Sunday, 27 February 2011

Misteri Hantu kak Limah Balik Rumah



Bagi pencinta filem tempatan, tentu korang sudah menonton filem Hantu Kak Limah Balik Rumah beberapa kali. Malah aku berani jamin bahawa hampir 70 peratus warga Malaysia berbangsa Melayu juga pernah menonton filem tersebut. Selepas menontonnya bersama tunangku, aku membeli pula DVD cerita tersebut. Manakala tunangku pula sanggup subscribe cerita Hantu Kak Limah di Astro dan terbahak-bahak bersama famili tercinta. Aku dah menonton Hantu Kak Limah di DVD buat kali ketiga. Dan aku dapati sememangnya cerita ini sebenarnya sangat mengerikan. Berikut adalah penemuan-penemuan yang mengerikan tersebut :

1. Abi Hurairah (lakonan Johan Raja Lawak) dan si pondan berkerusi roda bernama Usop lakonan Shy8 dalam filem tersebut tinggal bersama. Dua-dua pun tidak berkahwin dan Abi Hurairah begitu setia melayani Usop pondan yang mengada-ngada tersebut. Malah Abi Hurairah yang begitu rock kapak itu begitu menyukai lagu Solei-solei dan menari-nari ala gay sebelum makan mee segera Singapura yang dibelikan oleh Usin. Sahih mereka berdua itu bersekedudukan dan menjalani perlakuan seks yang sumbang.

2. Dalam insiden pertama di Kampung Pisang, penduduk kampung menjadi zombi kerana termakan bahan kimia berbahaya. Mereka kemudiannya sembuh sebab diberikan rawatan. Tetapi ramai di antara mereka membunuh dan dibunuh dengan kejam oleh rakan-rakan sekampung mereka sendiri. Antara yang paling banyak membunuh ialah anak si Mamat yang asyik membawa senapang. Namun beliau tidak ditangkap dan ditempatkan di sekolah Henry Gurney. Kini beliau masih membawa senapang ke sana-sini dengan wajah yang sangat dingin seperti seorang pembunuh bersiri. Mungkinkah anak si Mamat tersebut masih dahagakan darah dan mencari-cari peluang untuk membunuh lagi?

3. Musalman memberitahu bahawa orang gaji Indon yang digajikan untuk menjaga ibunya (Kak Limah) yang sakit mental telah mati akibat sakit jantung. Namun aku mempunyai beberapa teori yang mengerikan iaitu :

a) Kak Limah sendiri yang telah membunuh orang gaji Indon tersebut, atau

b) Kak Limah yang tak dapat menguruskan dirinya sendiri dan tak dipedulikan oleh orang-orang kampung telah memakan daging mayat orang gaji Indon tersebut untuk meneruskan hidupnya, atau

c) Musalman telah merogol dan membunuh orang gaji Indon tersebut dan kemudian lari bersembunyi di Kuala Lumpur buat sementara waktu.

4. Kak Limah mungkin menjadi gila sebab dipukul dan didera oleh anaknya Musalman semasa Musalman menjadi penagih dadah. Atau mungkin menjadi gila kerana melihat Musalman yang telah merogol dan membunuh orang gaji Indon tersebut.

5. Atenden hospital (yang juga penduduk Kampung Pisang) bersubahat dengan penduduk di situ untuk membuang atau menyembunyikan mayat amah Indon tersebut di tempat lain. Itu sebabnya tiada polis datang untuk membuat siasatan selepas itu. Dan beliau asyik menyebut orang-orang Kampung Pisang yang melakukan kemungkaran dan bala yang menimpa kampung tersebut. Mungkinkah terdapat konspirasi yang sangat mengerikan di sebalik kematian amah Indon, Ayu (yang didakwa terlibat dalam kemalangan) dan Che Nin (yang didakwa meninggal sakit sebab patah hati)?

Misteri... Misteri yang mengerikan...

Stay KULS.