Monday 31 May 2010

Foreplay lebih penting dari Seks!


AWAS! HANYA UNTUK ORANG YANG TELAH BERNIKAH SAHAJA.
ZINA ADALAH SUATU DOSA BESAR DALAM AGAMA ISLAM.

Satu perkara yang kaum lelaki kena faham tentang orang pompuan ni ialah mereka ini adalah suatu makhluk yang memiliki sifat yang halus dan oleh yang demikian mereka ini sukakan perkara yang remeh-temeh. Hubungan seks pada pandangan kita.kaum lelaki ni yang pentingnya adalah persetubuhan itu sendiri. Mukaddimah seks atau foreplay ini adalah remeh bagi kita. Tetapi tidak bagi kaum hawa ni. Bagi diorang foreplay itu adalah sangat-sangat-sangat penting. Bagi mereka hubungan seks yang berkualiti dan bergred tinggi adalah bergantung pada foreplay sebelum persetubuhan. Leceh betul… akan tetapi itulah hakikatnya.

Berapa lama foreplay yang isteri kita perlukan? Bagi kaum lelaki rata-ratanya berkata 10 ke 20 minit. Tapi bagi orang pompuan itu adalah jenis foreplay dalam kategori pencacai tukang angkat najis aje. Diorang tak akan bagitau kat kita sebab nak jaga ego kita (syukuuuur…). Tapi itulah hakikatnya. Forelay kita ini kebanyakannya adalah berkelas rendah. Itu sebabnya menurut survey orang lelaki Asia dianggap jahil dalam seks. Kesian kita…

Jadi bagi orang pompuan, foreplay yang berkualiti adalah dalam satu jam ke atas! Eh, korang faham ke apa foreplay ni sebenarnya? Foreplay ini sebenarnya adalah perlakuan-perlakuan yang membangkitkan keghairahan kita dan isteri kita sebelum melakukan persetubuhan. Bergurau senda juga termasuk dalam foreplay, tau? Jadi mengikut pengalaman aku yang baru aje bercerai ni (haha!) dan dengan merujuk pada kawan-kawan serta orang-orang lama, perkara-perkara berikut mestilah korang buat dalam aktiviti foreplay ini :

Pertama :

Kalau boleh jangan bergaduh atau bertengkar dengannya. Kecualilah korang ni pakar dalam ‘angry sex’. Tapi itu bab lainlah. Suatu hari aku akan sentuh bab itu. Kalau boleh rajin-rajin la kemaskan rumah, basuh kereta dia, picit-picit badan dia bila lenguh. Ini semua demi untuk membangkitkan mood dan selera seksnya terhadap korang.

Tempoh masa : Tiada had. Kalau boleh lama la sikit. Tapi jangan sampai korang letih lesu pulak. Kang macam mana nak ‘buat’ yob?

Kedua :

Berguraulah secara percakapan dan fizikal terhadap isteri kita. Gurauan tu mestilah berbentuk seksual dan erotik. Cakaplah perkara-perkara yang seksi dan agak lucah. Diorang pasti berpura-pura marah dan benci. Tapi gaya marah dan benci diorang tu pun korang boleh tau separuh masak aje. Yang penting kita dapat membangkitkan nafsu mereka.

Tempoh masa : Dalam 30 minit pun dah kira okey. Tapi lagi lama lagi bagus.

Ketiga :

Masuklah bab heavy sikit. Heavy metal is the law la brader! Mulakan dengan membisikkan kata-kata romantik dan erotik ke telinganya. Kalau boleh biarlah bibir korang rapat ke telinga isteri dan ucapkan kata-kata tersebut secara berbisik. Perempuan cukup sensitif d bahagian telinga mereka dan nafas serta suara bisikan korang mampu membangkitkan perasaan ghairah mereka. Kemudian ciumlah dengan lembut di cuping telinganya, di bahagian wajahnya tapi jangan menyentuh bibir lagi, di bahagian lehernya (gunakan lidah pun boleh juga) dan akhir sekali cium dengan lembut ke bibirnya. Kalau boleh buat ciuman lembut tu berulang-ulang kali. Biar isteri korang tak sabar dan biar dia yang memaut bibi korang dengan rakus dan membuat ‘sup lidah’ dengan korang. Kira buat French-kiss le tu.

Sambil buat French-kiss tu, raba-raba, usap-usap dan ramas-ramas anggota tubuhnya. Bukan setakat kat buah dada dan punggung, tau? Banyak lagi tempat yang mampu menaikkan nafsu mereka. Antaranya ialah di belakang tubuh mereka. Usap-usap dan ramas-ramaslah dengan lembut. Tapi jangan la menyimpang urut tradisional pulak. Malah kedua-dua cuping telinga diorang pun zon erotik juga. Sambil French-kiss tu cubalah belai-belai cuping telinga diorang dengan lembut.

Satu lagi tips terhebat daripada aku : Sementara French-kiss tu, cubalah picit dengan lembut hidung isteri korang agar dia tak bernafas dalam 10 saat. Lepas tu lepaskan. Dan lepas tu buat lagi. Kebanyakan pompuan akan berasa sangat ghairah bila dilemaskan semasa foreplay. Tapi jangan berlebihan pula. Risiko kecederaan dan kematian boleh berlaku, tau?

Tempoh masa : 30 minit paling koman. Kalau lagi lama lagi baik.


Keempat :

Inilah saat yang paling penting dan ramai lelaki adalah jahil atau malas nak buat. Pada peringkat ini korang lucutkan pakaian isteri dengan perlahan-lahan dan kalau pandai, dengan cara yang seksi. Tapi tinggalkan pakaian dalamnya dulu. Baringkan isteri korang dan kucup, jilat serta tiup ke seluruh tubuhnya dengan lembut. Pompuan ni kalau cara kasar-kasar dia lambat ghairah. Buat sebegitu dalam 20 minit ke atas dan kalau korang handal, pasangan korang tu akan dapat mencapai orgasme.

Lepas itu perlahan-lahan lucutkan colinya terlebih dulu. Kat panty sabarlah dulu, yob. Bukannya ‘benda’ tu nak lari ke mana-mana pun. Kali ini lakukan perkara serupa kepada buah dadanya. Bahagian sensitif pompuan di buah dada sebenarnya adalah pada putingnya. Dan tahap sensitiviti buah dada kiri dan kanan akan berubah-ubah mengikut perederan bulan. Pelik, kan? Jangan ramas buah dada mereka dengan kasar dan kuat. Cerita porno kat DVD tu kelentong aje. Kalau boleh sambil jari-jemari anda ‘beramah-mesra’ dengan kedua buah dada isteri, bisikkanlah kata-kata romantik dan erotik ke telinganya. Buatlah French-kiss ke bibirnya dan lehernya. Kalau korang hebat, cuba buatkan isteri korang mencapai orgasme kali kedua melalui perbuatan ini.

Akhir sekali, lucutkan panty isteri korang dan lakukanlah seks oral terhadap kemaluannya. Aku tahu ada di antara korang yang berasa geli-geleman untuk melakukan oal sex ni. Ada juga yang tak mahu buat sebab hukumnya makruh. Aku tahu ada juga yang menggunakan jari mereka bagi menggantikan seks oral.Tapi percayalah, oral sex ini akan menyebabkan isteri korang puas maksimum tak terhingga mantop punya! Sentuhan lidah korang ke atas klitoris isteri korang tak akan dapat ditandingi oleh mana-mana jari korang sungguhpun ianya diinsuranskan seanyak RM1 juta bagi setiap batang jari tersebut! Dan paling penting korang akan membuatkan isteri korang puas dan mencapai klimaks berkali-kali dengan teknik ini. Kalau boleh bagilah diorang ‘kejang’ dalam 2 atau 3 kali.

Tempoh masa : Satu jam paling minimum!

Akhir sekali barulah korang dan isteri boleh melakukan persetubuhan. Dan part inilah korang akan mencapai kepuasan setelah berpenat-lelah membanting tulang empat kerat demi memuaskan isteri korang berkali-kali. Teruk juga, kan? Tapi percayalah bahawa kebanyakan kenalan yang memberikan nasihat tersebut kepadaku semuanya dilayan macam raja oleh isteri mereka. Yalah… kalau kita merajuk tak nak bagi malam nanti, tentu isteri kita akan mati kutu.

Stay KULS!

