Wednesday, 16 June 2010
Pemandu Cacat di Jalanraya
Masa aku kecil-kecil dan agak comot dulu, kadang-kala aku boleh ternampak pelekat di belakang kereta yang tertulis “Awas Pemandu Cacat”. Sekarang perkataan ‘cacat’ tu agak menghina dan tidak lagi sesuai digunakan. Pelekat yang sering kita boleh nampak di belakang kereta sekarang ialah “Awas Pemandu OKU”. Lebih sedap bunyinya.
Pun begitu, sebenarnya masih ada pengguna jalanraya yang layak dipanggil “pemandu cacat”. Dan berikut adalah cara-cara mengenali “pemandu cacat” ini:
1) Si pemandu yang memotong barisan di plaza tol atau di perhentian lampu isyarat. Alasannya ialah kerana nak cepat. Habis, orang lain tu saja suka-suka memandu makan angin ke?
2) Si pemandu yang melekatkan pelekat Al-Quran di cermin bahagian belakang kereta dan memakai kopiah tapi memandu kereta macam orang mabuk wiski. Spesis pemandu cacat ini langsung tak menghiraukan keselamatan orang lain dan diri sendiri. Gamaknya dia rasa tak sabar-sabar nak ke syurga kot?
3) Si pemandu yang memandu perlahan di lorong kanan di lebuhraya. Lagi teruk dalam masa yang sama sedang bertelefon tanpa menggunakan handsfree. Kereta yang dipandu pula melelong ke kiri dan ke kanan.
4) Si pemandu (atau penunggang) yang dari simpang terus masuk ke laluan utama tanpa berhenti. Kita pulak yang kena berhenti. Bagi si cacat jenis ini, ingatlah bahawa lambat-laun pasti kenderaan korang akan disambut dengan mesra oleh lori yang tak sempat membrek untuk korang. Dan semua orang boleh tengok masa itu betapa kecilnya otak korang yang bertaburan di atas jalanraya.
5) Si pemandu (atau penunggang) yang tak bagi lampu signal untuk membelok dan dengan selamba membelok sedangkan kita terpaksa berhenti sebab takut kalau-kalau pemandu cacat tadi jalan terus. Rupa-rupanya dia corner tanpa bagi signal. Bagi si cacat sebegini, biasanya aku akan akan membunyikan hon untuk membuatnya memandang ke arahku. Dan kemudian aku akan memberikan ‘bad motto finger’ kepadanya. Isyarat lucah la…
6) Akhir sekali pemandu yang paling buruk perangainya ialah pemandu yang memarkir di tempat parkir Orang Kurang Upaya (OKU) sedangkan beliau tak layak berbuat demikian. Inilah pemandu cacat gred terendah sekali pada pandanganku.
Jadi elakkanlah diri anda dari menjadi pemandu cacat yang sangat dibenci.
Stay KULS.
Labels:
bad motto finger,
KULS,
OKU,
syurga
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment