Tuesday 29 June 2010

Helah Artis Yang Skandal

KULS 29.6.2010


Ikutilah cara artis-artis bilamana korang dicekup kerana melakukan kesalahan :

1) Memohon maaf dan mengatakan bahawa korang saling menyintai (dalam kes tangkap khalwat)

2) Membuat kenyataan bahawa ada orang cemburukan kejayaan korang dan sengaja nak menjatuhkan korang.

3) Cepat-cepat pergi menunaikan umrah dan balik dengan wajah berseri-seri tanda dah bersih suci.

4) Lari ke luar negara dan bersembunyi beberapa tahun sehingga orang dah melupakan apa yang korang dah buat. Lepas tu baru balik ke Malaysia.

5) Bersembunyi di rumah dan hebahkan cerita bahawa korang jatuh sakit terkena buatan orang.

6) Buang tatu atau tanda lahir pada tubuh.

7) Buat kenyatan bahawa ada ‘pelanduk dua serupa’ yang melakukan perkara tak senonoh tersebut.

8) Menyalahkan polis yang ‘mengasari’ korang dan menghebah-hebahkannya dengan bersungguh-sungguh sehingga orang lain terlupakan kesalahan korang.

9) Membuat kenyataan bahawa itu adalah koleksi peribadi korang dan korang telah dianiaya (kes klip handphone lucah).

10) YANG PALING BEST : Buat kenyataan dengan muka sedih bahawa barulah korang tahu siapa kawan dan siapa musuh semasa korang ditimpa musibah tersebut.

Stay KULS :D

Must Do But Not Doing...

Perkara-perkara yang kita patut buat tapi selalu lambat nak buat:

1) Membeli berus gigi baru walaupun berus gigi yang kita ada dah tikus pun takut nak pandang.

2) Membeli seluar dalam baru sebab koleksi seluar dalam yang kita ada dah jadi roti jala.

3) Membetulkan tarikh pada jam tangan selepas bulan Februari.

4) Hantar blazer ke dobi cucian kering sampai bertukar warna dari biru tua ke hitam!

5) Hantar toto atau comforter ke dobi. Tak pedulilah dengan tompok-tompok kuning yang dah kering tu. Hehe…

6) Menukar bateri baru untuk remote control Astro atau tv kita. Entah berapa puluh kali menenyeh button barulah dapat tukar channel.

7) Menguruskan pembahagian harta pusaka setelah ahli keluarga kita meninggal dunia.

8) Memulangkan barang yang kita pinjam daripada jiran. Eleh, jiran kita pun macam itu juga perangainya!

9) Melangsaikan hutang walaupun dah ada duit. Siratulmustaqim tak lepas, beb!

10) DAN PALING TAK BAGUS : Menunaikan ibadah haji walaupun dah mampu.


Stay KULS :)

Thursday 24 June 2010

Perkara Cool Yang Tak Cool Sebenarnya

KULS 2010-06-24


Pernah tak korang melakukan sesuatu yang korang ingat ianya bagus dan membuatkan korang nampak cool. Tapi akhirnya ia menyusahkan korang. Berikut aku senaraikan perkara-perkara yang korang rasa cool tapi sebenarnya tidak :

1) Membeli kereta mewah second-hand dengan harga murah.

Memang glamer dan cool la korang melaram bersama BMW 5 Siries yang dibeli dengan harga dalam RM40 ribu sahaja. Tapi bila tiba masanya untuk membayar insurans dan cukai jalan, mulalah korang menggaru kepala kalau gaji korang setakat RM3,000 sebulan. Itu belum lagi nak dikira dengan maintenance dan alat gantinya. Mau berak berdarah nanti sebab tension! Haha!

2) Minum arak satu jag depan aweks

Seronoknya bila pergi clubbing nengok awek menyanyi dan menggesel badan kat korang, kan? Lagi seronok sebab ramai awek-awek yang seksi datang clubbing di situ juga. Jadi pasal nak nampak hype dan cool, korang pun mentedarah arak sebanyak-banyaknya walhal nak minum teh pun takut kembung perut. Korang rasa minum arak masa clubbing cool ke? Tentulah tak. Apa yang cool-nya bila termuntah-muntah, jalan terhoyong-hayang, silap gaya terkencing dalam seluar, buat perkara-perkara yang bodoh dan memalukan sebab tak ingat dunia dan mungkin mati dalam kemalangan jalanraya?


3) Menyertai kumpulan samseng

“You live by the sword, you’ll die by the sword”. Gitulah pepatah yang mengatakan bahawa orang yang hidup dalam keganasan akan mati mengikut resmi haluan hidupnya itu. Aku ni peguam dan aku dah banyak tengok individu yang join kumpulan gangster ni nasib mereka akan berakhir dengan cara yang tidak baik. Tau tak bahawa sebaik saja korang menyertai kumpulan samseng, maka nama korang akan juga terdapat dalam senarai polis cawangan kongsi gelap tanpa korang sedari? Maknanya? Maknanya kalau kumpulan gangster korang tu didapati membahayakan keselamatan negara, maka korang akan ditangani dengan ‘extreme prejudice’. Jadi geng yang paling selamat nak korang join ialah ‘Geng Harimau’. Tau tak siapa Geng Harimau? Polis la… Haha!


4) Beli handphone terkini yang baru keluar di pasaran

Nokia Dragonball Z Siries dah keluar! Dengan lintang-pukangnya korang bergegas ke kedai handset berhampiran dan segera membelinya. Tak kisahlah dengan harganya iaitu RM2,000 sahaja itu. Asalkan korang boleh nampak cool. Sayangnya sebulan kemudian, ada lagi Nokia baru yang lebih cool dan hype keluar di pasaran. Empat bulan kemudian korang dapati Nokia yang korang beli tu harganya dah jadi RM1,800 saja. Enam bulan kemudian dah jadi RM1,500 sahaja. Tak sampai setahun lepas korang beli, harga handset yang korang beli sebanyak RM2,000 itu dah jadi RM999 aje. Bila korang merungut pada kawan-kawan, mereka cuma akan tersenyum kambing. Eleh, tengah mengutuk korang dalam hati le tu!

