Friday 30 July 2010

Perkara-perkara yang pantang bagi seorang lelaki

Dipetik dari artikel di akhbar Kosmo! 30/7/2010

Perkara-perkara yang pantang bagi seorang lelaki :

Bila gofren atau isteri kita menceritakan bahawa ada lelaki meminatinya; lebih-lebih lagi kalau dia adalah ex-boyfriend gofren atau isteri kita.

Bila gofren atau isteri memusuhi ibu kita secara terang-terangan. Confirm kita akan menyebelahi ibu kita.

Bila gofren atau isteri kita melakukan perbuatan curang. Besar kemungkinan kita akan putuskan hubungan atau ceraikan saja isteri kita yang sundal itu.

Bila isteri kita mencemuh secara sengaja atau tak kelelakian kita di atas ranjang. Kita pasti akan cari perempuan lain untuk memuaskan nafsu kita dan tak pedulikan isteri kita lagi. Memang seratus peratus confirm.

Bila gofren atau isteri kita mencemuh impian atau pekerjaan kita. Kita pasti akan cari wanita lain yang menyokong impian serta karier kita. Bila kita berjaya, isteri atau gofren kita itu akan diketepikan dan kita hanya akan berkongsi kejayaan dengan wanita yang sebelum ini menyokong kita.

Bila isteri kita meminta cerai atau atau gofren kita minta berpisah. Kalau minta juga, kita akan bagi. Tapi selama-lamanya kita tak akan menerima perempuan macam ini kalau mereka nak rujuk kembali.

Bila gofren atau isteri kita membandingkan pendapatannya dengan pendapatan kita. Kita mungkin akan menyimpan dendam dan silap gaya akan mensabotaj karier gofren atau isteri kita.

Bila gofren atau isteri kita bercerita tentang hal hubungan yang bersifat peribadi dengan kawan-kawan lain. Kalau kita dapat tahu, kita pasti akan tak mempercayainya selama-lamanya dan enggan berkongsi apa-apa lagi perkara dengan mereka.

Stay KULS

Yang KULS dan tak KULS

Yang KULS :

Tahniah ahli Petronas Adventure Team kerana telah membantu meringankan beban Nenek Inchot yang sangat daif di Kampung Sungai Jai, Baranang Negeri Sembilan. Nenek Inchot yang berumur 77 tahun terpaksa bekerja sebagai pencuci pinggan mangkuk di sebuah warung yang menjual sarapan pagi dengan upah RM3 sahaja sehari. Dengan duit sebanyak itulah beliau membelikan makanan untuk cucu-cucunya seramai 5 orang.

Juga tahniah kepada pihak sekolah yang membenarkan cucu-cucu beliau bersekolah secara percuma demi masa depan mereka.

Juga tahniah kepada jiran-jiran, pihak berkuasa tempatan, syarikat korporat dan NGO yang menghukurkan bantuan untuk meringan bebannya.


Yang tak KULS :

JKK kampung di situ. Apa yang diorang buat?

Baitulmal. Apa, pegawainya nak tunggu orang miskin datang ke pejabat ke baru nak bagi bantuan?

Wakil rakyat di daerah tersebut. Nampak macam tak minat nak buat projek akhirat aje.

Pemilik warung tersebut. Bagilah banyak sikit. Barulah Allah permudahkan rezeki kamu.

sumber : Kosmo! 30/7/2010

Stay KULS

Thursday 29 July 2010

Gadis Coke Yang Seksi Peningkan Kepala

Info-dump yang sangat berguna dan perlu diambil perhatian :

Belacan yang mengandungi Rhodamine B boleh menyebabkan penyakit kanser. Kalau belacan yang korang beli berwarna pink (merah jambu), periksa kandungan yang tertera pada labelnya.

Minuman 3 dalam 1 kebanyakannya mampu mendedahkan kita pada risiko 60 jenis penyakit. Jangan minum selalu, tau?

Elakkan membuat pelaburan dalam ikan hiasan (arowana) atau burung walit (sarang burung layang-layang) kerana berisiko besar dan mungkin suatu skim penipuan. Kalau boleh, pergi kursus dan buat sendiri.

Minum kopi atau minuman berkafein terlalu kerap boleh menyebabkan selalu sakit kepala. No coke :)

Kerapkan pengambilan pati minyak ikan sebab ia dapat mencegah penyakit jantung dan kanser; tambahan selepas menopaus.

