Thursday, 23 May 2013

Adam Adli Adiwira?

Yaa... kecoh betul dengan Adam Adli ini. Ada orang yang menyokong perbuatannya dan ada yang tidak. Tapi aku inginlah memberikan sedikit tips untuk kerajaan demokrasi terpimpin ala Abdul Wahib sungguhpun mereka tak teringin pun nak membaca blog kechil-ku ini.

Pertamanya, orang muda seperti Adam Adli sangat suka menjadi popular dan impiannnya dah tercapai sekarang. Terima kasih, kerajaan... mungkin itulah ucapan dalam benaknya kerana kerajaan cukup bertimbangrasa menunaikan permintaan beliau. Orang muda sebaya Adam Adli semuanya berangan-angan mahu menjadi popular. Jadi ada yang masuk pertandingan Akademik Mentol Fantasial Binatang Mencari Binatang untuk popular. Ada juga yang seperti Adam Adli yang ala-ala Rajinikanth (Superstar Rajni!) menentang kerajaan yang pada persepsinya adalah korup dan zalim. "Apa lagi yang golongan muda ini mau?" teriak kita selepas melihat headline bongok "Apa lagi yang Cina mau?" pada suatu hari yang ber-tsunami.

Jawapannya adalah sangat jelas dan wujud dalam setiap diri kita tatkala di zaman muda remaja dolu-dolu. Mereka mahukan populariti agar disanjungi rakan-rakan sebaya dan bonus kalau disanjungi golongan yang lebih senior. Mereka mahu sain autograf dan bergambar bersama-sama para peminat mereka. Mereka mahu ribuan likes dan comments pada status Facebook mereka. Dan yang paling utama ialah mereka mahu digilai oleh gadis-gadis rupawan yang membuatkan diri mereka menjadi cool serta macho.

Adakah tindakan yang kerajaan ambil terhadap Adam Adli berkesan setakat ini? Ya, jawapannya. Tapi untuk dia dan bukannya kerajaan. Kerajaan terus dikutuk dan diperlekehkan hatta hingga ke medan antarabangsa tetapi Adam Adli akan disambut bagaikan seorang Adiwira. Tak lama dulu aku ada terbaca tentang tokoh penentang kerajaan bernama Che Guerra. Tak ada siapa yang kenal tokoh-tokoh pemimpin kerajaan yang ditentang oleh Che Guerra tetapi generasi sekarang semuanya kenal Che Guerra, memakai baju-T yang mempunyai gambarnya dan menjadikan beliau ikon mereka. Aku tak terkejut kalau Che Guerra juga adalah ikon Adam Adli. Eh, pak-pak menteri ni tak baca ke newspaper yang mereka miliki?

Adakah Adam Adli selepas dibebaskan nanti akan menjadi takut dan tak berani lagi membuat hal? Hmm... Para peminat, sanjungan, populariti, cool, macho, ikon dan aweks....

Anda semua pun tahu akan jawapannya!

Stay KULS...

No comments:

Post a Comment