5) Memandu sangat laju di highway

Bagi aku, orang yang layak memandu sedemikian rupa adalah orang-orang yang memiliki kereta mewah sahaja. Kenapa? Sebab yang paling utama ialah mereka ada banyak duit dan tak kisah untuk membayar saman atau kompaun. Kalau korang ada masalah bajet untuk membayar saman speed-trap, tak usahlah nak mengikut nafsu golongan kaya ni. Sebab yang kedua ialah kereta mewah adalah lebih stabil dan selamat. Ciri-ciri keselamatannya juga adalah seratus kali lebih baik dari kereta Wira mekap Evo korang. Bila kemalangan, peratusan untuk cedera parah atau mati adalah jauh lebih rendah daripada korang. Lagipun bagi aku hanya Ferrari, Lamborghini dan Porsche sahaja yang nampak cool dan supreme bila memotong keretaku dengan kelajuan 220 km sejam di highway. Kalau Wira mekap Evo tu aku gelak ajelah!

Stay KULS!

Tuesday 22 June 2010

Umat Islam Tak Pandai Berenang?

KULS 2010-06-23

Semalam aku terbaca satu artikel berkenaan kelas memanah. Siap ada yang sampai memanah sambil menunggang kuda macam askar Kublai Khan. Aku pun saja-saja gatal tangan menelefon dan bertanyakan tentang fee kelas tersebut. Ui mak… boleh tahan juga mahalnya. Ini belum lagi termasuk equipment memanah yang eksklusif tersebut. Tapi tak dapat la melawan belanja untuk kelas berenang atau kelas menunggang kuda. Memang jenis untuk golongan kaya ajelah.

Aku ada kuiz untuk korang : “Berapa ramai orang kaya kat Malaysia?” Atau lebih baik lagi : “Berapa ramai orang Islam yang kaya di dunia ini?” Jawapannya ialah sangat sedikit. Mungkin dalam 10 peratus sahaja.

Korang pun dengan penuh sopan bertanya “Apakah perkaitannya semua perkara ini, wahai Syuhaimi yang kacak?” Haa… itulah soalan yang aku nak dengar. Pernah tak korang mendengar atau dibacakan hadis Rasulullah S.A.W. yang menyuruh umat Islam mempelajari kemahiran-kemahiran seperti memanah, berenang dan menunggang kuda? Tentu pernah dan ada, kan? Aku dapati rupa-rupanya aktiviti-aktiviti ini jika pelajari ketiga-tiganya oleh seorang Islam, ia dapat menguatkan fizikal, paru-paru, emosi, kemahiran, daya pemikiran dan semangatnya. Dan inilah yang orang kafir harbi dan yahudi tak mahu. Mereka tak mahu anak-anak muda Islam ini berpesonaliti gagah, sihat dan bijaksana.

Jadi kesemua aktiviti ini dijadikan mahal dan eksklusif agar hanya mampu dipelajari oleh orang-orang Islam kaya sahaja. Mereka ini golongan minoriti. Golongan umat Islam yang majoriti pula hanya mampu melakukan aktiviti yang murah iaitu berjogging. Jadi mudahlah kita melarikan diri bila diserang oleh askar Amerika atau zionis nanti, ya tak?

Aku terbaca tentang artis-artis berpendapatan tujuh angka macam AC Mizal, Norman KRU dan Siti Nurhaliza. Duit yang mereka ada tu memang sangat banyak sampai mampu membeli beg tangan RM40,000 sebijik. Jadi apa salahnya golongan yang kaya ini meluakkan sikit duitnya untuk sponsor umat Islam yang tak berduit ini agar mereka dapat mempelajari cara memanah, berenang dan menunggang kuda, ya tak? Pahala pun dapat. Malah Allah akan memudahkan lagi rezeki korang sebab membuat kebajikan demi menegakkan syiar Islam.

Kalaulah korang masih kedekut lagi, fikirkan ini : “Bila anak-anak muda Islam makin lemah sebab majoritinya suka rancangan hiburan nyanyi-nyanyi, agak-agak siapa yang akan menjaga keselamatan harta berjuta-juta korang tu bila diserang oleh musuh kelak? Korang akan kata pula “Siapalah yang nak serang kita?” Jawapannya : Iraq tak pernah menyangka askar Amerika bersusah payah akan datang dari jauh untuk menyerangnya. Di Singapura, siap ada pengkalan tentera milik US lagi tu. Tambahan pula negara kita asyik dituduh tempat melatih pengganas Jemaah Islamiah. Jadi fikir dan buatlah kesimpulan sendiri.

Stay KULS.

Perceraian = Dapat Girlfriend Yang Lebih Muda, Lawa & Seksi

KULS 2010-06-22

Tak lama dulu aku terbaca kisah seorang mekanik beragama Islam yang membunuh dirinya kerana terlalu sedih akibat bercerai dan anak-anaknya pula dibawa pergi oleh si isteri. Aku cukup bersimpati dengan nasib si mekanik itu yang malang di dunia dan di akhirat. Aku juga melalui zaman keruntuhan rumahangga. Jadi aku cukup memahami apa yang kebanyakan lelaki bercerai atau berpisah lalui.

Pun begitu, janganlah terlalu bersedih sehingga membuat perkara-perkara yang bodoh seperti melanggar bekas isteri korang pulak. Apabila isteri korang meminta cerai dan menyeret korang ke mahkamah, perkara pertama yang korang perlu buat ialah pergi challenge kes itu di mahkamah syariah. Biasanya kes ini akan berlarutan bertahun-tahun lamanya dan lambat-laun pasti isteri korang akan beralah untuk beberapa perkara termasuklah hak penjagaan anak. Dengan itu korang akan dapat berjumpa dengan anak korang dan tak perlu membunuh diri sebab terlalu sedih dan tension. Kalau bernasib baik, mungkin isteri korang akan bersama korang semula. Tapi kalau dia nak bercerai juga, memang itulah takat jodoh korang. Pun begitu selama korang berpisah dan bercerai, buatlah perkara-perkara berikut agar korang tak jadi sewel :

1) Dekatkanlah diri dengan Tuhan. Dengan siapa lagi kita nak mengadu, ya tak? Lagipun masa aku berpisah dulu, setiap kali selepas bersolat aku akan membaca surah Yaasin untuk menenangkan jiwaku. Memang berkesan. Malah hidupku dipermudahkan dengan cara yang tak disangka-sangka.