Rajin memakan coklat gelap (dark chocolate) akan melindungi kerosakan sel-sel otak.

Kalau boleh elakkan mandi-manda di kawasan air bertakung atau lubuk kerana takut terkena keracunan air kencing tikus hutan yang boleh membawa maut.

Stay KULS

Wednesday 28 July 2010

Kita sedar kita bukan muda lagi bila…

Kita berasa gayat atau takut nak terjun dari tingkat satu ke tanah walaupun dulu sap-sap soi aje.

Kita tak faham slanga-slanga pemuda sekarang seperti ‘sengal’, ‘petik’, ‘bai’ dan sebagainya. Sebaliknya bila kita cakap ‘wa caya lu’, diorang gelakkan kita pulak…

Bila kita pergi clubbing kita bukannya nak menari atau mengayat gadis-gadis seksi di situ tetapi lebih suka memerhatikan tingkah-laku mereka macam nak buat research untuk filem Melayu pulak.

Kita benci mendengar lagu-lagu moden zaman sekarang dan menuduh mereka ini tak original serta tak sehebat lagu-lagu dulu.

Kita lebih tertarik kepada perempuan yang berumur 26 tahun ke atas dan bagi kita perempuan dalam umur 30’an adalah sangat cantik.

Bila kita ke Thailand, kita bukannya teruja nak mencari Levi’s tiruan tetapi lebih teruja nak mencari perempuan. Hehe…

Kita dah tak faham tentang program atau software komputer yang baru dan kalau ada masalah sikit kita hantar aje ke kedai untuk repair.

Kita malas nak naik motorsikal atau bas untuk pergi ke suatu destinasi; sebaliknya asyik nak gunakan kereta.

Kita tidak lagi atau berasa malu nak membeli majalah-majalah berbentuk ringan seperti URTV da Mangga.

Kita sibuk meminta kawan atau adik kita membuka akaun di Facebook untuk mencari kawan-kawan lama bagi membuat ‘reunion’. Haha!

Stay KULS.

Pendera Bayi Adalah Pengecut

Benci betul bila aku terbaca kisah bayi yang asyik didera oleh orang dewasa. Aku rasa dah tiba masanya kita buat pendekatan yang sangat radikal untuk menghapuskan budaya sebegini. Janganlah buat klip video gambar bebudak didera dengan lagu-lagu sayu yang meruntun hati orang yang sayangkan budak. Kita bukannya nak siksa diorang. Yang jahat menyiksa bebudak ni tak pedulikan langsung benda sia-sia tersebut.

Masa aku belajar bab hukum Hudud dulu, aku dapat tahu bahawa hukumannya sangat menakutkan sebab ia memang untuk menakutkan manusia. Hudud adalah dalam bahasa Arab bermaksud ‘had’ atau batasan. Jadi hukum hudud dibuat untuk membataskan manusia daripada membuat kejahatan. manusia hanya akan membataskan dirinya untuk membuat kejahatan kalau dia berasa takut untuk melakukannya. Itu sebabnya hukuman hudud adalah menakutkan.

Jadi, untuk pesalah yang mendera kanak-kanak atau bayi ini, eloklah kita bataskan kejahatan mereka dengan hukuman yang menakutkan. Mereka ini pembuli dan pembuli ini sebenarnya adalah penakut. Berikut adalah cara-cara untuk menakutkan mereka :

1) Pinda undang-undang agar pendera jenis ini wajib disebat secara mandatori dengan 10 kali sebatan.

2) Hukuman sebat tersebut mesti dilakukan dikhalayak ramai atau disiarkan di televisyen. Pergi mampuslah dengan hak kemanusiaan mereka. Macam mana dengan hak baby yang mereka pijak dan tendang?

3) Selepas itu kesemua harta mereka akan dirampas dan dijual. Duit hasil jualan tersebut akan disimpan oleh kerajaan sebagai pemegang amanah dan akan diberikan kepada kanak-kanak atau bayi yang didera tersebut sebagai pampasan.

4) Gubal undang-undang agar pesalah jenis ini dipenjarakan dengan tempoh mandatori selama 5 tahun. Selepas dibebaskan, mereka dibuang daerah atau dikenakan sekatan untuk pergi ke daerah di mana kanak-kanak atau bayi tersebut berada selama 7 tahun. Dengan ini kanak-kanak atau bayi tersebut akan sempat membesar dan mampu mempertahankan dirinya kalau pesalah tersebut mahu membalas dendam.