Sunday 30 May 2010

Ripple Effect dalam Penghapusan Subsidi

Di sana sini kita boleh mendengar orang bercakap tentang perihal kerajaan mahu memansuhkan subsidi ke atas semua barangan pengguna. Kalau memang subsidi dihapuskan dengan sepenuhnya, maka ramailah pengguna seperti aku ini yang akan menghadapi masalah untuk menyusun kembali bajet pembelian barangan keperluanku. Pun begitu stelah berfikir dengan tanpa keraguan yang munasabah, maka aku berjaya membuat beberapa langkah penjimatan yang perlu dilakukan oleh kita semua demi untuk menghadapi harga barangan yang melambung ke langit akibat tiadanya lagi subsidi.

Langkah pertama :

Bye-bye Astro. Astro ini barangan mewah. Banyak yang dapat kita jimat kalau tamatkan perkhidmatan Astro ini. Tambahan pulak kalau korang subscribe channel sukan. Nak tengok perlawanan Chelsea live? Pergi aje la ke restoran mamak. Lagi syok tengok ramai-ramai. Kalau bini atau gofren korang minat sukan bolasepak macam gofren aku, dapat la berdating dengan kadar penjimatan yang maksimum. Kalau korang nak berjimat lagi, tengok ajelah cerita televisyen kat rangkaian percuma. Jangkaan kadar penjimatan sebulan : RM60-RM150.

Langkah kedua :

Bawa bekal ke ofis. Sekarang harga seketul ayam masak merah pun dah nak mencecah RM3.00. Kalau subsidi tiada, mau la seketul jadi RM6.00. Senang cerita masak sendiri dan bawak bekal. Bukan setakat korang dapat berjimat, malah berkhasiat pulak tu. Lagipun bolehlah gunakan duit yang korang dapat jimat ni untuk beli rokok yang makin mahal. Alah, aku tau la korang tak mampu nak berhenti merokok punya! Kalau kedekut sangat korang berpuasalah aje. Jangkaan kadar penjimatan sebulan : RM150.

Langkah ketiga :

Beli dan gunakan motorsikal untuk pergi bekerja. Aku gunakan RM130 seminggu untuk petrol keretaku. Kalau subsidi hapus, maka aku kena gunakan lebih kurang RM200 untuk perkara yang sama. Kalau menggunakan motorsikal, mungkin aku hanya membelanjakan RM20 untuk bekerja dan RM50 untuk melawat anakku dan membawanya berjalan-jalan. Lagipun korang dapat menjimatkan kos penyelanggaraan kereta yang lebih mahal daripada motorsikal. Kalau kedekut lagi jalan kaki sahaja atau naik beskal. Jangkaan kadar penjimatan sebulan : RM500.

Sebenarnya langkah penghapusan subsidi ni akan mendatangkan kesan yang kita panggil sebagai ’Ripple Effect’. Langkah penjimatan di atas, sungguhpun baik untuk kita, tapi akan juga menyebabkan banyak perniagaan stesyen minyak, restoran dan lain-lain perniagaan yang berkaitan dengannya akan melungkup dalam skala besar-besaran dan secara tak langsung turut menghancurkan kestabilan ekonomi kita. Tapi yalah, bak kata orang putih : ”Better you than I” (lebih baik kau yang kena daripada aku)

Stay KULS.

Friday 28 May 2010

Isu Perempuan Dan Penutup Tandas Mangkuk

Aku tak faham mengapa kebanyakan orang pompuan di dunia ini tak suka kalau kita biarkan penutup tandas mangkuk terbuka. Alasan diorang ialah perbuatan tersebut adalah kotor dan jijik. Jadi sebagai seorang peguambela dan peguamcara yang memahami masalah dan isi hati tulus kaum lelaki di dunia ini, aku akan membantu korang untuk mengemukakan hujah-hujah yang bernas dan munasabah untuk korang menjawab kembali leteran isteri atau girlfriend korang.

Berikut adalah hujah-hujah mengapa penutup tandas mangkuk patut dibiarkan terbuka :

Hujah Pertama :

Kaum lelaki ini adalah pembersih. Jadi kita bukan setakat cakap sahaja. Malah kita buktikan dengan membiarkan penutup tandas mangkuk tidak ditutup untuk membuktikan kata-kata kita. Bukan sahaja tiada sebarang bau pelik keluar dari mangkuk tandas tersebut, malah air takungannya juga bersih dan jernih.

Hujah Kedua :

Sebenarnya kalau penutup tersebut dibiarkan tertutup, ia akan membiakkan kuman-kuman di dalam mangkuk tandas tersebut. Dalam keadaan tertutup, permukaan mangkuk tandas akan sentiasa lembap dan ini boleh menggalakkan pembiakan dan percambahan kuman. Jadi kita kaum lelaki ini membiarkan penutup terbuka agar permukaan mangkuk tandas menjadi kering dan sekaligus merencatkan aktiviti bakteria. Jadi kita dan pasangan kita akan terhindar dari penyakit bahaya.

Hujah Ketiga :

Banyak kes berlaku di mana labah-labah dan ular berbisa bersembunyi di dalam mangkuk tandas yang tertutup sebab dalamnya gelap dan sejuk. Reptilia amat sukakan kawasan yang sejuk dan lembap. Jadi bayangkanlah jika kita menggunakan tandas tersebut semasa mereka ada di situ! Kalau isteri atau gofren anda berhujah bahawa serangga atau binatang tersebut dapat masuk kerana penutup tandas terbuka, jawablah balik bahawa dalam berita akhbar, ular-ular selalunya boleh masuk melalui pembentung di luar rumah dan terus ke saluran tandas. Kalau penutup tandas kita terbuka, kita akan segera ternampak binatang bisa tersebut dan boleh mengambil langkah-langkah yang sepatutnya untuk mengelakkan terjadinya kecelakaan. Kalau penutup tandas tertutup dan kita terus bukak dan duduk, alamat punggung kita jadi tempat mengunyah mereka laaa..

Stay KULS…

Monday 24 May 2010

Sayangi Peguam - Bab 22122010


Salah satu bentuk kebajikan yang aku benci nak lakukan ialah meminjamkan orang duitku. Para pembaca yang budiman pun telah sedia maklum bahawa aku ini kedekut dan berkira. Tambahan pula aku pernah jatuh teruk dalam hidupku dan kini kembali mengumpul duit untuk membina masa depanku. Jadi jangan haraplah sesiapapun nak mengambil masa depanku tersebut.

Pun begitu aku tahu bahawa korang taklah seburuk perangaiku ini. Namun mengikut pengalamanku sebagai seorang peguam selama 13 tahun ini mengajarku bahawa manusia yang suka meminjam duit ini kebanyakannya si pemungkir janji yang tak berniat untuk membayar kembali hutang tersebut. Jadi aku nak buat kebajikan untuk memastikan korang tak rugi bila meminjamkan duit korang kepada orang lain.

Buatlah suatu perjanjian dalam 2 set. Dan syaratkan perjanjian itu dibayar stamping fee-nya oleh si peminjam tadi. Dalam perjanjian itu masukkan perkara-perkara berikut :

1) Tarikh “Perjanjian Pinjaman Persahabatan”

2) Nama, nombor mykad dan alamat terkini korang (si pemberi pinjaman) dan nama, nombor mykad dan alamat terkini orang yang meminjam duit korang;

3) Nyatakan bahawa perjanjian ini adalah perjanjian pinjaman persahabatan dan korang tak boleh caj faedah atau riba’ kalau tak ada lesen pemberi pinjaman dari Bank Negara. Kalau caj juga, perjanjian ini menjadi tak sah dan tak boleh dikuatkuasakan di mahkamah. Silap gaya korang pulak yang masuk penjara!

4) Nyatakan jumlah pinjaman yang dipinjamkan kepada si peminjam itu.

5) Nyatakan tarikh spesifik bila si peminjam akan bayar atau jumlah ansuran bulanan pembayaran dan bila tarikhnya pembayaran tersebut akan berakhir. Nyatakan juga bahawa masa adalah sangat penting (essence) kepada perjanjian ini.

6) Lagi bagus kalau dia cagarkan sesuatu kepada korang sebagai jaminan pembayaran balik pinjaman. Kalau boleh biarlah ianya bernilai untuk dijual dan nilainya pula setara atau lebih dari jumlah pinjaman tersebut. Dan pastikan barang itu adalah benar-benar adalah miliknya. Kereta yang masih ada bank loan adalah bukan miliknya, tau? Dan pastikan korang dapat memegang barang ‘cagaran’ tersebut untuk disimpan dalam penjagaan korang. Dan buat repot polis siap-siap kalau-kalau nanti dia repot korang mencuri barangnya itu bila dia tak mampu nak bayar hutang.