2) Tonton filem atau cerita-cerita televisyen yang berbentuk komedi atau romantik happy ending. Jangan pulak tengok cerita Titanic atau yang jenis-jenis sedih tu. Nanti korang lagi tension. Masa aku berpisah dulu, aku pi bantai menonton cerita kartun “Ah My Goddess!” kat DVD. Cerita komedi romantik tentang seorang dewi yang terpaksa hidup dengan seorang lelaki loser tapi baik hati sebab lelaki loser ini membuat hajat agar dewi tu hidup bersamanya. Mungkin ini suatu escapism berbentuk sementara, tapi ianya memang berkesan untuk merehatkan otak korang buat sementara waktu dari asyik memikirkan perkara-perkara yang tension.

3) Luahkan kesedihan korang kepada famili dan kawan-kawan. Mungkin mereka tak dapat menolong banyak atau langsung tak dapat menolong. Tapi sekurang-kurangnya korang pasti berasa lega kerana kesedihan korang dapat diluahkan dan tak terbuku di dalam hati. Apapun, jangan terima nasihat orang yang tak pernah melalui perpisahan atau perceraian. Mereka hanya pandai cakap saja dan tak lalui kesedihan seperti yang korang lalui.

4) Pergi ke tempat-tempat yang tak pernah korang dan isteri lawati atau buat aktiviti-aktiviti yang tak pernah korang atau isteri korang selama ini. Kalau korang pergi ke tempat yang pernah isteri pergi bersama, nanti korang tangkap syahdu pulak sebab teringat kenangan silam yang indah bersamanya. Aku dulu pergi ke Melaka dan Cameron Highlands. Aku dapat melalui pengalaman baru dan tak teringat apa-apa kenangan sedih pun. Aktivti-aktiviti baru pulak korang boleh buat yang jenis happy dan memerlukan banyak tenaga fizikal yang menguatkan emosi korang seperti berjogging, tai-chi, pocho-pocho, kayaking, panjat Gunung Kinabalu dan lain-lain. Buatlah aktiviti-aktiviti tersebut dengan kawan-kawan korang. Lebih fun dan happy.

5) Carilah kawan-kawan perempuan. Bukan untuk dibuat kekasih. Jangan cepat sangat mencari gofren. Nanti korang akan lebih tension dan dia pula akan kecewa. Berkawanlah saja macam kawan-kawan lelaki korang. Ini adalah untuk boost ego korang sebab bila ditinggalkan isteri, korang rasa macam semua pompuan bencikan korang atau semua pompuan adalah berperangai teruk macam bini atau ex korang juga.

6) Akhir sekali, berjumpalah dengan pakar psikologi kalau korang masih tak dapat mengatasi kesedihan dan penderitaan korang itu. Aku pun pernah rasa tak guna dan rasa nak mati dulu. Tapi aku ambil keputusan untuk berani mengharungi hidup ini walaupun dihina dan dicerca oleh orang lain. Apa yang mengejutkan ialah lebih banyak yang bersimpati dan menyokongku. Jadi aku berani jamin ramai orang yang akan menyokong dan menyayangi korang jua. Jadi janganlah membuat perkara bodoh atau pengecut seperti mengambil nyawa sendiri.

Stay KULS.

Filem Terhebat Sempena Hari Bapa

KULS 2010-06-21

Selamat hari bapa!

Haha! Nampaknya aku masih tak puas menyambut hari yang istimewa ini. Kalau korang pun masih berasa begitu, berikut adalah beberapa filem yang aku rekomen untuk korang tontoni bersama anak korang ;


1) The Pursuit Of Happyness

Berdasarkan kisah benar, lakonan Will Smith bersama anaknya memang kelas. Kisah mengenai seorang ayah yang sanggup bekorban hingga menghancurkan rumahtangganya demi untuk memberi anak lelakinya kehidupan yang lebih baik. Bab paling sedih ialah bilamana Will dan anaknya terlalu miskin dan melarat sehinggakan terpaksa tidur di dalam tandas awam.


2) The Game Plan

Kisah Dwayne ‘The Rock’ Johnson sebagai seorang bintang bolasepak Amerika yang tiba-tiba terpaksa menjaga anak perempuannya yang agak nakal apabila kekasihnya meninggal dunia. Dalam cerita ini sikap berfoya-foya The Rock perlahan-lahan bertukar menjadi seorang bapa yang amat bertanggungjawab. Komedi yang agak tipikal tetapi tetap mengiburkan.


3) Definitely Maybe

Aku tak ingat pelakonnya tetapi cerita ini memang bagus. Kisah seorang anak perempuan yang bergilir-gilir dijaga oleh ibu bapanya yang dah bercerai. Semasa si anak dijaga oleh bapanya, beliau memaksa bapanya bercerita tentang kisah cinta ayahnya itu dari mula sehingggalah bapanya itu bertemu dengan ibu anak tersebut. Cerita ini memang sedih walaupun lucu. Tapi mempunyai happy ending yang tak disangka.


4) I Am Sam

Kisah kasih seorang bapa angkat yang IQnya rendah terhadap anak angkatnya yang bijak. Lakonan Sean Penn dan Dakota Fanning memang kelas A punya. Lepas tengok cerita ni pasti korang teringin nak anak pompuan.


5) Papadom

Cerita tebaik daripada pengarah super Afdlin Shauki setakat ini. Filem yang telah memenangi beberapa anugerah termasuk Filem Terbaik ini mengisahkan seorang bapa yang terlalu mementingkan kerjayanya sehinggalah isterinya terbunuh dalam kemalangan jalanraya. Sejak itu beliau bersumpah untuk menjaga anak perempuannya dengan baik. Masalahnya ialah si bapa ini menjaga anaknya ke tahap mengongkong sehingga menimbulkan konflik di antara mereka berdua. Filem komedi ini memang jenis komedi yang berisi; tak macam kebanyakan komedi Malaysia yang lain. Tapi itulah trademark Adlin. Rugi kalau korang tak tengok.

Stay KULS.

Friday 18 June 2010

Detik pertemuan dengan Damia Uzma


Selamat Hari Bapa :)

Aku tahu bahawa ada di antara korang yang tak ingin mempunyai anak bila berkahwin dan mungkin selepas 10 tahun bernikah barulah nak beranak. Atau mungkin juga sedang merancang untuk menggugurkan anak dalam kandungan bersama isteri korang kerana belum bersedia lagi. Namun percayalah, mempunyai anak adalah perkara terbaik dalam hidupku selain bertemu dengan gofrenku buat masa ini.