Stay KULS.

Tuesday 27 July 2010

Diabetis Tanpa Batasan

Akhbar Kosmo bertarikh 27/7/2010 telah menyiarkan berita bahawa minuman 3 dalam 1 boleh mendatangkan penyakit diabetis jika kerap diminum. Aku pernah minum minuman 3 dalam 1 ni. Jenis kopi yang menjanjikan kecergasan tanpa batasan. Setiap kali aku nak memandu ke destinasi yang jauh, pasti aku menogok dengan penuh iltizam menatang tersebut. Memang badan aku rasa cergas dan tak mengantuk sepanjang perjalanan. Namun kemudiannya bila aku tak minum dalam sehari, maka tubuhku yang mungil dan seksi itu berasa sangat lemah dan asyik nak tidur. Kuat betul ubat dalam kopi tersebut.

Jadi aku berhenti meminum kopi 3 dalam 1 tersebut dan menggantikannya dengan vitamin B-Complex pulak. Walaupun cara semulajadi ini lambat, tapi bila aku makan setiap hari badan aku rasa cergas secara semulajadi dan taklah cergas dan penat secara ekstrem macam yoyo.

Kini aku membancuh kopi sendiri dan membawanya dalam perjalanan. Kopi bancuhanku pekat dan kurang manis. Tapi biasanya aku akan minum sebelum bertolak sebab kesan kopi secara semulajadi untuk bertindak dalam badan kita ialah lebih kurang 30-40 minit selepas minum. Lagipun aku dapat berjimat dan menjaga kesihatanku. Kan bagus. Inilah baru win-win situation.

Stay KULS

Tuesday 20 July 2010

Internet Porno Hanyalah Idea Sahaja

KULS 20-07-2010


Aku agak skeptikal dengan saranan Tun Mahathir agar bahan porno dalam internet disekat. Alasannya kerana ianya menggalakkan berlakunya seks bebas dan pembuangan bayi yang berleluasa. Heh! Heh! Bagiku saranan itu adalah bagus tapi ianya hanyalah sebahagian kecil untuk menyelesaikan masalah tersebut. Ianya tak ubah macam menaikkan cukai rokok dan tembakau. Harga rokok naik melambung macam manapun si perokok tetap akan membelinya. Kerana apa? Kerana rokok tetap ada dan dijual. Internet lucah bagaikan suatu idea untuk melakukan maksiat dan seks bebas. Jadi perkara yang merealisasikan idea tu la yang patut dihapuskan. berikut adalah perkara-perkara tersebut :

1) Semua perniagaan jenis clubbing patut ditutup. Kat sana ada jual arak, ecstacy dan penuh dengan bohsia yang galak lagi gedik.

2) Semua kedai 7-11 patut diharamkan dari menjual arak. Arak adalah ibu kepada segala maksiat. Dan 7-11 bukan main senang lagi menjualnya tak kira pukul berapa.

3) Tutup semua rumah pelacuran. Dan pinda akta agar semua pelacur warga asing yang masuk secara haram atau menyalahgunakan pas lawatan/pelajar mereka disebat dengan rotan sekurang-kurangnya 2 kali sebatan. Bila punggung mereka dah berparut kena tibai, barulah masa tu mereka serik nak datang buat onar lagi kat Malaysia.

4) Serbu hotel murah setiap hari dan malam. Mana-mana pasangan yang bukan muhrim dan didapati tiada ikatan pernikahan yang sah, maka tibailah punggung mereka seliang rotan seorang agar mereka serik.

5) Tutup semua rumah urut yang merapu ni. Buat rumah urut yang tukang urutnya orang buta sahaja.

6) Bagi pengusaha perniagaan berorientasikan seks ini, bagi hukuman penjara mandatori 2 tahun dan 2 kali sebatan sebab ketegaq sangat.

Pasti gejala seks bebas ini dapat dikurangkan sehingga 80 peratusa. Cayalah Tun Dr. Syuhaimi! Haha!

Stay KULS :)

Monday 19 July 2010

Parti Ketuanan Melayu (PKM)

KULS 19-07-2010

Aku berasa tertarik bila membaca kenyataan ulama Harussani yang mengatakan bahawa orang Melayu akan hilang kuasa pada pilhanraya umum Ke 13 kalau UMNO dan PAS tidak bersatu dan bekerjasama. Ulama Harussani sanggup menjadi orang tengah bagi merealisasikan hasrat untuk orang Melayu bersatu tersebut.

Pada pandangan rakyat marhaen sepertiku ini, sebenarnya kita orang Melayu ni dah lama kehilangan kuasa sebelum PRU 13 lagi. Kuasa ekonomi, kuasa dalam membeli,. kuasa dalam memilih pekerjaan, kuasa untuk mendapatkan pekerjaan, kuasa untuk menjadi kaya-raya… semuanya kita dah hilang. Cuma mungkin UMNO risau orang Melayu akan hilang kuasa politik pulak. Mungkin…

Aku tak peduli sangatpun tentang ketuanan Melayu ni. Tapi kalaulah ada orang Melayu yang bertanyakan pada aku apa yang patut dibuat untuk mengembalikan ketuanan Melayu, maka jawapanku senang saja : Tubuhkanlah parti politik baru khas untuk menjaga ketuanan Melayu. Nama parti tu ialah Parti Ketuanan Melayu.

Matlamat Parti Ketuanan Melayu ni memang khusus untuk menjaga kepentingan serta ketuanan Melayu. Jadi ia tak boleh ada parti komponen berbangsa lain macam BN atau PR. Pun begitu, PKM (Parti Ketuanan Melayu) ini bukanlah nak bergaduh dengan bangsa lain pulak. Perkara pertama PKM akan buat ialah mewajibkan semua ahlinya bercakap Bahasa Melayu. Tak boleh walau sepatahpun perkataan dalam bahasa asing. Dengan ini ketuanan Bahasa Melayu dapat dipelihara.

Perkara seterusnya ialah membeli tanah berpuluh ekar dan memecahkannya kepada lot-lot kecil. Lot-lot ini dijual kepada ahli-ahli PKM sebagai lot saham. Kat tanah tersebut bolehlah PKM jadikan pusat penternakan ayam berskala mega. Keuntungan jualan daging atau telur ayam tersebut akan diagih-agihkan kepada ahli-ahli PKM yang membeli lot-lot tanah tadi. Mereka akan dapat setiap bulan. Dengan ini bukan sahaja ketuanan Melayu terpelihara dalam ekonomi malah dalam kuasa membeli juga. Jadi setiap kali menjelang raya, orang Melayu tak perlu mengeluh tentang harga ayam yang melambung naik. Selepas ayam buat pula gula, beras, minyak dan lain-lain bahan mentah lagi.

Perkara seterusnya ialah PKM akan menghantar ahli-ahlinya untuk meneroka pasaran di luar negara. Mereka ini akan dihantar untuk menjalankan kajian tentang pasaran di luar negara dan seterusnya membuka perniagaan di luar negara. Dari situ ahli-ahli PKM yang lain akan bergerak sama membuka perniagaan di sana dan peluang serta pelaburan di negara asing akan menjadi lebih luas. Jadi ketuanan Melayu dari aspek monopoli pasaran dan pelaburan luar negara akan dapat ditegakkan dengan jayanya dan sekaligus membentuk peluang pekerjaan yang bersifat ketuanan kepada orang-orang Melayu lain.

Kalau korang pergi ke Afrika Selatan, member aku kata orang Melayu di sana adalah bangsa yang minoriti tetapi dapat mendaulatkan ketuanan Melayu mereka melalui kuasa yang lebih dari kuasa politik. Melayu di sana memegang kuasa ekonomi dan pasaran serta sangat dihormati oleh bangsa lain. Mungkin kita di sini pun patut mengikut jejak langkah mereka dengan menubuhkan PKM. Tetapi ada satu hadis yang pernah ustazku di UKM pesan iaitu Rasulullah pernah berkata bahawa orang yang lebih mementingkan perpaduan bangsa (asabiyah) dari agama akan direct masuk ke neraka. Jadi tak mungkin aku nak masuk PKM atau apa-apa saja parti politik yang sedemikian rupa.

Stay KULS.

Thursday 15 July 2010

Punggung Pembuka Selera di Food Court

KULS 15-07-2010

Tahu tak apa masalah terbesar aku dengan Giant di Shah Alam? Jawapan : Makanan di food court kebanyakannya tak sedap tetapi mahal. Tambahan pula minumannya. Setelah merasa hampir kesemua makanan di situ, itulah pandanganku. Tetapi anakku suka ke sana. Dan beliau suka makan minum di situ. Aku terpaksalah akur pada kemahuan comelnya itu. Jadi kalau bertandang korang ke sana untuk makan dan minum, berikut adalah sarananku :

1) Beli air minuman atau air mineral di luar. Lagi murah dari di food court tersebut.

2) Untuk minuman biasa, lebih baik beli minuman kotak atau tin sebab lebih sedap dan murah daripada di food court tersebut.

3) Kalau teringin nak makan nasi tomato atau nasi kandar, baik beli papadom yang dibungkus kat luar. Papadom yang diberi dalam menu-menu tersebut adalah sikit dan selalunya lemau.

4) Bawak sudu atau garpu dari rumah. Jenis besi stainless steel punya. Ataupun kalau korang ketuanan Melayu punya kategori, pergi ke sinki untuk basuh tangan sebelum gunakannya untuk makan. Sudu dan garfu di situ jenis plastik lembik. Senang patah dan senang buat korang sakit hati.

5) Bawa tisu atau wet tissue sendiri. Para penjual makanan di situ kebanyakannya kedekut dan tak suka bagi tisu. Kalau kita mintak pun dia bagi dengan riak wajah tak ikhlas aje. Lagipun tisunya berkualiti rendah dan mudah hancur tatkala korang tengah asyik mengelap tangan.

Cuma satu perkara yang aku suka bila berada di sana ialah ramai para aweks yang lawa lagi seksi. Kadang-kala kalau korang benasib baik dapat menatap sebahagian punggung aweks tersebut semasa mereka tengah duduk makan di situ. Kira hidangan pembuka selera la. Haha! Bon Apetite!

Stay KULS.

Tuesday 13 July 2010

Pelancong bukan Pelacur

KULS 14/7/2010

Aku sangat suka traveling. Setiap minggu aku pergi ke sana sini dengan keretaku sehingga 1,000 kilometer lebih! Aku ingin pergi jauh lagi macam ke Mekah ke, Dubai ke atau Eropah. Tapi aku dapati kat Malaysia pun ada cabarannya yang tersendiri. Tambahan kalau kita di KL. Ada aje la anak haram mana entah yang nak memangsakan korang. Jadi aku bagi beberapa tips kat sini kalau korang nak jadi pelancong di tempat orang :

1) Jangan bawa duit tunai terlampau banyak. Kalau boleh bawalah kad kredit atau cek pengembara. Korang berpontensi menjadi sasaran perompak. Antara kad kredit terbaik ialah Citibank sebab kalau hilang, dia boleh gantikan dengan yang baru dalam beberapa jam saja.

2) Jangan pakai pakaian atau baju-T yang boleh menyinggung perasaan masyarakat di situ. Kalau korang melawat Iran, janganlah pakai T-Shirt “Born In The USA” dan kalau di USA janganlah pakai T-Shirt dengan gambar Saddam Hussein. Jangan berpakaian macam pelancong. Seeloknya belilah beberapa helai pakaian di tempat korang lawati agar tak terlalu menonjol untuk dijadikan sasaran orang jahat.

3) Hormati adat resam tempat korang lawati. Kalau boleh janganlah sibuk bertanyakan kat mana rumah pelacuran mereka. Jangan mempersendakan mereka sungguhpun mereka miskin dan berpelajaran rendah. Paling penting jangan sesekali ganggu anak dara diorang. Ingatlah bahawa di negara mereka nyawa manusia mungkin murah aje.

4) Duduk di hotel yg ada reputasi baik dan diiktiraf oleh kerajaan negara tersebut. Jangan kerana nak berjimat korang sanggup pergi ke kawasan ghetto semata-mata nak menginap di motel murah.

5) Jangan nampak macam sesat. Kalau korang dah tersesat, jangan tercangak-cangak melihat peta atau papan tanda jalan. Seboleh-bolehnya masuklah ke sebuah kedai yang korang boleh percayai untuk bertanyakan arah. Atau lagi baik, pergilah ke balai polis untuk tujuan tersebut.

6) Cara terbaik untuk melancong ke tempat yang belum pernah korang pergi ialah melalui ejensi pelancongan. Cara inilah yang terbaik dan selamat sungguhpun agak mahal. Kalau korang kenalan atau ahli keluarga di sana lagilah baik sebab dapat berjimat.

Stay KULS.

Myvi edisi aweks?

Kali ini aku tak mahu lagi memperkatakan perkara-perkara yang kurang sedap di telinga. Banyak sangat komplen tapi tak buat apa-apa pun tak bagus juga. Mula-mula aku ingin mengucapkan tahniah kepada semua rakyat Malaysia kerana menurut kajian Shell, rakyat Malaysia adalah antara top 10 yang mengambil berat tentang penjimatan bahanapi kenderaan di mana 90 peratus daripada mereka sanggup mengubah tabiat pemanduan semata-mata untuk menjimatkan petrol. Sepuluh peratus tu pengguna Hummer dan supercars kot?

Kesemua jabatan kerajaan akan menggunakan perkhidmatan online menjelang hujung tahun ini. Aku sangat suka kerana tak perlu lagi bersesak menunggu giliran untuk berurusan di kaunter. Tapi harapnya sistem dan kapasiti untuk menyokong talian online tu perlulah di upgrade dengan optimum agar tak pulak kami ni bersesak menunggu giliran di alam siber pulak.

Program realiti yang bermanafaat seperti Nescafe Kickstart da DIGI The Next Level akan ditayangkan tak lama lagi. Aku nasihatkan bangsa aku ini agar perbanyakkan menonton rancangan realiti tersebut daripada yang sejenis dengan akademi sia-sia tu. Aku juga berharap agar bangsa Melayu kali ni ramai yang menyertainya.

Perodua akan mengeluarkan Myvi edisi khas untuk perempuan. Setakat ini yang aku tau warnanya pink dan ada cermin solek di tempat pemandu. Aku juga berharap agar Myvi tu ada handsfree untuk telefon selular supaya kaum hawa ni dapat bergosip puas-puas seolah-olah ada kawan-kawan di sebelahnya, kerusi yang boleh mengurut untuk melegakan stresnya, GPS yang mempunyai suara lelaki yang seksi dan alat ionizer untuk mencegah bau-bauan yang tak diundang seperti bau rokok pada tubuh pasangan mereka atau bau tengik dari ladang kelapa sawit atau lori syarikat pelupusan najis dan sisa toksik yang kerap bocor.

Stay KULS

Wednesday 7 July 2010

Sayangi Peguam Anda - Bab 93624

KULS 7/7/2010

Katakan korang ada sebuah kereta yang masih dalam hutang dengan bank. Katakan korang tak mau pakai kereta ini sebab nak tukar kereta lain. Katakanlah bapa saudara korang nak pakai kereta tersebut dan berjanji untuk bayar hutang ansuran bulanan korang. Jadi apakah yang patut korang buat agar tak kena tipu dan menanggung hutang untuk 2 buah kereta kalau bapa saudara korang enggan bayar dan sorok kereta tersebut daripada korang?

Korang perlulah buat suatu agreement yang dinamakan Perjanjian Sambung Bayar. Jangan buat Perjanjian Jual Kereta sebab ikut Akta Sewa Beli 1967 ianya adalah suatu kesalahan yang boleh dipenjarakan. Dalam Perjanjian tersebut selain dari nama, nombor MyKad dan alamat pihak-pihak yang berkontrak, tulis juga perkara berikut :

1) Jenis kereta, nombor chasis dan nombor pletnya

2) Berapa jumlah hutang yang tinggal

3) Berapakah ansuran bulanan yang perlu dibayar oleh bapa saudara korang tu

4) Bila bayaran ansuran tu patut dibayar oleh bapa saudara korang sebelum dateline. Kalau tak kena caj penalti atau faedah

5) Bayaran ansuran tu akan dibayar kepada korang ke atau bank

6) Siapa yang akan bayar cukai jalan dan insurans kereta itu? (Kalau boleh, maklum kepada ejen insurans untuk pinda syarat bapa saudara korang boleh pakai kereta itu)

7) Siapa yang akan tanggung untuk kos servis dan penyelenggaraan kereta itu?

8) Siapa yang akan bayar untuk kompaun atau saman sebelum dan selepas bapa saudara korang menggunakan kereta itu?

9) Syaratkan juga bahawa kereta itu tidak boleh digunakan untuk tujuan yang menyalahi undang-undang.

10) Selepas bayaran hutang diselesaikan, adakah kereta korang tu akan dipindahmilik kepada bapa saudara korang?

11) Apakah remedi atau akibat kalau bapa saudara korang gagal membuat pembayaran atau menyebabkan korang didenda akibat kesalahan bapa saudara korang?