7) Paling penting ialah wajib nyatakan jika si peminjam gagal membayar hutangnya, maka korang berhak merampas barang cagarannya dan menjualnya kepada orang lain. Atau korang boleh menyaman beliau di mahkamah bagi menuntut baki hutang yang masih tertunggak jika barang cagaran itu dijual dengan harga yang lebih rendah dari jumlah pinjaman.

8) Korang dan dia (kedua-dua pihak) mesti tandatangan di setiap mukasurat perjanjian tersebut dan pada mukasurat akhir mesti ditandatangani oleh saksi yang tau apa kejadahnya yang korang tengah buat. Lagi bagus kalau bukan saksi yang sama untuk penyaksian tandatangan korang dan tandatagan si peminjam.

9) Akhir sekali tempek setem hasil pada mukasurat depan setiap perjanjian tersebut dan matikan setem hasil itu kat pejabat LHDN atau pejabat tanah dan daerah. Tapi sebelum itu minta LHDN atau pejabat tanah kira berapa setem hasil yang perlu dibayar. Simpan satu salinan perjanjian tersebut sorang satu dan berdoalah korang tak perlu ke mahkamah atas kebaikan korang itu.

Ataupun paling mudah, jangan bagi pinjam!

Stay KULS.

SMS Seksi Untuk Isteri


Kadang-kadang masalah bila dah lama bercinta ini ialah perasaan teruja kita untuk bermain SMS dengan pasangan kita semakin berkurangan. Dulu masa baharu bercinta bukan main lagi berjela-jela SMS kita kepada girlfriend sampai ular Anaconda pun naik takut menengoknya. Tapi bila dah masuk setahun bercinta atau dah berkahwin, maka SMS pun semakin menjadi pendek hingga mampu mengalahkan miniskirt awek yang kulihat di KLCC tempohari. Kalau dulu mesti dimulakan dengan “Hai sayang. Abg dh nk bertolak kuar dari rumah ni. I’m gonna miss u, baby” atau “Hai gadis manis pujaan hati abg. Abg baru je sampai di ofis”, sekarang cuma tulis “Abg dh kuar” atau “Abg dh smpai”. Apa dah jadi dengan roh penyair cinta dalam diri kita? Dan apakah yang terjadi pada biskut ping pong yang kubeli di Giant minggu lepas?

Aku pun kena penyakit sebegitu juga. Jadi aku akan sentiasa beringat untuk kembali menghangatkan bait-bait kata romantik dalam SMSku mulai hari ini. Aku dahpun bermula dan nampaknya gofren aku amat menyukainya.

Jadi kaum lelaki yang dahpun beristeri atau bergofren… kembalilah kita menjadi lelaki yang sempurna di mata kekasih kita sungguhpun kita ini serba kekurangan. Ingatlah bahawa mereka menerima kita kerana komitmen kita terhadap hubungan dengan mereka. Jadi kalau itupun hilang, maka dikhuatiri pula mereka akan mencarinya daripada lelaki lain.

Jadi cuba dengan tidak semena-mena hantar SMS kepada isteri atau gofren korang dengan ayat-ayat sebegini :

Hai sayang. Kalaulah setiap kali bila abang teringatkan sayang, ingatan itu boleh bertukar menjadi sekuntum bunga, maka seluruh dunia ini pasti akan menjadi taman yang sangat indah sekali.

atau

Mawar walau apapun dipanggil namanya akan tetap harum dan indah di mata manusia. Begitulah juga dengan sayang di hati abang.

Atau kalau isteri korang pula, tulislah dengan SMS yang seksi dan membangkitkan rasa ghairahnya seperti ini.

Hai sayang. Abang nak bawa sayang keluar makan di Restoran Strawberry Park malam ini. Tapi sebelum tu abang nak kucup seluruh tubuh sayang sebagai hidangan pembuka selera :P

Tentu isteri korang tak sabar-sabar nak balik ke rumah dengan sexy-tease seperti ini. Jangan la pulak hantar emel kat aku untuk bercerita apa yang korang buat selepas itu. Aku jeles, tau?

Stay KULS!

Sunday 23 May 2010

Jalan-Jalan Cari Hantu Lagi


Tentu susah nak percaya kalau aku beritahu korang yang pekerjaanku memerlukan aku ke sana-sini sejauh lebih kurang 1,000 kilometer seminggu, kan? Tapi itulah hakikatnya. Kadang-kala aku terpaksalah memandu melalui segenap jalan atau lebuhraya nan gelap gelita di waktu malam demi untuk mencari sesuap nasi dan segelas Milo (lebih-lebih la pulaaak). Yang tak syoknya bila aku terpaksa memandu pada jam lebih dari 12.00 tengah malam ke atas. Dan kadang-kala jalan atau lebuhraya yang kulalui pula sangat terkenal dengan cerita-cerita peremang bulu roma ni.

Jadi persoalan daripada cik Lisa Surihani yang merupakan peminat KULS ini adalah : Adakah aku pernah berjumpa dengan hantu sepanjang waktu aku memandu itu? Jawapannya ialah : Aku pun tak tahu. Aku pernah berjumpa dengan individu atau perkara yang aku rasa tak logik pada masa itu. Tapi fikiranku taklah sampai ke tahap bahawa itu ialah hantu pada masa itu. Bila dah dua atau tiga kemudian hari barulah aku terfikir bahawa mungkin apa yang aku nampak pada malam tersebut adalah bukan manusia. Jadi secara teknikalnya, Alhamdulillah aku tak pernah disakat oleh hantu semasa memandu setakat ini.

Aku tak mempunyai sebarang petua atau tips bagi mengelakkan korang disakat hantu semasa memandu di kawasan ‘panas’ tersebut. Namun aku selalu mengamalkan membaca surah al-ikhlas (Qul Huwallahu Ahad) setiap kali lepas solat. Aku tak panggil ‘sembahyang’ sebab ia berasal dari perkataan ‘sembah Hyang’. Hyang itu adalah panggilan tuhan orang-orang Bali. Kurang elok la…

Membaca surah al-ikhlas 3 kali selepas solat akan membuatkan syaitan takutkan kita serta menjauhi diri daripada kita. Selain itu setiap kali nak memulakan perjalanan, aku akan berdoa “Maha suci Allah, Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selamatkanlah aku/kami dalam perjalanan pergi dan balik serta jauhkanlah aku/kami dari sebarang bencana dan malapetaka dalam perjalanan.” Setakat ini Alhamdulillah, aku bukan saja terhindar dari gangguan hantu syaitan, malah banyak kali terelak dari kemalangan jalanraya.

Waa… mode al-Jawaher pulak aku kali ini. Tapi ruangan KULS ini adalah apa-apa saja nasihat yang aku dapat berikan mengikut pengalamanku an pengetahuanku. Dan aku berharap agar mendapat pahala dari blog ini. Dari Nuffnang pula aku berharap agar mendapat duit. Haha!

Stay KULS.

KLCC atau KLSeksi ?


Aku berdating di KLCC baru-baru ni demi untuk menonton cerita Shrek 3D. Aku nak nengok Iron Man 2 kategori 18SG (PG13 untuk bebudak aje) sebenarnya. Namun demi melayani kesukaan gofrenku pada cerita Shrek, aku pun mengambil keputusan untuk menonton filem yang bernilai RM18 bagi sekeping tiket. Sebenarnya aku pun teringin jugak nak nengok cerita dalam bentuk 3D ni. Memang ‘whoa’ la bila dalam 3D. Nyesal pulak sebab tak tengok Avatar 3D dulu. Tapi aku percaya bahawa pasti akan ada versi DVD 3D bagi cerita tersebut nanti. Hangpa tengok la… Aku ni saingan terdekat Nostradamus, tau?

