
Apa yang perempuan mahukan daripada kita? Entahlah... mereka ini spesis yang menakjubkan sebenarnya. Perempuan la satu-satunya makhluk yang mahukan kita kaum lelaki ni memahami apa yang mereka mahukan tetapi mereka tak mahu memberitahu kita apakah yang mereka mahukan.
Namun janganlah risau wahai saudara-saudara seperjuanganku. Berdasarkan hasil kutipan data statistik lipstik, berikut adalah perkara-perkara yang perempuan mahukan daripada kita kaum lelaki ini :
1. Jawab SMS mereka dengan segera. Atau kalau mereka
missed call korang, maka segeralah menelefon isteri atau
gofren korang. Semakin lama masa yang
korang ambil untuk membalas SMS atau
missed call mereka, semakin kuatlah prasangka mereka bahawa
korang tak lagi menganggap isteri atau
gofren korang itu penting dalam hidup
korang.
2. Pandang mereka dengan pandangan penuh makna dan berikan senyuman manis
korang. Kalau lebih baik pujilah mereka. Perkara ini mestilah tiada bersebab dan dibuat dengan spontan. Perempuan sangat sukakan perkara spontan yang menguntungkan mereka.
3. Berpakaianlah dengan kemas dan menarik untuk isteri dan
gofren korang. Bukan setakat di luar rumah saja. Dalam rumah pun begitu juga. Perempuan sangat suka kalau suami atau
boyfriend mereka kerap membuat sesuatu untuk
impress mereka. Mereka berasa dihargai dan bernilai. Lagipun berpakaian kemas dan menarik (atau seksi) mampu merangsang nafsu isteri
korang jauh lebih baik dari berpakaian seperti pak cik di kebun sayur Cameron Highlands.
4. Ingatlah tarikh-tarikh penting seperti tarikh lahir mereka, tarikh bertunang dan tarikh berkahwin. Kalau
korang terlupa, samalah seperti
korang tak menganggap isteri dan
gofren korang adalah penting dalam hidup
korang. Lagi baik kalau
korang dapat mengingati perkara-perkara yang remeh seperti kali pertama bercium, apa yang dia pakai kali pertama
korang berdating dan sebagainya.
5. Bawalah
gofren atau isteri
korang untuk aktiviti-aktiviti yang di luar dari kebiasaan. Memanglah mereka seronok
bershopping atau makan di
café yang cantik bersama
korang. Tapi sekali-sekala ubahlah gaya
berdating korang tu seperti membawa dia ke stadium bagi perlawanan bolasepak. Ataupun pergi ke konsert artis yang terkenal. Atau berbasikal di taman rekreasi. Tentu mereka berasa seronok dan berasa dihargai.
6. Berbaik-baiklah dengan teman rapat mereka. Dan lebih bagus lagi jika
korang dapat berbaik-baik dengan keluarga mereka. Bagi yang belum berkahwin,
gofren korang pasti berasa sangat gembira jika
korang mahu datang berjumpa dengan ibu bapa serta adik-beradiknya. Ia memberi
impression bahawa
korang bukan sahaja anak jantan yang berani, malah serius dalam perhubungan
korang berdua.
7. Akhir sekali, cubalah setiap kali
korang buatkan mereka berasa mereka ini sangat istimewa pada
korang. Perempuan sangat suka dianggap istimewa di mata dan hati orang yang mereka sayangi. Jadi kata-kata pujian dan ucapan penghargaan perlulah diungkapkan dengan sekerap mungkin. Dengan itu mereka tak akan mencari pasal untuk meleteri kita kalau kita membuat sesuatu yang mereka tidak suka.
Stay KULS!