12) Apakah remedi atau akibat kalau korang melanggar syarat perjanjian?

13) Nyatakan bahawa masa adalah pati atau penting dalam perjanjian ini.

14) Tandatangan setiap mukasurat dan pergi setemkan di pejabat duti hasil. Oh ya, tentukan juga siapa yang akan menanggung kos membeli setem hasil itu.

Stay KULS.

Tuesday 6 July 2010

UPSR tolak PMR = BLUR

KULS 6/7/2010

Semakin rancak orang memperkatakan tentang cadangan penghapusan UPSR dan PMR sekarang. Aku tak pernah pun melalui peperiksaan UPSR atau PMR ni. Dulu aku ada Pernilaian Darjah 5 dan Sijil Rendah Pelajaran (SRP). Dan aku buat kedua-duanya dengan baik.

Aku tak nampak sebarang kebaikan untuk menghapuskan UPSR dan PMR ni. Dah la kedudukan universiti kita dalam dunia ni rendah macam ranking pasukan bolasepak negara ikut piawaian FIFA. Aku tak peduli pun kalau semua professor dalam negara ni marahkan aku. Tapi itulah hakikatnya. Universiti di Malaysia masih tak mampu masuk ranking top 10. Sekarang kita nak rendahkan lagi tahap pembelajaran bebudak sekolah. Jadi sorilah para pensyarah semua… kalau nak hentam aku, duduklah dalam top 10 dunia dulu.

Banyak buruk dari baiknya kalau hapuskan UPSR dan PMR ni. Dah la terlalu banyak hiburan di TV sekarang. Ada pulak Twitter dan Facebook semakin memburukkan keadaan. Bebudak sekolah dari umur 7 tahun sehingga 16 tahun tak perlu susah payah nak memajukan diri. Sepuluh tahun honeymoon years. Selepas Tahun 6 dan Tingkatan 3, apakah kelayakan nak masuk ke sekolah elit berasrama penuh? Senang aje, mana-mana budak pun boleh masuk asalkan bapaknya berpengaruh dan banyak duit, ya tak?

Mungkin lepas ni Akademi Fantasia akan diiktiraf sebagai salah satu Intitusi Pengajian Tinggi pulak. Ha!

Stay KULS.

Monday 5 July 2010

Mengorat Jurutol Dengan Resit Tol

KULS 5-7-2010

Kadang-kadang bila aku tiba di pondok tol, aku suka ke bahagian tunai. Lagi best. Kalau nasib baik aku akan disambut dengan senyuman jurutol yang lawa. Kalau tak, dapat senyuman akak jurutol pun jadilah…

Tapi aku bukannya nak bercakap tentang awek jurutol. Aku nak bercakap tentang pemberian istimewa mereka kepada kita iaitu resit tol. Alaa… yang kertas kecik empat segi dengan tulisan tak berapa clear tu la. Kebanyakan kita tentu dah buang merata dah. Tapi aku memanafaatkannya. Dan aku rasa korang pun patut buat begitu juga selain dari mengayat awek jurutol tersebut.

Berikut adalah keguanaan-keguanaan tiket tol yang aku sarankan. Bacalah dan hayatilah dengan penuh iltizam dan inzal… haha!

1) Boleh dibuat catatan nota sementara. Tak kira idea puisi atau lagu ataupun senarai nak membeli barang kat pasaraya nanti. Aatau mungkin nak bagi jurutol yang manis nombor fon korang. pastikan jarinya tak bercincin!

2) Boleh digunakan untuk lap muka korang yang berminyak sementara menggantikan wet tisu kalau terlupa bawak.

3) Boleh mengelap rod penyukat minyak hitam dalam kereta anda untuk mengukur tahap minyak hitam dalam kereta.

4) Boleh menggantikan nota kuning stick-on-note untuk bagi arahan kepada staf anda.

5) Digunakan untuk berinstinjak kalau tak ada air. Wuargh-hahaha!