Selepas menonton filem di TGV, aku menonton pulak ‘pertunjukan fesyen’ daripada para pengunjung di KLCC. Memang tak patut dipanggil KLCC ni sebagai KLCC. Patutnya panggil sebagai KLSeksi. Puas aku cuci mata menengok gaya-gaya seksi para aweks di situ. Rasanya yang ramai menyeksi ni orang Malaysia. Menyeksa hatiku aje sebab kena la cover line masa mencuci mata tu. Yelah, salah satu undang-undang wajib ketika berdating ialah jangan sesekali memandang perempuan lain selain daripada gofren atau isteri kita. Tapi girlfriend aku rasanya sedar akan perangai kaberetku itu. Tapi dia sporting dan membiarkanku aje aku mencuci mata sebab dah memang tau perangaiku macam itu. Tenkiu, sweetheart :)

Pun begitu, aku terlanggar pula undang-undang berdating yang terpenting dalam dunia ini. Tatkala aku tengah mengambil fotonya dari pelbagai sudut laksana jurugambar pro, tiba-tiba seorang gadis manis datang meminta bantuanku. Dan aku pula terlupa diri bila nampak perempuan. Undang-undang terpenting tersebut ialah bila berdating “KEUTAMAAN ADALAH KEPADA GIRLFRIEND ATAU ISTERI KITA SEMATA-MATA”. Aku terus bersetuju untuk menolongnya tanpa meminta kebenaran dari gofrenku terlebih dulu. Memang mencari maut aku ni!

Mujurlah gofrenku boleh memahami dan menerima maafku. Pengajaran dalam cerita ini ialah, suatu hubungan cinta itu mestilah juga berlandaskan pada sikap bertolak ansur terhadap kesalahan pasangan kita. Biasalah manusia akan melakukan kesilapan. Dan biasalah juga kalau kadang-kadang kesilapan itu diulanginya. Tapi aku mempunyai teori bahawa kita kaum lelaki ni memang suka gofren atau isteri kita merajuk atau marah kat kita. Itu adalah ukuran untuk mengetahui sama ada mereka masih menyintai kita atau tidak. Jadi marilah kita membuat gofren dan isteri kita marah dan merajuk pada kita dalam seminggu sekali. Haha!

Stay KULS!

Friday 21 May 2010

Pembantu Rumah Yang Menggoda!


Susahnya nak dapatkan pembantu rumah sekarang! Pelbagai kerenah dan birokrasi yang perlu dihadapi sebelum mereka boleh mula menyapu sawang di siling rumah kita. Bayaran serta fee pemprosesan pula… kusss segamaaaat! Dan tau-tau pembantu rumah tersebut lari mengikut boyfriend dia entah ke mana sedangkan dia tak sampai pun setahun bekerja. Ini semuanya pasal manusia-manusia yang mendera amah mereka la ni. Memang celaka betul…

Aku teringat masa kecik-kecik comel dulu (sekarang dah hensem pulak). Pembantu rumah keluargaku orang Malaysia. Agak garang dan tegas orangnya. Apa nak buat, aku dan adik-beradikku memang sangat nakal pada masa itu. Tapi kami tetap comel! Apapun, kami tetap menyayanginya. Beliau pandai memasak, mengemas dan paling penting ialah beliau mengajar kami tentang budaya dan kesantunan rakyat Malaysia. Pembantu rumah kami tidak pula menggedik dan menggoda abahku. Pembantu-pembantu rumah kami yang seterusnya juga tak berbuat begitu. Dan mereka semuanya orang Malaysia.

Sementelah orang Malaysia sekarang ramai yang tak bekerja, aku berpendapat bahawa elok juga kerjaya sebagai pembantu rumah ini diberikan kepada orang Malaysia kembali. Tapi buat lebih professional dan sistematik. Tubuhkan suatu agensi yang menguruskan mereka. Malah mereka ini tidak tinggal bersama kita dan hanya datang pada waktu yang kita tentukan sahaja. Kita juga boleh mengkhususkan skop tugasan mereka seperti memasak sahaja atau mengemas rumah sahaja. Dan skop tugasan ini dibayar oleh kita dalam bentuk pakej macam Astro tu la.

Yang baiknya ialah kerjaya ini boleh dibuat sebagai pendapatan sampingan atau part time oleh orang-orang yang bergaji kecil atau income tak cukup di zaman yang serba mahal ini. Tak semestinya mereka ini berjantina aweks sahaja. Lelaki pun ramai yang pandai memasak, apa! Aku percaya bahawa dengan adanya pembantu rumah di kalangan orang Malaysia, kadar jenayah yang disumbangkan oleh warga asing yang bekerja di Negara kita ini akan dapat dikurangkan dengan drastik. Paling penting ialah isteri korang tak la cemburu tak tentu pasal bila amah Indon korang dok tersenyum-senyum kat korang.

Stay KULS :P

Thursday 20 May 2010

Sayangi Peguam (Bahagian 739)


Baru-baru ini aku telah didatangi oleh seorang brader yang berniat mahu menyaman sebuah hospital milik kerajaan. Ini adalah kerana isterinya yang dimasukkan ke wad dan dimasukkan darah ke dalam badan telah menghidapi Hepatitis C akibat kecuaian kakitangan hospital tersebut.

Masalahnya ialah brader tersebut mengambil tempoh terlalu lama untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas hospital tersebut sebaik sahaja mengetahui isterinya menghidapi Hepatitis C akibat kecuaian hospital. Kini dah 2 tahun lebih semenjak kecuaian itu diketahui olehnya. Tapi mujurlah beliau dan isterinya masih sempat lagi kalau nak menyaman hospital tersebut.

Apa saja jabatan milik kerajaan seperti hospital, sekolah dan lain-lain jika disaman adalah seumpama korang menyaman kerajaan juga. Di bawah akta had masa, sebarang tuntutan sivil terhadap individu atau syarikat atau badan bukan milik kerajaan mempunyai tempoh masa sehingga 6 tahun jika korang nak menyaman mereka. Namun kerajaan ini special sikit. Kalau nak saman mereka, korang cuma mempunyai masa setakat 3 tahun sahaja di bawah Public Authorities Protection Act 1948. Jadi saman la mereka cepat-cepat, okey? Haha!

Kalau ada permasalahan undang-undang, pergi terus tanya peguam. Jangan buang masa bertanyakan pada orang yang tak tau atau separuh masak pasal undang-undang ni. Korang tak ubah macam bertanyakan masalah enjin kereta pada pemintak sedekah bila berbuat begitu. Jangan terlampau kedekut nak membayar fee konsultan yang dalam RM50 ke RM200 tapi kerugian ratusan ribu ringgit.

Stay KULS

Monday 17 May 2010

Lelaki Kelakar Adalah Lelaki Yang Seksi


Pernah tak dengar bahawa kebanyakan orang perempuan ni suka lelaki yang pandai berjenaka dan mampu buat dia ketawa?

Sebenarnya fakta ini memang tersangat-sangat benar. Jenaka dan tawa seorang perempuan adalah suatu icebreaker terbaik dan mampu melemahkan aura pertahanan mereka untuk tidak didekati oleh sebarang lelaki. Apabila seseorang perempuan tertawa dengan jenaka atau gurauan korang, perasaan kemesraan akan mulai terjalin di antara korang berdua dan mampu membuatkan beliau menjadi berminat untuk mengenali korang dengan lebih dekat lagi.

Tapi sayangnya tiada format yang standard untuk korang berjenaka yang mampu menggeletek hati wanita. Ada seorang rakanku yang mampu berjenaka secara lucah tetapi ianya tetap disenangi oleh orang perempuan, sedangkan aku tak berkebolehan untuk berbuat demikian. Aku pula dengan stail lawak dan gurauanku. Orang lain tak mampu menirunya. Begitu juga dengan korang. Korang janganlah mengikut stail orang lain bila berlawak dan bergurau. Cubalah cara korang sendiri. Tapi perbaikinya dari masa ke semasa. Aku juga berbuat begitu. Lama-kelamaan lawak serta gurauanku menjadi natural dan tidak nampak bodoh dan pandir. Namun kadang-kala lawak dan gurauanku tetap tak menjadi walaupun dah cukup berpengalaman. Malunya Allah saja yang tau.

Satu lagi, kalau boleh janganlah membuat lawak atau gurauan yang menyakitkan hati dia atau menghina orang lain. Nanti dia pandang negatif pulak terhadap korang. Lawak terbaik ialah lawak mempersendakan diri korang sendiri. Tapi janganlah sampai merendahkan martabat korang pulak. Contohnya kalau korang tergelincir dan jatuh atas lantai yang basah di depan awek yang korang minati; janganlah tunjuk muka masam pula. Dia pasti risau dan bertanyakan adakah korang okey. Apa yang korang patut buat ialah ketawa dan kata “Ini mesti sebab saya tak mandi pagi tadi!” Awek idaman korang pasti akan ketawa dan kemudian mengusik korang pula seperti “Eeii… Busuknya!” Kalau begitulah respons dia, ada chance la korang nak ketawa hingga ke jinjang pelamin.