Kali pertama anakku Damia Uzma dilahirkan, perasaanku bercampur-baur. Gembira pun ada. Cemas pun ada. Yalah, layakkah aku ini menjadi bapanya? Layakkah aku ini melindunginya dari kekejaman manusia di dunia ini? Selepas aku mengazankan dengan lunak di telinga kanannya dan qamat di telinga kirinya, Damia Uzma yang matanya sudahpun terbuka seolah-olah memandang ke arahku (Baby sebenarnya tak nampak lagi apa-apa masa baru dilahirkan). Tiba-tiba perasaanku jadi sebak. Nurse yang menjaga baby memintaku untuk membiarkan anakku berehat di sisi ibunya dan seeloknya aku juga turut berehat sementelah tak tidur hampir 20 jam lamanya.

Aku pun perlahan-lahan pulang ke wad yang dikhaskan untuk kami dan cuba tidur di sana namun gagal berbuat demikian. Perasaanku masih sebak. Dan akhirnya aku menangis teresak-esak kerana terlalu gembira.

Kini Damia Uzma sudahpun berusia 5 tahun dan membesar dengan baik sekali. Aku telahpun bercerai namun aku tetap melawat dan menghabiskan masa dengan anakku dengan sekerap mungkin. Dan aku sangat gembira melihatnya membesar di depan mataku. Aku agak bimbang kerana mungkin dia akan menyalahkanku kerana bercerai dengan ibunya. Mungkin Damia Uzma akan membenciku walaupun bukan aku yang membawa kes rumahtanggaku dulu itu ke mahkamah. Pun begitu, aku amat berharap agar dia masih menyayangi dan menerimaku sebagai bapanya.

Kalau orang bertanya adakah aku menyesal kerana berkahwin dengan ibu Damia, jawapanku tanpa ragu-ragu pasti adalah ’ya’. Namun jika aku berupaya berpatah balik ke zaman lepasku, aku tak akan mengubah apa-apapun yang boleh menghapuskan kewujudan Damia Uzma di dalam hidupku. Kerana aku amat menyayangiku lebih daripada apa saja dalam dunia ini.

Stay KULS.

Thursday 17 June 2010

Makna Perkahwinan Pada Orang Lelaki

Selamat pengantin baharu kepada kenalanku semua.

Aku ada kemusykilan tentang cinta dan perkahwinan ni. Pernah tak korang terfikir masa mula-mula bercinta dengan isteri korang dulu pada awalnya diorang ni serba-serbi sederhana dan tak peduli pun sama ada korang ni kaya atau tak. Malah bila dah merancang untuk berkahwin, korang berdua tak kisahpun nak buat majlis perkahwinan yang mahal-mahal. Lantaklah apa orang kata tentang majlis perkahwinan korang yang sempoi tu. Yang penting korang berdua saling menyintai.

Tapi bila perancangan untuk berkahwin tu dah makin hampir, korang dapati semuanya dah berubah. Majlis yang dirancang dengan bajet berbelas ribu aje tiba-tiba dah melebihi dua puluh ribu. Cincin untuk bertunang yang pada awalnya dipersetujui bawah RM100 tiba-tiba mencecah RM400 pulak. Kalau cincin kahwin tu lagi la. Mesti ada batu-bata berlian punya. Kalau boleh bila dipakai mampu menumbangkan seekor lembu jantan yang tengah naik minyak dengan satu tumbukan. Hadiah perkahwinan pulak semuanya hebat dan berjenama.

Masa itu ke mana agaknya jenis majlis perkahwinan sempoi korang tu? Korang pun mengeluh sebab dah lari bajet tiga empat ribu. Nampaknya impian nak berbulan madu sambil bershopping tu terpaksa dilupakan bab bershopping tersebut.

Adakah kita mengadakan majlis perkahwinan, membeli hadiah-hadiah perkahwinan dua belas dulang yang hebat lagi berjenama, menempah pekej perkahwinan termahal kat butik pengantin, menyediakan wang hantaran sebanyak RM33,333.33, mas kahwin sebanyak RM3,333.33 dan lain-lain adalah untuk menunjuk kat orang ramai dan mengikut apa yang kawan-kawan kita serta orang lain dah buat? Bila korang menyintai girlfriend korang, tentulah sebab dia tak seperti pompuan lain yang korang kenali. Tapi kalau dia nak kahwin mengikut cara seperti kawan-kawan, sedara-mara dan adik-beradiknya, maka girlfriend korang tu samalah macam pompuan lain yang korang kenali, ya tak? Apa bezanya dia dengan mereka? Ada yang berhujah bahawa berkahwin hanya sekali dan oleh itu semuanya mesti serba sempurna dan elok. Yakah? Aku dulu pun berfikir macam itu juga. Tapi sekarang aku dahpun bercerai dan akan berkahwin sekali lagi. Malah 'hadiah' serta 'item' yang sempurna dan elok dulu pun entah kuhumban kemana. Semuanya adalah cacat-cela sekarang pada mataku.

Untuk hadiah perkahwinanku nanti, aku cuma akan berbelanja lebih kurang RM300 sahaja bagi kasut, kemeja, tali leher, dompet, perfume dan lain-lain sungguhpun girlfriendku memberiku seribu untuk membeli barang-barang tersebut. Selebihnya aku akan pulangkan kepadanya kembali. Barang-barang hadiah tu semuanya untuk cukup syarat saja di majlis perkahwinan kami sahaja. Aku tak pedulipun mahal atau murah. Yang pentingnya ialah aku dapat mengahwini gadis yang kucintai sebab beliau sangat istimewa dan tidak seperti pompuan lain yang pernah kukenali.

Stay KULS

Wednesday 16 June 2010

Pemandu Cacat di Jalanraya


Masa aku kecil-kecil dan agak comot dulu, kadang-kala aku boleh ternampak pelekat di belakang kereta yang tertulis “Awas Pemandu Cacat”. Sekarang perkataan ‘cacat’ tu agak menghina dan tidak lagi sesuai digunakan. Pelekat yang sering kita boleh nampak di belakang kereta sekarang ialah “Awas Pemandu OKU”. Lebih sedap bunyinya.

