bergegas ke kedai handset berhampiran dan segera membelinya. Tak kisahlah dengan harganya iaitu RM2,000 sahaja itu. Asalkan korang boleh nampak cool. Sayangnya sebulan kemudian, ada lagi Nokia baru yang lebih cool dan hype keluar di pasaran. Empat bulan kemudian korang dapati Nokia yang korang beli tu harganya dah jadi RM1,800 saja. Enam bulan kemudian dah jadi RM1,500 sahaja. Tak sampai setahun lepas korang beli, harga handset yang korang beli sebanyak RM2,000 itu dah jadi RM999 aje. Bila korang merungut pada kawan-kawan, mereka cuma akan tersenyum kambing. Eleh, tengah mengutuk korang dalam hati le tu!

5) Memandu sangat laju di highway

Bagi aku, orang yang layak memandu sedemikian rupa adalah orang-orang yang memiliki kereta mewah sahaja. Kenapa? Sebab yang paling utama ialah mereka ada banyak duit dan tak kisah untuk membayar saman atau kompaun. Kalau korang ada masalah bajet untuk membayar saman speed-trap, tak usahlah nak mengikut nafsu golongan kaya ni. Sebab yang kedua ialah kereta mewah adalah lebih stabil dan selamat. Ciri-ciri keselamatannya juga adalah seratus kali lebih baik dari kereta Wira mekap Evo korang. Bila kemalangan, peratusan untuk cedera parah atau mati adalah jauh lebih rendah daripada korang. Lagipun bagi aku hanya Ferrari, Lamborghini dan Porsche sahaja yang nampak cool dan supreme bila memotong keretaku dengan kelajuan 220 km sejam di highway. Kalau Wira mekap Evo tu aku gelak ajelah!

Stay KULS!

No comments:

Post a Comment