Stay KULS :D

Cara-Cara Nak Tahu Pasangan Yang Curang Melalui Handphone


Selamat hari guru!

Adakah pensyarah juga dikira sebagai seorang guru? Entahlah. Bercakap tentang pensyarah, ada seorang pensyarah yang datang mengadu kepadaku tentang kecurangan isterinya.

Sekarang ini bukan susah sangat kalau nak menghidu tentang kecurangan isteri atau girlfriend kita. Salah satu cara terbaik adalah melalui handphone mereka. Berikut adalah kebarangkalian yang sangat besar bahawa mereka ini curang kepada korang :

1) Apabila korang telefon handphone mereka, selalunya mereka tidak mahu menjawab dan selepas beberapa jam kemudian barulah kembali menghubungi korang. Kebarangkaliannya ialah mereka mungkin tengah dating dengan lelaki selain korang pada masa anda call tu.

2) Kalau mereka menjawab panggilan korang pun, asyik nak cepat habiskan percakapan dengan alasan busy sangat. Busy melayan SMS lelaki lain sampai tak ada masa untuk korang la tu.

3) Tiba-tiba selalu call atau SMS anda untuk beritahu dia mungkin balik lewat sebab ada projek yang nak disiapkan. Projek maksiat dengan lelaki lain la tu.

4) Bila korang SMS kepada isteri atau girlfriend, dia selalu balas dengan begitu lambat sekali atau langsung tak balas.

5) Bagi si isteri : dulu bila tiba di rumah lepas balik dari kerja, handphone letak kat atas meja, meja solek atau atas katil. Tapi sekarang dia dah asyik usung ke sana sini. sampai ke jamban pun handphone ikut sama!

6) Isteri atau girlfriend korang asyik main SMS di depan korang tak kira masa dan tempat walaupun tengah makan, menonton televisyen atau dalam kereta/motorsikal.

7) Handphone mereka dibuat dalam mode ‘silent’ atau ‘vibrate’ supaya korang tak terperasan sangat yang dia kerap main SMS.

8) Paling ketara ialah, dia terlalu asyik dengan handphonenya dan perlahan-lahan korang mula berasa ada jurang pemisah di dalam relationship korang dengan dia.

Kalaulah simptom-simptom ini, maka bersedialah untuk mencari girlfriend lain bagi yang belum dan naik turun mahkamah bagi yang dah berkahwin. Mungkin ada yang ingin menyelamatkan hubungan tersebut seperti sediakala, tapi bagi aku perempuan yang sanggup bebuat begitu terhadap korang adalah perempuan jahat yang selama-lamanya adalah jahat dan keji. Pergi sajalah cari girlfriend atau isteri lain dalam hidup korang dan janganlah berbuat perkara yang bodoh semata-mata kerana perempuan keji seperti itu.

Stay KULS

Friday 14 May 2010

Semua Doktor Mahu Membunuhku!


Sebagai seorang yang agak berkira dengan uwang (hehee…), aku ingin berkongsi petua yang kukutip daripada pelbagai sumber agar korang tak perlu berbelanja duit yang banyak bagi kos perubatan kalau jatuh sakit. Petua-petua ini kebanyakannya telahpun aku cuba dan memang ianya berkesan. Berikut adalah senarai yang mampu membuatkan doktor semuanya mengacukan pisau bedah kepadaku.

1. Kalau sakit tekak atau batuk, minumlah air mineral Spritzer. Setakat yang telah aku cuba, hanya air mineral Spritzer saja yang berkesan untuk meredakan sakit tekak dan batuk. Minum perlahan-lahan dan lalukan air ke tekak korang seberapa kerap yang boleh. Sebotol kecil air mineral Spritzer paling mahal pun RM1.50 sebotol. Biasanya kalau aku minum dalam dua botol dah rasa okay sakit tekak atau batuk. Jadi aku cuma gunakan RM3 sahaja berbanding kalau berjumpa doktor dan membayar kos dekat RM20 bagi tujuan yang sama.

2. Kalau demam atau selsema pula, perbanyakkan minum air mineral Spritzer atau air yang mengandungi kandungan oksigen tinggi. Bagi air Spritzer, aku minum 2 botol besar manakala air beroksigen tinggi pula, dua botol kecik. Kalau demam panas, aku akan minum air 100 plus. Kosnya cuma RM6 ke RM8 sahaja berbanding sehingga RM45 kalau pergi ke klinik.

3. Minumlah air selasih selalu untuk mengelakkan kena sakit kanser. Selain buah tomato, biji selasih adalah ejen terbaik untuk mengekang sel-sel kanser dalam badan kita menjadi aktif. Kos minum air selasih sebulan RM5 sahaja berbanding kemoterapi yang berharga... entah... aku pun tak tahu tapi mahal rasanya...

4. Minum air barli yang asli dengan kerap dapat mengelakkan korang dari terkena penyakit batu karang dalam pundi kencing. Barli ini sebenarnya adalah ’tajam’ dan mampu menghancurkan batu karang sampai menjadi serbuk tepung kalau diminum selalu. Korang tau tak betapa azabnya kalau batu karang tu dihancurkan dengan tiub yang ditusuk melalui ’anu’ korang? Ultrasound? Agak-agaknya tentulah mahal kosnya.

Itu saja petua-petuaku yang dapat kuberi setakat ini. Kalau ada lagi, aku akan tuliskan. Kepada doktor-doktor yang budiman, aku bergurau saja. Jadi simpanlah scalpel korang tu, ya?

Stay KULS :)


P.S. Tahniah diucapkan kepada skuad Malaysia walaupun gagal mara ke final dalam kejohanan Piala Thomas. Syabas dan ganbatei p (^_^) q

Thursday 13 May 2010

Apabila Staf Cuba Mengakali Bossnya


Baru-baru ini aku mengambil keputusan untuk pergi sendiri ke pejabat tanah bagi urusan pindahmilik, melepaskan gadaian, gadaian dan permohonan kebenaran Menteri Besar untuk mencagarkan tanah. Alangkah terkejutnya aku bila mendapati bahawa terlalu banyak kesalahan yang dilakukan oleh kerani-kerani yang kononnya sudah berpengalaman selama 15 tahun lebih itu.

Aku berasa tidak berpuas hati dengan 'kedangkalan' mereka dan secara senyap-senyap aku memeriksa fail-fail kes hartanah (conveyancing) yang mereka kendalikan untuk mendapatkan kepastian. Alangkah terkejutnya aku sekali lagi (biasanya aku terkejut bila melihat aweks seksi tetapi hodoh) apabila mendapati kesilapan tersebut berulangkali telah dilakukan. Entah sengaja atau tak, Wallahualam. Tapi aku mengesyaki bahawa mereka sengaja. Ini semuanya agar mereka boleh berulangkali pergi ke pejabat tanah yang jauh-jauh bagi kes yang sama agar dapat membuat traveling claim beberapa kali.

Moral dalam cerita ini ialah sungguhpun kita ini memegang jawatan pegawai atau boss dalam jabatan atau syarikat, kita mesti tahu apa yang orang bawahan kita lakukan agar mereka tidak mengakali dan mempermainkan kita.Bayangkanlah apalagi taktik penipuan yang mereka telah gunakan demi untuk mendapatkan pendapatan sampingan haram daripada syarikat bossku. Menjadi orang atasan atau boss adalah suatu pengorbanan terhadap persahabatan kita dengan orang-orang yang dahulunya sama level dengan kita. Walau apapun kita buat untuk mengambil hati mereka, mereka tetap akan memijak kepala kita atau menjatuhkan kita jika mendapat peluang. Itulah lumrah manusia.

Jadi nasihat aku, biarlah korang menjadi boss yang dibenci asalkan syarikat tak rugi puluhan ribu ringgit akibat dipermainkan oleh kerani-keraninya.

Stay KULS :(

Wednesday 12 May 2010

Biar semua perempuan kering tahi hidung!

Aku telah ditegur oleh girlfriendku baru-baru ini kerana kerap sangat merungut tentang duitku yang tak cukup setiap kali kami keluar makan atau minum. Aku tak sangka aku kerap merungut tentang perkara tersebut kerana sangkaanku aku cuma kerap merungut tentang kurangnya awek berpunggung cantik di Perak.

Aku tak menyukai akan teguran dan/atau kritikan tersebut. Malangnya ia adalah pernyataan yang ikhlas. Cuma aku masih tak dapat menerima hakikat yang aku ini adalah berkira dan kedekut bagi perkara yang membabitkan wang. Pun begitu aku terpaksa menelan egoku yang besau ulau melengkau dan berfikiran terbuka untuk menerimanya.

Inilah realiti. Kita kaum lelaki ini ingin menjadi sempurna agar digilai oleh isteri/gofren kita termasuk aweks yang mengenali kita. Malangnya kita sebenarnya tidaklah begitu sempurna seperti yang kita perasankan. Kaum hawa ini memang tahu tentang ego kita yang besar ini. Jadi kadang-kala mereka tidak berkata apa-apa. Namun padaku lebih baik isteri atau girlfriend kita memberitahu tabiat buruk kita setiap masa ianya muncul agar ianya tidak menjejaskan perhubungan cinta kita dengan mereka suatu hari nanti. Lagipun menerima hakikat kelemahan dan kekurangan adalah suatu tanda kita ini telah matang dan sesetengah wanita amat tertarik dengan perkara ini. Bagi mereka ianya adalah seksi!

Pada pandanganku yang serba kekurangan tapi hensem ini (bab hensem tu egoku yang kata), apabila aku mengenalpasti kekuranganku dan menerima hakikat tersebut serta memperbaiki atau meninggalkan tabiat burukku satu persatu, maka sebenarnya aku sedang melangkah ke arah kesempurnaan. Jadi marilah kita semua berevolusi menjadi lelaki Melayu yang sempurna agar kaum wanita yang bercinta dengan Awang Hitam, Mat Lombok dan sewaktu dengannya menyesal tak sudah sampai kering taik hidung mereka kerana tak memilih kita.

Stay KULS !

Monday 10 May 2010

Perempuan Tertarik Dengan Lelaki Stylo?

Tatkala aku sedang bersungguh-sungguh menseterika kemejaku untuk ke mahkamah, tiba-tiba topik yang dipersembahkan oleh Ally Iskandar dan Wardina Safiyyah di TV3 segera menarik perhatianku. Topiknya ialah lelaki muda majoritinya adalah boros dan banyak berhutang.

Dulu aku pun boros juga. Gajiku banyak tapi aku habiskan untuk perkara yang sia-sia. Semuanya kerana ingin duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan rakan-rakanku.

Status… inilah puncanya kenapa golongan lelaki muda majoritinya menjadi boros. Tambahan pula yang duduk di bandar-bandar besar. Semuanya demi menjaga maruah mereka di kalangan kawan-kawan lelaki dan untuk dikagumi oleh kaum wanita. Kalau gaji agak besar, belilah kereta yang berharga RM80 ribu ke atas seperti Toyota Vios atau Honda City. Kalau agak kureng sikit kemampuannya, pakai sajalah Waja tapi mekaplah dengan aksesori sehebat-hebatnya. Biarlah berbelas ribu ringgit habis asalkan tak disindir oleh kawan-kawan. Kadang-kala kawan-kawan korang tak kata apa-apa pun. Korang sendiri yang paranoia rasa diorang mengutuk kereta buruk korang.

Handphone? Kenalah pakai Blackberry Storm , I Phone 3G atau Corby. Barulah nampak stylo dan dikagumi. Notebook pula adalah benda yang wajib untuk diusung ke sana sini atas alasan nak buat assignment. Sekarang restoran mamak dan Mac Dee ada WiFi. Bolehlah tayang notebook dengan ‘skin’ yang gempak sambil surfing benda-benda yang tak bermanafaat. Nak ‘grand’ lagi kena la melepak sambil surfing kat Starbucks sambil makan kek keras tak sedap berharga RM15 dan kopi yang ‘lembik’ berharga RM15 juga. Huu… aweks yang lalu-lalang pasti memandang korang dengan kekaguman dan hati mereka tercetuslah perasaan tertarik dan jatuh cinta pandang pertama. Sekurang-kurangnya itulah yang korang angankan. Haha!

Siapa yang bersalah? Adakah media-massa yang bersalah sebab meng’hype’kan trend status sebegini atau salah korang sebab mengikut sahaja arus keborosan ini dengan membuta-tuli?

Aku menggunakan kereta buruk, memakai dua handphone pilihan budak sekolah dan sampai sekarang lepak di gerai mamak tanpa notebook. Aku tetap mendapat girlfriend yang boleh la tahan cantiknya dan tak kisah dengan status bullshit ini semua.

Stay KULS :)

Sunday 9 May 2010

Jalan-Jalan Cari Hantu




Korang ingin cuti-cuti Malaysia tetapi mahukan pengembaraan yang hebat dan mencemaskan? Apa kata kalau korang bertandang ke kawasan yang berhantu di Malaysia pulak? Bawalah kamera digital dan tangkaplah banyak-banyak gambar di segenap sudut, kalau-kalau dapat menangkap gambar hantu. Tentu popular nama korang nanti di akhbar tabloid. Namun satu perkara yang aku pesan; mulut tu kenalah ada polisi insurans sikit. Jangan cakap ikut sedap mulut aje. Takutlah kalau-kalau sesuatu yang buruk terjadi kepada korang pulak nanti.

Berikut adalah tempat-tempat berhantu untuk korang kunjungi dan kalau bernasib baik, dapat berjumpa dengan makhluk-makhluk halus ini :

1) Victoria Institution, Kuala Lumpur



Sekolah ini juga popular dengan panggilan V.I. ataupun nama Melayunya Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria. Sekolah ini mula dibina pada 1893 dan siap dibuka untuk pembelajaran pada 1894. Sekolah ini mendapat namanya sempena perayaan Jubli Emas Ratu Victoria. Bukan Victoria Beckham, tau? Namun tapak V.I. sekarang ini bukanlah tapak asal sekolah tersebut. Sekolah ini telah dipindahkan dari Jalan Bandar ke Jalan Hang Tuah, berdekatan tapak perkuburan Cina pada Mac 1929. Inilah yang membuatkan sekolah tersebut didakwa sebagai kawasan berhantu. Ada pula mendakwa bahawa V.I. pernah dijadikan sebagai markas tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Para penuntut di situ mendakwa mereka terdengar bunyi seretan rantai, bunyi derap kaki askar berkawad, raungan yang menakutkan serta kadang-kala ternampak bayangan orang digantung di pokok sekolah tersebut. Hmm… macam Sekolah Anderson Ipoh pulak stail-nya.



2) Highland Towers



Aku pernah menyaksikan berita tentang kondominium ini runtuh. Memang mengerikan dan sangat tragik. Pada 1993, 3 blok kondo tersebut telah runtuh menyembah bumi dan meragut nyawa 48 penduduknya. Mangsa-mangsa ini pasti rohnya tidak aman. Hingga sekarang kononnya kita boleh mendengar suara jeritan dan tangisan di tapak tersebut dan kadang-kala ternampak hantunya.


3) Kellie’s Castle



Lokasinya di Batu Gajah, Perak. Pemiliknya adalah seorang warga Scotland bernama William Kellie Smith yang membuatnya untuk isteri yang tercinta bernama Agnes (bukan Agnes Monica). Kellie mati di Lisbon semasa urusan perniagaan akibat demam selsema. Agnes membawa anak mereka pulang ke UK selepas itu. Istana Kellie gagal disiapkan dan kini menjadi sarang hantu pulak.

Aku pernah pergi ke sana. sungguhpun waktu siang, namun tempat tersebut memang menyeramkan. Hatiku asyik berasa tak sedap. Pandanganku juga menjadi berpinar-pinar sepanjang berada di dalam istana tersebut. Aku pernah mendengar bahawa ada pelancong yang tiba-tiba jatuh dari tingkat atas. Beliau mendakwa bahawa beliau telah ditolak oleh seseorang atau sesuatu.


4) Penjara Pudu



Dibina pada 1895 sebagai penjara di Kuala Lumpur. tentu pelbagai cerita pelik tentang tempat tersebut pernah korang dengar. Tempat yang ‘keras adalah selalunya di lokasi hukuman sebat dan bilik banduan akhir iaitu banduan yang dijatuhi hukuman mati.


