Monday, 11 October 2010

Simptom-Simptom Malapetaka Dalam Hubungan Cinta

KULS 8/10/2010

Aku baru terbaca satu artikel bahawa 42 peratus lelaki mengaku bahawa kalaulah mereka tahu isteri atau gofren mereka akan meninggalkan mereka, maka mereka terlebih dahulu akan berbuat demikian.

Tergelak aku kerana aku pun pernah beberapa kali terkena perkara seperti itu. Paling ultimate adalah membawa kepada perceraianku. Tapi janganlah korang bersedih kerana bila aku fikirkan balik, aku sangat bertuah tidak lagi hidup berumahtangga dengan manusia yang sentiasa mengaitkan sesuatu dengan hal-hal mistik. Jangan biarkan hidup anda diselubungi oleh misteri…. kata Zainal Ariffin lebih kurang.

Pun begitu sebenarnya kita lelaki ni tahu bilamana isteri atau gofren kita mahu meminta cerai/berpisah atau curang dengan kita tetapi kita kadang-kala tidak mahu menerima hakikat dan tidak mempedulikan simptom-simptom malapetaka tersebut. Berikut adalah simptom-simptom malapetaka tersebut :

1. Isteri atau gofren asyik bermain SMS tak kira masa dan asyik bawa telefon ke sana sini seolah-olah tak mahu kita check telefon mereka.

2. Isteri atau gofren selalu mengelak untuk menghabiskan masa bersama atau berdating dengan kita tetapi selalu cari alasan untuk menghabiskan masa dengan orang lain.

3. Kawan-kawan isteri atau gofren yang dulunya rapat dengan korang kini dah tak lagi mesra alam dengan korang.

4. Isteri atau gofren korang selalu mempelecehkan dan tidak menghiraukan pandangan atau nasihat korang dan sering mengkritik atau memalukan korang di depan orang lain.

5. Isteri atau gofren korang enggan lagi bergurau senda atau berkomunikasi dengan korang.

Apabila terdapat simptom-simptom sebegini, mungkin ada pakar-pakar yang memberitahu bahawa korang berdua patut duduk berbincang dan cuba menyelesaikan masalah korang. Aku tak setuju. Pada pandanganku adalah lebih baik korang buat tindakan berdasarkan peringkat-peringkat ini :

Peringkat Pertama :

Menangis dan meraung la puas-puas untuk melegakan kesakitan hati korang.

Selepas itu jumpa secara berdepan dengan isteri atau gofren korang dan bagitau begini :

“Aku tengok bahawa perhubungan kita ini dah macam nak hancur berkecai. Jadi dalam masa tujuh hari mulai esok aku tak akan berjumpa atau bersama kau lagi. Biarlah kita ambil masa pada masa itu untuk fikir sama ada kita patut bercerai/berpisah. Aku juga tak akan telefon atau SMS atau hubungi kau dalam masa tujuh hari tu. Lepas tujuh hari kita akan jumpa kembali. Kalau selepas itu kita masih sayangkan hubungan kita, kita cuba untuk perbaiki. Kalau tidak, aku akan ceraikan/tinggalkan kau.”

Cakap straight forward dan direct. Jangan berkias-kias. Jangan guna perkataan ‘hubungan berakhir’ atau ‘jodoh tiada’ atau ‘lepaskan awak’. Itu cakap lelaki yang tak ada kejantanan. Dan kata-kata terakhir mesti korang kata korang yang akan ceraikan atau tinggalkan mereka.

Peringkat Kedua :

Selama tujuh hari jangan langsung jumpa atau terima panggilan atau SMS isteri atau gofren korang. Ini adalah untuk memastikan bahawa mereka akan tahu bagaimanakah hidup yang mereka akan lalui tanpa korang. Kalau mereka berasa gembira dan biasa sahaja, maka memang eloklah korang ‘dump’ isteri atau gofren korang. Kalau selepas itu mereka marah atau menangis, maka hubungan korang masih boleh diselamatkan. Jadi barulah boleh duduk berbincang cara untuk menyelsaikan masalah dalam hubungan korang.

Peringkat Ketiga :

Kalau memang isteri atau gofren korang hidup lebih bahagia tanpa korang, maka buanglah mereka daripada hidup korang. Dengan cara ini dapatlah korang hak eksklusif membuang isteri atau gofren korang dan bukan mereka yang berbuat begitu. Jadi taklah tercalar maruah kejantanan korang tu.

Kalau selepas berdamai masalah yang sama masih timbul, itu bermakna memang salah korang yang bermasalah. Kalau korang yang bermasalah, maka cubalah berubah. Kalau isteri atau gofren yang bermasalah, maka cubalah suruh dia berubah. Kalau mereka tak berubah juga, maka buang sajalah mereka. Ramai lagi perempuan yang baik dalam dunia ni untuk dibuat isteri. Mungkin isteri atau gofren yang korang jumpa sekarang atau sebelum ini bukannya jenis pompuan yang baik untuk korang.

Stay KULS.

1 comment: