Fed-up betul aku bila para penternak ayam sekali lagi menaikkan harga ayam dengan pelbagai alasan bodoh. Aku tengok kementerian yang berkaitan memang tak akan membantu pengguna punyalah. Paling baik yang diorang buat ialah membiarkan Tesco menjual ayam-ayam dengan harga murah demi untuk mengajar para penternak tersebut. Kenapa, korang tanya? Kalau korang perasan katakanlah para penternak menaikkan harga ayam dari RM6.00 ke RM8.00 sekilo. Kemudian rakyat bising. Kemudian kementerian berkenaan TERPAKSA berunding dengan penternak dan akhirnya "BERJAYA" menurunkan ke harga RM7.00 sekilo. Alah, itu memang taktik. Sebenarnya memang itulah harga yang diorang nak naikkan.Aku sarankan agar kita berkongsi dengan jiran sepakat membawa berkat untuk menternak ayam. Kita boleh bela sampai besar, biakkan, hasilkan makanan dan sembelih. Tak payah lagi kita beli ayam-ayam daripada kapitalis-kapitalis tak beretika tersebut. Atau untuk Raya Puasa ini kita makan je la ketupat dan lemang dengan sambal kacang dan serunding ikan bilis. Pergi mampuslah dengan ayam-ayam. Aku percaya kalau 2-3 kali raya kita ajar mereka, tentu para penternak tersebut akan tunduk dengan harga yang kita minta, dan bukannya harga yang kementerian "BERJAYA" dapatkan untuk kita.
Stay KULS.









Beberapa hari lalu semasa berada di Ipoh, aku pergi menemani ibuku ke pasar di Gunung Rapat. Kawasan tersebut menjadi sangat sesak ekoran Majlis Bandararaya Ipoh membiarkan saja peniaga-peniaga haram berniaga di luar pasar iaitu di jalan raya. Aku dapat tahu bahawa Datuk Bandar berasa bengang kerana para peniaga di dalam pasar tersebut enggan keluar berpindah dari situ untuk projek menaiktaraf pasar tersebut. Para peniaga di dalam pasar tersebut pula mempunyai alasan tersendiri iaitu design bangunan yang baru akan merugikan bisnes mereka. Lagipun para peniaga di luar juga akan diberi lesen untuk berniaga selepas pasar baru siap. Mereka menuduh MBI cuba mengaut keuntungan lebih tanpa mempedulikan kebajikan mereka.