5) Lebuhraya Karak



Ia dikenali juga sebagai Karak expressway E8 dan dibina sepanjang 60 kilometer menyambungkan Kuala Lumpur dan Bandar karak, Pahang. Tak lama dulu lebuhraya Karak ini memang banyak meragut nyawa. Paling dahsyat ialah kemalangan membabitkan trak FRU sehingga diabadikan dalam lagu Pusara Di Lebuhraya oleh kumpulan Ekamatra. beberapa pemandu yang pernah melalui kawasan tersebut mendakwa ternampak seseorang di tengah-tengah lebuhraya atau kereta Volkswagen yang menentang arus jalan dan cuba melanggari mereka. Adalah dinasihatkan agar anda tidak melalui kawasan ini pada waktu malam.




Stay KULS :)

Saturday 8 May 2010

Selamat Hari Ibu


Selamat hari ibu...


Aku masih mempunyai ibu. Bapaku dah meninggal dunia semasa aku berumur 16 tahun. Pengorbanan ibuku terhadap kami bukanlah sedikit. Kalau aku kenangkan pasti akan menangis. Aku ini bukanlah anak yang baik. Malah yang paling teruk dalam adik-beradikku. Tak, adik-beradikku semuanya okay. Aku saja yang jahat dan menjadi blacksheep di dalam familiku. Banyak angkara yang kulakukan hingga menyebabkan ibuku mengalirkan air mata.

Sehingga kini, ibuku tetap menyokong dan bersamaku dalam perjalanan hidup. Tambahan pula dalam keadaan getir semasa melalui zamanku yang jatuh miskin dan berpisah. Aku menjadi hampir sasau. Namun ibuku tak putus-putus memberikan kasih-sayangnya kepadaku agar aku sedar bahawa dalam dunia ini tiada orang yang tidak disayangi.

Ibuku hingga kini dicemuh keranaku dan dianiayai oleh orang-orang yang paling rapat dengannya. Namun beliau sanggup memaafkan mereka dan masih berbaik sangka dengan mereka. Aku tak memahami sikapnya itu. Tapi aku kini semakin menghormati dan mengkaguminya.

Aku pasti ramai wanita yang bergelar ibu seperti ibuku juga. Maka inilah antara penghargaan yang mampu kuberikan kepada mereka. Aku berharap agar sebelum ibuku menutup mata selama-lamanya, beliau berasa bangga denganku.

Stay KULS, mak :)


Thursday 6 May 2010

Perempuan cantik juga pandai menipu


Ada tak di kalangan ibu bapa korang yang dah dekat nak pencen sekarang? Tentu gratuiti diorang dapat amat banyak sekali, kan? Kalau begitu sebagai anak soleh/solehah yang inginkan syurga, korang perlu menasihatkan ibu bapa korang yang dah nak pencen agar berhati-hati. Masa inilah banyak sekali penipu yang licik akan menawarkan pelbagai peluang bisnes yang kununnya mampu menjanakan wang berpuluh-ribu ringgit. Mak aku pun sipi-sipi nak terkena dulu. Mujo le anaknya loyer yang ganaz…

Dalam bab ini, tak salah kalau korang menggunakan khidmat penyiasat persendirian ataupun peguam untuk menyiasat latar-belakang individu atau syarikat yang membuat tawaran ‘hebat’ tersebut. Konsep ini kita namakan sebagai due-diligence atau keamatan berhemah. Korang tentu pernah buat pinjaman bank, kan? Tentu leceh sebab kena kemukakan pelbagai dokumen kepada bank, kan? Itulah dia due-diligence. Bank akan menyiasat sehabis-habisnya akan status korang sebelum memberikan pinjaman. Jadi kalaulah bank boleh buat begitu, mengapa tidak korang juga?

Perkara-perkara yang patut korang periksa tentang si polan tersebut bagi pihak ibu atau bapa korang ialah :

1) Dapatkan nama penuh dan nombor MyKad dia. Kalau boleh mintak satu fotokopi dan bandingkan dengan yang original ketika dia berikannya kepada korang.

2) Gunakan peguam untuk membuat carian kebankrapan di Jabatan Insolvensi. Atau kalau korang ada kenalan yang bekerja di bank, boleh minta dia buatkan carian CTOS atau CCRIS. Tapi sebenarnya perkara ini adalah salah di sisi undang-undang… kalau pihak bank dapat tau. Jadi tanggung risiko sendiri, yek?

3) Kalau korang ada kawan di PDRM, periksa juga kalau-kalau dia ini ada rekod jenayah.

4) Kalau dia ada syarikat, segera buat carian syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan dapatkan sekali penyata akaunnya untuk 3 tahun kebelakang.

Berikut adalah antara tanda-tanda si polan ini adalah si penipu yang cuba menipu ibu bapa korang :

1) Beliau enggan berikan salinan fotokopi MyKadnya.

2) Carian Kebankrapan, CTOS atau CCRIS menunjukkan beliau adalah bankrap atau bermasalah

3) Kawan korang di PDRM mengesahkan bahawa beliau ada rekod jenayah

4) Carian di SSM menunjukkan syarikatnya itu baru saja ditubuhkan dan tiada rekod penyata akaun dikemukakan di SSM.

5) Tawaran serta keuntungannya itu terlalu hebat atau too good to be true.

6) Beliau enggan memasukkan namanya di dalam dokumen perjanjian dan hanya menggunakan nama syarikat sendirian berhadnya sahaja.

Apapun, kalau ibu atau bapa korang perlu membuat pelaburan wang yang sebegitu besar terhadap si polan ini, maka ada baiknya korang menggunakan khidmat peguam untuk membuat due-diligence terhadapnya. Ingatlah, bahawa kebanyakan si penipu ini adalah di kalangan ahli kaum kerabat keluarga korang juga. Jadi, berhati-hatilah dan utamakan pejalan kaki ketika memandu.

Stay KULS :)

Wednesday 5 May 2010

Bujang Senang Di Perak

Aku bercerai hari ini...

Biasanya aku yang membawa kes orang sebagai peguam untuk berlawan atau membuat penyelesaian di luar mahkamah. Namun kali ini aku pula berada pada situasi yang anakguamku berada selama ini. Setelah lebih dari 3 tahun kesku ini di mahkamah, akhirnya aku bersetuju untuk bercerai cara aman pada hari ini.

Tentu korang rasa aku membazirkan masa dan wang, kan? Tak juga sebenarnya. Sekurang-kurangnya aku dapat melihat kesungguhan pihak yang satu lagi bersama keluarganya untuk meminta cerai. Jadi setelah membuat kepastian tanpa ragu-ragu lagi, maka aku boleh berasa lapang dada untuk kembali menjadi bujang. Kira bujang berhati senang la ni.

Dulu orang selalu kata bila si lelaki melafazkan talak di mahkamah, maka beliau akan berasa sebak atau terasa seolah-olah beban di dalam hatinya hilang serta-merta. Badannya menjadi ringan. Aku pula tak berasa apa-apa. Sama saja macam sebelum bercerai atau selepas itu.

Cuma aku tertarik dengan sikap jurubahasa lelaki di mahkamah tadi. Ketika peguam pihak yang satu lagi memaklumkan kepada mahkamah persetujuan kami untuk bercerai, beliau memejamkan matanya dengan air muka yang agak murung. Mungkin terlalu ramai pasangan suami isteri beragama Islam yang bercerai hinggakan beliau berasa sangat masyghul. Apapun, aku amat menghormati perasaannya itu.

Aku berharap kehidupanku akan bertambah baik selepas ini.

Stay KULS :)

Santau ini mainan anak haram


Baru-baru ini tatkala aku teringin merasa kuey teow yang sangat sedap di sebuah gerai di Parit Buntar, tiba-tiba kawanku yang kuajak sekali telah membantah. Aku dengan gaya tak berpuas hati ala Liam Neeson bertanya kepadanya akan sebab -musabab bantahan tersebut.

"Sekarang ni musim santau, yob. Dah dua orang mati." ujarnya. Aku bungkam. Dan akhirnya mengambil keputusan untuk makan di Nibong Tebal, Pulau Pinang yang cuma 8 kilometer sahaja dari Parit Buntar.

Aku pernah disantau. Ketika aku balik dari Sungai Petani selepas kes di mahkamah, aku menyinggah makan di suatu gerai bawah pokok kerana ramai orang di sana. Memang makanannya sungguh sedap. Yang tak sedapnya ialah di situlah ada anak haram mana entah pergi meng'hadoken' aku dengan santau angin tepat ke belakangku. Dan kawanku pula terkena tempiasnya kerana kami duduk mengadap satu sama lain.