Pun begitu, sebenarnya masih ada pengguna jalanraya yang layak dipanggil “pemandu cacat”. Dan berikut adalah cara-cara mengenali “pemandu cacat” ini:

1) Si pemandu yang memotong barisan di plaza tol atau di perhentian lampu isyarat. Alasannya ialah kerana nak cepat. Habis, orang lain tu saja suka-suka memandu makan angin ke?

2) Si pemandu yang melekatkan pelekat Al-Quran di cermin bahagian belakang kereta dan memakai kopiah tapi memandu kereta macam orang mabuk wiski. Spesis pemandu cacat ini langsung tak menghiraukan keselamatan orang lain dan diri sendiri. Gamaknya dia rasa tak sabar-sabar nak ke syurga kot?

3) Si pemandu yang memandu perlahan di lorong kanan di lebuhraya. Lagi teruk dalam masa yang sama sedang bertelefon tanpa menggunakan handsfree. Kereta yang dipandu pula melelong ke kiri dan ke kanan.

4) Si pemandu (atau penunggang) yang dari simpang terus masuk ke laluan utama tanpa berhenti. Kita pulak yang kena berhenti. Bagi si cacat jenis ini, ingatlah bahawa lambat-laun pasti kenderaan korang akan disambut dengan mesra oleh lori yang tak sempat membrek untuk korang. Dan semua orang boleh tengok masa itu betapa kecilnya otak korang yang bertaburan di atas jalanraya.

5) Si pemandu (atau penunggang) yang tak bagi lampu signal untuk membelok dan dengan selamba membelok sedangkan kita terpaksa berhenti sebab takut kalau-kalau pemandu cacat tadi jalan terus. Rupa-rupanya dia corner tanpa bagi signal. Bagi si cacat sebegini, biasanya aku akan akan membunyikan hon untuk membuatnya memandang ke arahku. Dan kemudian aku akan memberikan ‘bad motto finger’ kepadanya. Isyarat lucah la…

6) Akhir sekali pemandu yang paling buruk perangainya ialah pemandu yang memarkir di tempat parkir Orang Kurang Upaya (OKU) sedangkan beliau tak layak berbuat demikian. Inilah pemandu cacat gred terendah sekali pada pandanganku.

Jadi elakkanlah diri anda dari menjadi pemandu cacat yang sangat dibenci.

Stay KULS.

Saturday 12 June 2010

Filem Trilogi Terbaik

Banyak filem trilogi yang dibuat tapi bukan semuanya best. Berikut ialah filem Trilogi yang patut korang tonton yang pada pandanganku sangat best :



Star Wars - A New Hope (Episode 4)
Star Wars - The Empire Strikes Back (Episode 5)
Star Wars - Return Of The Jedi (Episode 6)

Apa kejadahnya si George Lucas buat tiga episod ni terlebih dulu sebelum episod 1, 2 dan 3, aku pun tak tau. Tapi ceritanya memang sangat bagus. Malah kalau korang tak pernah lagi menonton episod 1, 2, dan 3 tersebut, maka tak usahlah membazirkan tempoh hayat korang untuk menontonnya. Yang bertiga ini pun dah cukup.




Lord of The Rings - Fellowship Of The Rings
LOTR - The Two Towers
LOTR - Return Of The King

Air tangan Peter Jackson berdasarkan buku atok Tolkien ni memang epik yang hebat. Plot cerita dan sinematografinya juga memang lazat! Bab peperangannya pula ekstravaganza. Cuma aku tak suka wujudnya elemen homoseksual di antara makhluk Hobbit Frodo dan Sam Wisely. Wueek! Patut la bangsa Hobbit semuanya cacat.




Die Hard
Die Hard 2
Die Hard With A Vengeance

Air mataku meleleh melihatkan kemachoan cerita ini. Filem ini jugalah yang menaikkan nama Bruce Willis daripada seorang pelakon televisyen ke superstar filem. Sebenarnya cerita ini ada bahagian keempat atau quadrilogy. Tapi aku dah rasa tak syok melihat hero tua si Bruce Willis dalam cerita tu.




American Pie
American Pie 2

American Wedding


Cerita lawak lucah yang paling kelakar bagiku. Filem ini dengan jujur memebritahu kita betapa jahilnya remaja di Amerika tentang seks. Selama ini kita ingat diorang cukup cool dan berpengetahuan. Rupa-rupanya bodoh juga. Patutlah ramai yang hamil di luar nikah macam anak-anak bangsa kita. Oh ya; cerita Glee tentang quarterback American Football menyertai kumpulan koir penyanyi macam pondan sebenarnya diambil ideanya dari jalan cerita ini.




Spiderman
Spiderman 2
Spiderman 3

Inilah trilogi filem Spiderman yang terbaik setakat ini. Dulu Spiderman ini dah ada filemnya tapi memang macam hampeh la. Kini dengan teknolgi CGI, filem ini berjaya menggambarkan keadaan sperti di dalam komiknya juga. Cuma aku agak hampa dengan kemunculan Venom sebagai watak sampingan penjahat bersama Sandman. Venom adalah musuh terkuat dan paling merbahaya dalam komik Spiderman. Dalam filem, karektornya langsung tak mengancam. Mungkin kalau ada bahagian keempat watak Venow ditonjolkan dengan sepenuhnya.




Indiana Jones and The Raiders Of The Lost Ark
Indiana Jones and The Temple Of Doom
Indiana Jones and The Last Crusade

Filem terbaik dari Spielberg bagiku. Selepas Indiana Jones, muncullah hero-hero (atau heroine) yang seumpamanya seperti dalam filem National Treasure, Tomb Raider dan banyak lagi. Cuma aku tersangat hampa dengan filem keempat Indy iaitu Crystal Skull entah apa tajuknya. Memang bangang…



Bourne Identity
Bourne Supremacy
Bourne Ultimatum

Mana-mana lelaki sejati adalah WAJIB menonton trilogi filem ini sebelum menghembuskan nafas yang terakhir. Sungguhpun plotnya amat biasa, namun jalan penceritaannya memang kelas AAA. Heronya tak la berapa hensem. Malah dia tiada sebarang gizmo yang canggih macam James Bond. Tapi itulah yang membuatkan trilogi ini sangat istimewa. Ianya amat realistik. Pada pandanganku setakat ini, inilah filem trilogi yang terbaik pernah dihasilkan.