Stay KULS :D

Thursday 1 July 2010

Antara Mengundi SPR dan Akademi Fantasia

KULS 1-7-2010

Baru-baru ini sebuah akhbar begitu heboh menyatakan bahawa nisbah orang Melayu yang mendaftar untuk menjadi pengundi dengan SPR adalah 1 sahaja berbanding dengan bukan Melayu sebanyak 40 orang. Aku pun sebenarnya tak tahu apakah motifnya akhbar tersebut mengeluarkan berita sedemkian. Tapi aku khuatir ianya mungkin akan memberikan impresi kepada orang bukan Melayu bahawa api perkauman sekali lagi ditiup secara tak langsung. Mungkin akhbar tersebut patut berhati-hati agar tidak mengeluarkan lagi kenyataan yang bertentangan dengan konsep 1Malaysia sekarang.

Pun begitu, apakah sebabnya ramai sangat orang Melayu yang tak ambil kisah tentang nak mendaftar sebagai pengundi ni kalaulah betul statistik tersebut? Jawapannya senang aje. Cuba tengok dalam tv. Rancangan hiburan paling banyak dalam bahasa apa? Daripada bolasepak hinggalah ke Gelanggang Raja Lawak… penuh dengan orang Melayu. Majoriti orang kita ini otaknya dah biasa dengan isu-isu hiburan ringan hingga tak mampu lagi nak mengendalikan isu-isu berat. Tak pedulilah siapa yang memerintah asalkan ada rancangan hiburan dan pertandingan menyanyi setiap tahun.

Pun begitu, SPR janganlah berputus asa. Tak perlu mengeluarkan belanja yang banyak demi untuk menyemai kesedaran orang-orang Melayu agar pergi mendaftar sebagai pengundi. Berikut adalah cadangan-cadanganku bagi mencapai matlamat tersebut:

1) Adakan konsert atau gig tertutup. Kalau nak masuk, bukan kena bayar tiket tapi perlu mendaftar sebagai pengundi di pintu masuk konsert atau gig tersebut. Orang yang belum mendaftar sahaja. Yang dah mendaftar tak boleh masuk. Blah! Blah!

2) Buat tawaran diskaun RM300 untuk saman trafik bagi mana-mana individu yang pergi mendaftar sebagai pengundi. Caranya mudah saja. Mereka pergi dulu ke kaunter pendaftaran SPR. Selepas mendaftar, mereka akan diberikan kupon RM300 diskaun. Kupon tersebut bolehlah ditebus di mana-mana cawangan trafik yang berhampiran.

3) Sesiapa saja yang nak menyertai pertandingan hiburan Akemi Fantasia, Mentol, One Million Dollar Man, Baja Lawak dan seumpamanya, syarat paling utama ialah telah mendaftar sebelum ini sebagai pengundi. Sahih beribu Melayu yang sanggup pergi mendaftar di SPR semata-mata nak masuk pertandingan. Menujuk puncak yang satuuu… tapi kena daftar SPR duluuu…

4) Bagi mana-mana orang Melayu yang nak bekerja dengan kerajaan, buat syarat tambahan iaitu mereka wajib mendaftar sebagai pengundi dengan SPR terlebih dahulu sebelum memohon kerja di SPA. Haha! Macam puisi pulak bunyinya.

Stay KULS

Asmah Binti Hashim

KULS 30-06-2010

Asmah Binti Hashim telah kembali ke rahmatullah pada 29.6.2010.

Pada yang tidak mengenalinya mungkin menganggap pemergiannya itu suatu lumrah sahaja. Namun bagi sesiapa yang mengenali dan menyayanginya pula, ianya adalah suatu kehilangan yang sangat besar.

Beliau yang mesra kupanggil sebagai Kak Asmah adalah sahabat baik kakakku. Namun kami semua menganggapnya sebagai ahli keluarga sendiri. Beliau mempunyai perwatakan yang tenang dan setiap masa bertutur dengan lembut. Tak pernah aku melihatnya marah atau meninggikan suara. Malah kakakku tak pernah walau sekalipun menceritakan keburukannya kerana Kak Asmah memang sifat dirinya adalah seorang yang baik.

Mungkin kerana itu jugalah Allah lebih menyayanginya daripada kami semua dan mengambil Kak Asmah daripada kami untuk kembali ke pangkuanNya. Kami semua redha dengan takdir tersebut sungguhpun bertangis hiba untuk melepaskannya. Semoga Allah menempatkan Kak Asmah di kalangan orang-orang beriman dan bertaqwa serta mencucuri rahmat yang melimpah ruah ke atas rohnya.

Aku memohon dengan rendah diri agar sesiapa yang membaca artikel ini dapat menyedekahkan Al-Fatihah kepada kakak kami ini.

Al-Fatihah…