Tatkala aku ingin mengurut secara tradisonal dengan abang Akob, barulah aku mendapat tahu yang aku ini telah disantau dengan jayanya oleh anak haram tersebut. Patutlah belakangku sakit dan bisa-bisa sampai dekat 2 minggu.

Terpaksalah aku berubat pula. Tak jadi mengurut yang lebih murah fee guamannya. Itu sebabnya aku panggil si penyantau tadi anak haram. Dah la bagi aku sakit, poket aku pun dia bagi sakit juga. Cuma yang bagusnya ialah sebaik sahaja aku selesai berubat, bisa santau angin tersebut akan dipulangkan kembali kepada si anak haram tadi yang juga merangkap tuannya. Aku harap dia akan terima balasannya 100 kali ganda lebih teruk daripadaku.

Aku nasihatkan kepada korang semua agar berhati-hati jika mempelajari ilmu kebatinan. Mungkin ia sebenarnya adalah suatu bentuk ilmu sihir yang mensyaratkan korang untuk menganiayai orang lain demi untuk mengelakkan ilmu tersebut memakan diri sendiri. Ilmu sihir adalah haram dan berdosa. Menggunakan ilmu sihir untuk menganiayai manusia lain akan menyebabkan korang diharamkan masuk syurga selama-lamanya. Tentu tak seronok tinggal dalam neraka selama seribu juta tahun, kan? Bayangkanlah jika korang terpaksa tinggal di neraka selama-lamanya sedangkan aku pula sedang berlazat-lazat di antara pusat dan lutut dengan bidadari :)


Stay KULS

Monday 3 May 2010

Awek Jangan Gedik Di Mahkamah!

Aku baru saja diberitahu oleh jurubahasa mahkamah bahawa mulai Julai 2010, semua kes-kes di mahkamah akan bermula pada pukul 8.30 pagi. Hujah daripada Ketua Hakim Negara adalah kerana ramai orang awam datang awal ke mahkamah dan oleh itu, mahkamah tidak patut membuang masa membiarkan mereka menunggu begitu lama.

Oh, ya! Kalau korang mempunyai kesalahan trafik dan dipanggil ke mahkamah, aku boleh berikan beberapa petua agar kompaun korang dikurangkan oleh mahkamah. Banyak kes kesalahan trafik yang aku lihat OKS (orang kena saman) dikompaun dengan tinggi kerana membuatkan tuan Majistret marah. Mungkin korang tak sengaja untuk bersikap kurang ajar sebab terlalu gementar, namun rugi juga kalau terpaksa membayar denda yang tinggi bagi kesalahan trafik, ya tak?

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu korang ambil perhatian :

1) Datang awal dan terus masuk ke mahkamah. Jumpa dengan jurubahasa (orang yang sibuk menguruskan fail-fail sebelum mahkamah mula bersidang) dan tunjukkan resit kompaun korang. Kelebihannya ialah kalau korang tersilap mahkamah, dia akan beritahu di mana korang patut pergi.

2) Pakai pakaian yang kemas. Jangan pakai T-shirt tanpa kolar dan seluar jeans. Jangan sesekali memakai seluar sekerat lutut dan sandal/selipar. Bagi aweks yang skodeng KULS ini, sila pakai pakaian yang sopan. Kaum lelaki, jangan sesekali memakai rantai dan subang. Kalau boleh, pakai pakaian berwarna biru kerana ia lambang kejujuran secara psikologinya. Bagi budak sekolah, pakailah pakaian sekolah dengan tali leher.

3) Bahasa tubuh : Berdiri tegak. Jangan menggoyang-goyangkan badan terlalu kerap. Kedua tangan diletakkan di sisi pinggang atau di belakang punggung. Jangan masukkan tangan ke poket, memeluk tubuh atau bercekak pinggang. Tundukkan kepala sedikit dan jangan tunjukkan air muka angkuh atau tidak puas hati.

4) Cakap dengan jelas dan agak kuat bila ditanya oleh jurubahasa mahkamah sama ada korang mengakui kesalahan trafik tersebut. Jangan cakap lebih-lebih dan menunjuk pandai. Kaum aweks pula jangan menggedik.

5) Bila buat rayuan, berikut adalah contoh yang terbaik :

Assalamu’alaikum (atau selamat pagi) tuan Majistret. Saya memohon maaf di atas kesalahan yang saya lakukan. Saya pada hari itu agak tergesa-gesa hendak ke pejabat dan itu sebabnya saya melanggari isyarat merah lampu trafik (atau sebarang alasan lain bagi kesalahan yang berbeza). Saya sedar akan salah saya dan berjanji agar tidak mengulanginya lagi. Saya merayu agar tuan meringankan hukuman denda saya ke jumlah yang paling minimum. Saya adalah seorang kerani despatch yang bergaji kecil iaitu RM600.00 sebulan. Saya juga mempunyai seorang isteri dan dua orang anak. Isteri saya tidak bekerja dan anak-anak saya sudah bersekolah. Saya berharap agar tuan Majistret dapat mengambilkira keadaan saya untuk meringankan denda saya. Saya ucapkan terima kasih di atas pertimbangan dan jasabaik tuan.

6) Semasa membuat rayuan, buatlah muka sedih dan mintak kesian. Jangan tersengih-sengih. Nanti Majistret ingat korang menipu.

Akhir kata, ini hanyalah sebagai bantuan saja. Kalau korang dapat Majistret yang hatinya jenis Yahudi laknatullah punya, aku pun tak dapek la nak nolong laie.

Stay KULS :)

Sunday 2 May 2010

Temperature keretaku sepanas gadis seksi


Baru-baru ini kereta aku overheated. Aku masa itu berada kat simpang lampu trafik sambil mengajuk-ngajuk cara nyanyian Dali Ahli Fikir. Tau-tau mataku yang selalunya lebih suka merenung aweks yang lalu-lalang ternampak meter temperature keretaku. DAH SAMPAI TAHAP MERAH!!! Aku mulalah berdoa agar enjin keretaku tak meletup. Aku juga menutup air-cond untuk meredakan kepanasan enjin. Sebaik sahaja lampu trafik menjadi hijau, aku terus memandu ke arah stesyen minyak yang berdekatan dan memberhentikan keretaku. Kemudian aku terus menelefon mekanikku.

Aku ingin berkongsi pengalaman dan pengetahuan tentang masalah ini, kalau-kalau korang pun mengalaminya juga. Ada 3 sebab mengapa temperature meter naik tinggi. Aku bukanlah pandai sangat tapi inipun sebab mekanikku yang ajar.

Pertama, kipas enjin tak berfungsi. Kalau kereta dipandu dalam pekan atau bandar, cepat saja temperature naik. Kedua, sebab radiator bocor dan air tiada dalam radiator. Yang ini tak kira perjalanan atau dekat, cepat saja temperature naik. Yang ketiga ialah sebab water pump dah rosak. Dalam hal ini air dalam radiator pun sama nasib macam radiator bocor juga.

Kalau kereta anda overheated dan temperature jadi tinggi, apa yang perlu anda buat adalah seperti berikut :

1) Berhentikan kereta anda segera di tempat yang redup dan selamat.

2) Buka bonet kereta.anda untuk segera menurunkan suhu radiator.

3) Jangan buka penutup radiator dulu. Sangat bahaya. Tunggu sehingga 20-30 minit untuk suhu kereta turun ke paras selamat. Lebih lama lebih baik. Dalam pada itu kalau anda berjaya membuka penutup radiator, jangan bubuh air dulu untuk mengelakkan radiator menjadi retak.

4) Basahkan kain buruk dan guna untuk membuka penutup radiator. Kalau air panas masih ada dalam radiator, wapnya akan memancut dan mengenai kain basah yang sejuk tadi. Tangan anda akan selamat dari melecur.

5) Cuba bubuh air (kalau air panas lagi baik) dalam radiator untuk memastikan sama ada air masih ada dalam radiator. Kalau tiada, maknanya sama ada radiator anda bocor atau water pump dah rosak. Tuang air pada radiator sehingga penuh.

6) Periksa tangki bekalan reserve untuk tangki radiator. Kalau kering, bubuh juga air sehingga penuh.

7) Bawa kereta ke bengkel yang berdekatan untuk diperiksa.

8) Jika jarak bengkel di tempat kereta anda berhenti adalah jauh, isi dua tiga botol kosong air mineral 1.5 ml dengan air paip untuk bekalan kalau-kalau air dalam radiator habis sebelum sampai ke destnasi anda.

Stay KULS :)