Monday, 11 October 2010

Manusia Yang Serahkan Nasibnya Di Tangan Orang Lain Adalah Pemalas!

KULS 5/10/2010

Walaupun kerjayaku sebagai seorang peguam nampak seperti serius, namun sebenarnya aku agak suka berjenaka dengan kehidupan. Aku tak suka mengambilkira sesuatu perkara dengan terlalu serius kerana terlalu serius membuatkan aku menjadi orang yang suka mengomel. Kebaikannya ialah aku nampak lebih muda dari rakan-rakan yang seusia denganku. Keburukannya pula ialah pandangan serta sarananku tidak diambilkira kadang-kala secara serius oleh klien atau rakan-rakanku..Kadang-kadang keluargaku juga begitu dan nasihatku dianggap sebagai gurauan sahaja. Mungkin aku perlu seimbangkan sikapku ini agar tidak menjadi masalah kepadaku di kemudian hari.

Semenjak berpandangan positif terhadap kehidupan, aku perasan bahawa hatiku ini tidaklah menjadi begitu berat dan selalu sakit. Aku lebih ceria dan mampu mengawal emosiku. Namun aku berasakan bahawa sikapku ini adakalanya tidak disenangi oleh orang lain yang mengenaliku. Tambahan gofrenku. Mungkin mereka berasa agak terkejut dan masih tak dapat menerima sikap carefree aku ini. Macam tuala wanita pulak! Haha! Aku tidak lagi menjadi control-freak yang berasakan bahawa semua orang tidak membuat kerja mereka dengan betul. Malah aku tak peduli pun jika mereka langsung tidak membuat kerja mereka. Aku masih mendengar rungutan serta keluhan rakan-rakanku tetapi tidak lagi emosiku ditenggelamkan bersama masalah mereka. Aku selalu berpandangan bahawa akhirnya orang yang paling kita boleh harapkan dalam hidup kita ialah diri kita sendiri. Kalau kita tak suka dengan tempat kerja kita, kita tak boleh berharap agar bos atau rakan sekerja kita mengubah persekitaran kerja. Hanya kita yang boleh berbuat demikian iaitu dengan mencari kerja lain. Kalau kita hendak menjadi kaya, janganlah lagi kita mengharapkan orang atau syarikat pelaburan skim cepat kaya untuk mengkayakan kita. Apa kata kita sendiri yang berniaga dan menjanakan keuntungan berlipat kali ganda daripada mengharapkan orang lain untuk mengkayakan kita?

Bagiku kalau kita mengharapkan orang lain untuk membuat kehidupan kita lebih senang dan bahagia, kita sebenarnya adalah pemalas. Bila kita tak mendapat apa yang kita mahukan daripada orang lain, kita hanya pandai merungut tetapi tidak membuat sesuatu untuk mencapai apa yang kita kehendaki. Aku ini sebenarnya pemalas. Namun aku tidak lagi menyalahkan orang lain kecuali diriku sendiri bila tidak mendapat apa yang aku inginkan dalam hidupku. Dengan demikian aku tidak lagi berasa kecewa dan hatiku menjadi lebih tenang.

Stay KULS.

1 comment:

  1. weyh2,,,, nape ko suke letak pic seksi tahap melintang mata aku nengok eh????? nasib bek bulan pose, hahaha

    ReplyDelete