Berikut adalah bakal trilogi yang amat aku nantikan :

1) Batman Begins / The Dark Knight
2) The Last Airbender
3) Buli / Buli Balik (boleh ya, Afdlin?)
4) Fantastic Four / Rise of The Silver Surfer
5) Iron Man / Iron Man 2


Stay KULS

Thursday 10 June 2010

Katalog Avon Sememangnya Seksi

Tentu ada beberapa perkara yang pelik dan kelakar terjadi dalam hidup korang selama ini. Antaranya ialah perkara yang kita kaum lelaki ni tak boleh tidak, mesti juga nak tengok walaupun tak sepatutnya kita tengok. Mengikut apa yang aku tanya, secara kolektifnya berikut adalah perkara-perkara tersebut:

1. Buku katalog Avon. Pasti kita gunakan alasan nak tengok barangan lelaki walhal kita sebenarnya nak tengok di 10 mukasurat terakhir buku katalog tersebut. "Ada apa kat mukasurat tu" korang tanya? Tentulah gambar-gambar model cantik dengan pakaian dalam seksi mereka.

2. Pertandingan ratu cantik atau pertunjukan fesyen Victoria's Secret yang disiarkan di televisyen. Walhal pakaian dalam tu kita tak boleh pakai pun. Tapi entah kenapa, ya.. kita sangat berminat nak tengok lebih berbanding dari isteri atau gofren kita?

3. Website lucah. Mula-mula nak baca emel atau update FB di komputer. Tapi entah mengapa akhirnya terbabas ke situ juga setiap kali. Malah tak tau la kenapa tangan kita asyik gatal nak taip 'gadis melayu' di carian imej Google.

4. Pondan yang berpakaian seksi. Kalaulah perempuan berpakaian seksi tu tak mengapalah. Tapi pondan yang berpakaian seksi juga tetap kita kaum lelaki ni begitu minat nak tengok. Bukanlah kita ni gay atau berselera pelik (fetish). Tapi mereka tetap menarik perhatian kita.

5. Filem Melayu yang ada adegan seksi. Bukan kita tak tahu bahawa kat Malaysia adalah sangat strict dan adegan-adegan tersebut bukanlah best sangat pun. Lagi best kalau tonton filem barat kerana adegan seksi mereka 100 kali lagi hebat. Tapi bila keluar saja promosi heroin berkemban atau mandi berkemban di suratkhabar, berduyun-duyunlah kaum lelaki datang memenuhi panggung. Hairan sungguh...

Stay KULS.

Wednesday 9 June 2010

Cara Mengajar Jiran Yang Kurang Ajar


Hari ini tatakala aku pulang ke rumah, alangkah terkejut dan marahnya bila aku melihat kawasan porch rumahku dipenuhi dengan sampah. Kalau korang nak tau ini bukanlah pertama kali sampah dihumban ke rumahku. Bekas makanan polisterin, plastik snek ringan, botol air mineral yang separa kosong dan cebisan-cebisan akhbar berbahasa Cina bertaburan di lantai porch rumahku.

Jadi aku pun melakukan perkara yang sepatutnya dilakukan oleh mana-mana jiran yang prihatin; iaitu berkongsi perasaanku. Aku segera mengumpulkan kesemua sampah-sampah-sampah tersebut dan menghumbannya di atas jalanraya. Kini semua orang boleh sakit mata dan hati bersama-samaku. Aku sememangnya seorang jiran yang baik hati…

Korang pun tentu ada masalah jiran-jiran jenis ini. Jadi dengan iltizamnya aku memberikan beberapa saranan dan tips untuk menunjukkan kasih-sayang korang kepada mereka setiap kali mereka menyusahkan hidup korang.

1. Kalau jiran korang sangat suka menjemur pakaian di ampaian hingga melarat ke pagar rumah korang, maka beritahulah dengan baik bahawa korang tak mahu lagi beliau berbuat demikian. Jika jiran tersebut masih berdegil, belilah setin minyak gris yang jenis likat punya dan sapukan pada bahagian atas pagar korang. Kalau korang jenis baik hati, buatlah kerja amal tersebut ketika dia ada di luar dan sedang melihat korang. Kalau korang berniat agar dia membeli berbelas pakaian baru, maka sapukanlah gris tersebut pada waktu tengah malam.

2. Kalau jiran korang suka pasang lagu di radio atau televisyen dengan kuat setiap kali korang nak bersolat, tidur atau berasmara; maka berikan dia hadiah yang sangat istimewa. Hadiah tersebut ialah telur ayam rebus yang penuh dengan tusukan jarum peniti, patung buatan tangan yang menyeramkan dengan paku terpacak di dada dan perca kain kuning dengan tulisan-tulisan ganjil dalam dakwat merah. Longgokkan barang-barang ‘voodoo’ tersebut di hadapan pagar rumahnya secara senyap-senyap. Kalau dia tak insaf lagi, upahlah orang untuk menyimbah cat merah di pagar rumahnya.

3. Kalau korang mempunyai jiran yang berkereta lebih dari sebuah hingga asyik terlajak memarkir di kawasan rezab parkir atau porch rumah korang, maka tegurlah dia dengan baik. Kalau dia masih menunjuk lagak, pergilah pinjam kereta buruk milik abah korang barang seminggu dua. Setiap kali jiran ini memarkir keretanya di kawasan rezab parkir partmet korang, parkir saja kereta buruk bapa korang tu untuk menyekat keretanya dari jalan keluar. Pasti dia akan insaf setelah korang berikannya latihan kemahiran berfikir cara nak keluarkan keretanya tersebut. Kalau keretanya di porch rumah korang, maka kemaskanlah pakaian korang untuk kegunaan 3-7 hari. Sumbat beg pakaian tersebut ke dalam but kereta korang. Tutup pagar rumah dan kunci dengan mangga dan lilit dengan rantai kapal sepikul. Kemudian tinggalkan rumah korang dan carilah hotel murah atau tumpang saja rumah kenalan korang. Aku pasti setelah kereta jiran korang itu dipenjarakan hampir seminggu, beliau pasti tidak akan gatal pedal lagi untuk memarkir di porch rumah korang.

4. Bagi jiran yang suka menganggap buah mempelam di pokok yang korang tanam adalah harta wakaf, maka sematkan kepingan-kepingan kaca dan besi tajam pada buah mempelam tersebut di kedudukan yang tersembunyi. Atau sapukan gam gajah kalau korang tak sampai hati. Selepas makan buah mempelam bercicahkan darah, aku pasti mempelam korang akan terpelihara status halalnya untuk jangka masa yang lama.

Stay KULS.

Tuesday 8 June 2010

Memanipulasi Musim FIFA World Cup 2010


FIFA World Cup 2010 akan bermula tak lama lagi. Aku biasanya hanya berminat untuk menonton perlawanan pembukaan, bila team Brazil bermain dan final match. Yang lain-lain tu biasanya aku tak tonton demi untuk men'tahi'kan mataku. Tapi setiap kali ada perlawanan piala dunia, aku perhatikan setiap kali itulah ada saja individu yang ingin membuat duit melalui perjudian. Team mana yang akan menang la...berapa bijik goal la...

Aku rasa dah sampai masanya korang menjanakan duit melalui cara lain pulak selain dari cara yang berisiko tinggi tersebut. Berikut adalah beberapa cadanganku yang boleh dipakai :

1. Bagi sesiapa yang mempunyai tv besau atau LCD 40 inci atau Astro HD, maka buatlah kedai minum sementara di halaman rumah korang. Bancuh aje air lebih kurang 3 dalam 1 tu dan caj la murah sikit dari restoran mamak tu. Kalau rajin buatlah sandwich dan jual kepada diorang. Jangan risau kalau ada pemilik restoran yang tak puas hati. Sementara pihak berkuasa tempatan nak ambil tindakan terhadap korang, piala dunia dahpun habis dan korang pun berhenti la berniaga.

2. Kalau yang kreatif dan pandai melukis tu, lukislah gambar-gambar superstar bolasepak dan jualkan kepada kawan-kawan korang dan fanatik-fanatik bolasepak ni. Atau lukis kat cawan atau mug atau baju T dan jualkan kepada mereka. Malah kalau nak buat custom-made diorang berpeluk bahu dengan Torres pun boleh.

3. Beli bolasepak berlogo Piala Dunia 2010 atau baju T piala dunia yang dijual kat stesyen minyak Petronas dan mintak artis atau bintang bolasepak Malaysia tolong sign kat bola atau baju T tu. Lepas tu boleh la korang jual mahal sikit sebab eksklusif, beb!

4. Bagi pengumpul vintage,beli apa saja barangan rasmi yang berlogo piala dunia 2010 dan seterusnya. Lepas 20 tahun kemudian, buat muzium bolasepak piala dunia dan caj para pengunjung yang datang.

Jangan berjudi lagi, ok? Tak cool dan berdosa...

Stay KULS.

Friday 4 June 2010

Apa Yang Perempuan Nak Dari Lelaki?


Apa yang perempuan mahukan daripada kita? Entahlah... mereka ini spesis yang menakjubkan sebenarnya. Perempuan la satu-satunya makhluk yang mahukan kita kaum lelaki ni memahami apa yang mereka mahukan tetapi mereka tak mahu memberitahu kita apakah yang mereka mahukan.

Namun janganlah risau wahai saudara-saudara seperjuanganku. Berdasarkan hasil kutipan data statistik lipstik, berikut adalah perkara-perkara yang perempuan mahukan daripada kita kaum lelaki ini :

1. Jawab SMS mereka dengan segera. Atau kalau mereka missed call korang, maka segeralah menelefon isteri atau gofren korang. Semakin lama masa yang korang ambil untuk membalas SMS atau missed call mereka, semakin kuatlah prasangka mereka bahawa korang tak lagi menganggap isteri atau gofren korang itu penting dalam hidup korang.

2. Pandang mereka dengan pandangan penuh makna dan berikan senyuman manis korang. Kalau lebih baik pujilah mereka. Perkara ini mestilah tiada bersebab dan dibuat dengan spontan. Perempuan sangat sukakan perkara spontan yang menguntungkan mereka.

3. Berpakaianlah dengan kemas dan menarik untuk isteri dan gofren korang. Bukan setakat di luar rumah saja. Dalam rumah pun begitu juga. Perempuan sangat suka kalau suami atau boyfriend mereka kerap membuat sesuatu untuk impress mereka. Mereka berasa dihargai dan bernilai. Lagipun berpakaian kemas dan menarik (atau seksi) mampu merangsang nafsu isteri korang jauh lebih baik dari berpakaian seperti pak cik di kebun sayur Cameron Highlands.

4. Ingatlah tarikh-tarikh penting seperti tarikh lahir mereka, tarikh bertunang dan tarikh berkahwin. Kalau korang terlupa, samalah seperti korang tak menganggap isteri dan gofren korang adalah penting dalam hidup korang. Lagi baik kalau korang dapat mengingati perkara-perkara yang remeh seperti kali pertama bercium, apa yang dia pakai kali pertama korang berdating dan sebagainya.

5. Bawalah gofren atau isteri korang untuk aktiviti-aktiviti yang di luar dari kebiasaan. Memanglah mereka seronok bershopping atau makan di café yang cantik bersama korang. Tapi sekali-sekala ubahlah gaya berdating korang tu seperti membawa dia ke stadium bagi perlawanan bolasepak. Ataupun pergi ke konsert artis yang terkenal. Atau berbasikal di taman rekreasi. Tentu mereka berasa seronok dan berasa dihargai.

6. Berbaik-baiklah dengan teman rapat mereka. Dan lebih bagus lagi jika korang dapat berbaik-baik dengan keluarga mereka. Bagi yang belum berkahwin, gofren korang pasti berasa sangat gembira jika korang mahu datang berjumpa dengan ibu bapa serta adik-beradiknya. Ia memberi impression bahawa korang bukan sahaja anak jantan yang berani, malah serius dalam perhubungan korang berdua.

7. Akhir sekali, cubalah setiap kali korang buatkan mereka berasa mereka ini sangat istimewa pada korang. Perempuan sangat suka dianggap istimewa di mata dan hati orang yang mereka sayangi. Jadi kata-kata pujian dan ucapan penghargaan perlulah diungkapkan dengan sekerap mungkin. Dengan itu mereka tak akan mencari pasal untuk meleteri kita kalau kita membuat sesuatu yang mereka tidak suka.

Stay KULS!

Thursday 3 June 2010

Kenapa Perempuan Berpakaian Dalam Lain-Lain Warna?


Kalau korang perasan, orang perempuan suka sangat nak mengubah tabiat kita sedangkan kita tak terlintas pun nak menganiayai mereka dengan sedemikian rupa? Maka, saudaraku kaum lelaki… Bangkitlah! Jangan lagi kita bersikap sambil lewa dengan sedemikian rupa. Kita mahukan gofren atau isteri yang sempurna, bukan? Jadi kalau mereka mahu mengubah kita mengikut acuan mereka, maka kita pun patut cuba mengubah mereka mengikut acuan kita juga.

Kalau korang perasan, taktik pertama yang pompuan pakai ialah dengan berleter akan sikap korang yang dia tak suka. Katakan korang ni kuat tidur. Gofren atau isteri korang naik berbulu mata melihatkan tabiat berhibernasi beruang polar korang itu. Dan mulalah dia berleter. Biasanya kita buat muka sardin cap ayam berkokok dan pekakkan telinga.

Ketika inilah kaum pompuan mula melaksanakan hikmat terhandal diorang iaitu Gaya Merajuk Tak Berkesudahan. Biasanya kaum lelaki akan kalah bila menghadapi gaya ini. Kita akan mengalah dan mulalah membuat resolusi dan ikrar tidak akan mengulangi tabiat kita itu sedangkan ianya di luar kerelaan kita.

Jadi selepas ini kalau gofren atau isteri korang melaksanakan Gaya Merajuk Tak Berkesudahan, maka lancarkanlah hikmat Cermin Diri Ala Fadzilah Kamsah ajaranku ini. Bila mereka mahukan korang mengubah SATU tabiat buruk korang, maka korang pada masa yang sama mintalah mereka mengubah SATU tabiat buruk mereka juga.

Contohnya : Katakanlah isteri atau gofren korang tak suka korang asyik membuat taik mata dan meminta korang meninggalkan tabiat buruk itu. Korang juga sebenarnya tak suka gofren atau isteri korang suka ketawa di khalayak ramai macam keldai tak basuh berak. Maka beritahu dia bahawa korang hanya bersetuju untuk meninggalkan tabiat buruk itu kalau mereka juga bersetuju meninggalkan tabiat buruk tersebut. Dan lawanlah habis-habisan sampai mereka bersetuju dengan syarat korang.

“Wahai Professor Madya Syuhaimi yang bijak dan hensem. Kalau mereka mungkiri janji mereka itu, macam mana?” tanya korang dengan penuh kerisauan. Senang saja. Korang pun baliklah juga ke perangai lama korang yang mereka benci itu. Dan yang bestnya isteri atau gofren korang tak akan berani nak menghentam korang sebab merekapun dua kali macam korang juga. Inilah sebab hikmatku ini dipanggil hikmat Cermin Diri Ala Fadzilah Kamsah.

Satu lagi keistimewaan hikmatku ini ialah korang juga boleh meminta sesuatu yang sangat korang sukai. Contohnya, korang memberikan syarat bahawa korang tak akan asyik tidur saja kalau isteri bersetuju untuk memakai lingerie (pakaian dalam) yang sangat seksi setiap malam untuk tatapan korang. Dengan ini taklah korang sakit mata melihatkan isteri korang memakai coli dan spenda mak cik kaler lain-lain seiap kali mahu berasmara dengan mereka. Nyam! Nyam!

Selamat berjaya melaksanakan hikmatku tersebut.

Stay KULS!

Tuesday 1 June 2010

KULS Anti-Zionis


Zionis Laknatullah ini dah memang melampau…

Tapi aku berasakan bahawa adalah sia-sia sahaja kita menghantar memorandum bantahan pada kerajaan jahanam tu. Seratus peratus aku berani kerat rambut gofren aku bahawa diorang tak akan baca dan terus buang ke dalam dustbin Yitzhak Rabin. Begitu juga buat demo serta protes di jalanan. Sia-sia. Kecualilah kalau buat kat Tebing Barat Semenanjung Gaza tu. Tapi siapalah nak serahkan nyawa, ya tak?

Bagaimana pula dengan memboikot barangan Israel? Adalah sikit aje kesannya. Lepas tu kita melantak kembali di Mac Donald’s dan menggunakan kembali semua produk-produk Israel. Tindakan kita kepada rejim Zionis ni serupalah macam anjing menyalak bukit. Apa kata kita buat pengecaman terhadap Zionis ni secara berterusan? Berikut adalah cadangan-cadangan aku untuk korang :

1) Bagi setiap syarikat swasta, pada letterhead korang cetak juga lambang bendera zionis yang dipangkah dengan slogan “Kami anti-Zionis”. Atau kalau korang berani lagi, tulislah “Musnahkan Kerajaan Israel Laknatullah”. Dan setiap kali korang nak cetak letterhead baru, cetak juga slogan anti-Israel tersebut. Barulah kita nampak serius untuk mengecam dan mengutuk mereka.

2) Di setiap rumah, rentangkan bendera kerajaan Zionis yang dipangkah dengan slogan di bawahnya tertulis “Kami Anti-Israel”. Atau buat ‘bunting’ yang setiap kali dah lusuh, korang buat yang baru. Alah, kalau ‘bunting’ kenduri kahwin korang tak kemut nak keluarkan belanja, apa salahnya untuk tujuan murni ini, kan?

3) Pelukis-pelukis juga patut melukis gambar-gambar bersifat anti-Israel seperti gambar rakyat Palestein memijak askar Israel dan cetak sebagai poster. Jualkan poster tersebut. Jadi di setiap rumah atau pejabat akan ada poster-poster yang sebegini untuk menyebarkan fahaman benci Zionis kita.

4) Mana-mana pembuat baju T yang kreatif juga cetaklah gambar-gambar atau logo-logo pada baju T yang bersifat anti-Zionis dan anti-Israel. Pastikan juga kita membeli baju-baju T ini dan kerap memakainya untuk menunjukkan kebencian kita terhadap Israel.

5) Bagi pemilik syarikat-syarikat swasta, korang bolehlah menempah lencana atau ‘button’ yang bersifat anti-Israel serta wajibkan staf-staf korang memakainya pada waktu kerja.

Kalau korang ada idea-idea lain, aku harap korang dapat sumbangkan idea tersebut untuk dikongsi bersama. Kita wajib membenci Zionis. Dan mereka ini adalah musuh kita yang amat nyata.

Stay KULS.

“KULS adalah anti-Israel”