KULS 2010-06-22
Tak lama dulu aku terbaca kisah seorang mekanik beragama Islam yang membunuh dirinya kerana terlalu sedih akibat bercerai dan anak-anaknya pula dibawa pergi oleh si isteri. Aku cukup bersimpati dengan nasib si mekanik itu yang malang di dunia dan di akhirat. Aku juga melalui zaman keruntuhan rumahangga. Jadi aku cukup memahami apa yang kebanyakan lelaki bercerai atau berpisah lalui.
Pun begitu, janganlah terlalu bersedih sehingga membuat perkara-perkara yang bodoh seperti melanggar bekas isteri korang pulak. Apabila isteri korang meminta cerai dan menyeret korang ke mahkamah, perkara pertama yang korang perlu buat ialah pergi challenge kes itu di mahkamah syariah. Biasanya kes ini akan berlarutan bertahun-tahun lamanya dan lambat-laun pasti isteri korang akan beralah untuk beberapa perkara termasuklah hak penjagaan anak. Dengan itu korang akan dapat berjumpa dengan anak korang dan tak perlu membunuh diri sebab terlalu sedih dan tension. Kalau bernasib baik, mungkin isteri korang akan bersama korang semula. Tapi kalau dia nak bercerai juga, memang itulah takat jodoh korang. Pun begitu selama korang berpisah dan bercerai, buatlah perkara-perkara berikut agar korang tak jadi sewel :
1) Dekatkanlah diri dengan Tuhan. Dengan siapa lagi kita nak mengadu, ya tak? Lagipun masa aku berpisah dulu, setiap kali selepas bersolat aku akan membaca surah Yaasin untuk menenangkan jiwaku. Memang berkesan. Malah hidupku dipermudahkan dengan cara yang tak disangka-sangka.
2) Tonton filem atau cerita-cerita televisyen yang berbentuk komedi atau romantik happy ending. Jangan pulak tengok cerita Titanic atau yang jenis-jenis sedih tu. Nanti korang lagi tension. Masa aku berpisah dulu, aku pi bantai menonton cerita kartun “Ah My Goddess!” kat DVD. Cerita komedi romantik tentang seorang dewi yang terpaksa hidup dengan seorang lelaki loser tapi baik hati sebab lelaki loser ini membuat hajat agar dewi tu hidup bersamanya. Mungkin ini suatu escapism berbentuk sementara, tapi ianya memang berkesan untuk merehatkan otak korang buat sementara waktu dari asyik memikirkan perkara-perkara yang tension.
3) Luahkan kesedihan korang kepada famili dan kawan-kawan. Mungkin mereka tak dapat menolong banyak atau langsung tak dapat menolong. Tapi sekurang-kurangnya korang pasti berasa lega kerana kesedihan korang dapat diluahkan dan tak terbuku di dalam hati. Apapun, jangan terima nasihat orang yang tak pernah melalui perpisahan atau perceraian. Mereka hanya pandai cakap saja dan tak lalui kesedihan seperti yang korang lalui.
4) Pergi ke tempat-tempat yang tak pernah korang dan isteri lawati atau buat aktiviti-aktiviti yang tak pernah korang atau isteri korang selama ini. Kalau korang pergi ke tempat yang pernah isteri pergi bersama, nanti korang tangkap syahdu pulak sebab teringat kenangan silam yang indah bersamanya. Aku dulu pergi ke Melaka dan Cameron Highlands. Aku dapat melalui pengalaman baru dan tak teringat apa-apa kenangan sedih pun. Aktivti-aktiviti baru pulak korang boleh buat yang jenis happy dan memerlukan banyak tenaga fizikal yang menguatkan emosi korang seperti berjogging, tai-chi, pocho-pocho, kayaking, panjat Gunung Kinabalu dan lain-lain. Buatlah aktiviti-aktiviti tersebut dengan kawan-kawan korang. Lebih fun dan happy.
5) Carilah kawan-kawan perempuan. Bukan untuk dibuat kekasih. Jangan cepat sangat mencari gofren. Nanti korang akan lebih tension dan dia pula akan kecewa. Berkawanlah saja macam kawan-kawan lelaki korang. Ini adalah untuk boost ego korang sebab bila ditinggalkan isteri, korang rasa macam semua pompuan bencikan korang atau semua pompuan adalah berperangai teruk macam bini atau ex korang juga.
6) Akhir sekali, berjumpalah dengan pakar psikologi kalau korang masih tak dapat mengatasi kesedihan dan penderitaan korang itu. Aku pun pernah rasa tak guna dan rasa nak mati dulu. Tapi aku ambil keputusan untuk berani mengharungi hidup ini walaupun dihina dan dicerca oleh orang lain. Apa yang mengejutkan ialah lebih banyak yang bersimpati dan menyokongku. Jadi aku berani jamin ramai orang yang akan menyokong dan menyayangi korang jua. Jadi janganlah membuat perkara bodoh atau pengecut seperti mengambil nyawa sendiri.
Stay KULS.
Thumbs up. :)
ReplyDeletegood one.....tambah lagi, main la dengan robot2 mainan, tengok kartun, melukis, tengok cermin (dan buat2 terkejut betapa hensemnye rupa sendiri), buat lawak dengan semua orang termasuklah auntie cleaner kat pejabat, pergi karaoke nyanyi lagu yang kompem tak boleh nyanyi,pergi show room kereta Naza dan belek2 Ferrari sambil berharap boleh merasa test drive, pergi kat section toys kat pasaraya besar, telephone operator telekom ajak bersembang malam2 dan last sekali, pergi masjid dan berborak dengan pak imam.
ReplyDeletei just love u atoi!!!.. the way u r..
ReplyDelete